Assalamualaikum.
Khamis, 30.04.2026 - balik Tronoh..
Naik bas di TBS, tiket kereta api sold out, jadi naik bas la.
Bas pukul 9.15malam.
Sampai TBS dalam 7.30malam.
Ramai orang malam tu.
Weekend panjang kan.
Jalan jem pun katanya, nak makan pun beratur.
Nak order Marrybrown, lambat que.
Menunggu orang order dekat mesin tu, lama beno dia buat pilihan.
Nak beli nasi kukus, pun menunggu juga.
Sudahnya ke 7 eleven lah kita.
Beli kopi gula aren + ayam goreng spicy.
Makan panas², memang berayor mata lah.
Ayam goreng nya.
Tunggu punya tunggu.
Bas Linda naik pun delayed juga.
Pertama kali kena delayed ni.
Bas trip 9.15malam, bas sampai 10.30malam.
Pertama kali naik bas Kesatuan, kononnya hari tu sebab trip awal sikit dari Arwana.
Sekali Lambert juga.
Tapi, memang jem pun atas highway.
Nak keluar dari TBS, driver lalu jalan Istana, mengemut kereta.
Nak ke utara, so keluar Tol Duta.
Lepas tu, bas ni ke Ipoh,Terminal Amanjaya dulu.
Baru lah hala ke Tronoh.
Eh, lawa pula gambar ni.
Bulan mengambang juga ni, gambar dalam bas. Hala ke Tronoh dah ni.
Sampai terminal Seri Iskandar pukul 5 pagi.
Balik rumah tak tido pun, risau terlajak..
Tunggu subuh, lepas tu buat sarapan wrap(bawa roti wrap dari Selayang).
Abang Mueez ada training bola sepak dekat sekolah, boleh la buat makan dulu.
Linda kirim nasi dagang dekat suami, rupanya kedai tu tak buka hari Jumaat.
Jadi suami beli nasi lemak, selesai makan, lepak² atas katil..
Nohh, lena sampai zohor..
Hahaha.
Till then, see ya.




Sepanjang Cuya hidup, Cuya pernah sekali seumur hidup pergi TBS sebab pergi bercuti ke genting highland bersama kawan baik Cuya.
ReplyDeleteMemang pengalaman takleh lupa sebab kita jarang2 dah naik bas hehe
Memang kena ingat tu..kak Linda memang biasa naik bas dari sek men lagi.. nk balik dari asrama pun, tunggu bas depan sekolah.. lepas tu, kak Linda memang apply belajar dekat luar kawasan..sebab suka explore..hihihi
Deleteingt flight je delay...bas pn delay juga ye
ReplyDeleteBas pun selalu delay..lagi² kalau yang dari pantai timur tu...kikiki
DeleteCuti 3 hari masing² nak bercuti.
ReplyDeleteWalaupun naik bas tidur... bila sampai destinasi auto tidu macam takde hari esok. Dia punya penat tu lain macam.
Udah la kebetulan seat atas tayar belakang..nak seat single, ambik je lah yang tinggal tu
Deletefor me yg dah menua ni, jem atas jln begitu meletihkan.
ReplyDeleteYessza...sebab tu kita tak suka jem..tapi, kalau orang lain bawa..ok je, sebab boleh tido.. hahaha
DeleteDelay mendelay ni memang perkara biasa kena hadap. Nak nak time cuti atau perayaan.Sabo ajelah kan hihihiii.
ReplyDeletekesesakan di merata tempat bila tiba musim cuti panjang dan perayaan
DeleteDah lama tak main naik bas dari TBS.. Hantar org ke terminal TBS banyak kali.. waktu cuti panjang jalan mmg jem.. nasib la tak delay lama..
ReplyDeleteitulah...sambil2 nunggu tu, dengar juga la bas pukul 6.45petang baru sampai pada pukul 10malam.. adoi...
Deletemerata jem la bila hujung minggu cuti lama.
ReplyDeletebetul sangat tu cie
DeleteSesak la sbb long weekend kan... Tak pernah sampan TBS. Zaman Akk dulu bersesak di Puduraya :)
ReplyDeletePuduraya pernah, hentian putra pernah, TBG pun dah jejak kaki juga..tak dan buat entri lagi
DeleteOh linda turun kat hentian sri iskandar
ReplyDelete5 pg ishhh ada ramai org tak
Ciknur ank nk blk baik bas risauu nya kalu ke sana . Dari situ naik grab ke uitm
Blk kl ok lg
ya cikNur... ada orang yang turun dari bas tu lah.. hihihi...sebab terminal dia kecik je, memang tempat turun dan ambil penumpang..
Deleteammi ambil Khilfi dari Melaka (pukul 5.30 baru boleh ambik anak)... dah masuk melaka gila punya jam. Pastu kat hiway pun dah mengemut kereta...sudahnya patah masuk jalan dalam
ReplyDeleteLewatnya boleh ambil...memang jalan jem Ammi..
Deletedahsyat betul bas tu lambat nk dekat sejam. jalan jem teruk ke?
ReplyDeletelast saya naik bas masa temankan kawan pergi loqstaq, tahun 2024. gerak malam, sampai lepas subuh. kejenya tidoo je hehe
Betul jem..hala utara memang lah begitu...
DeleteMasa baru- baru kahwin 2024 akak selalu gak pi TBS amik bas balik JB, TBS-Larkin..Download apps Easy apa ntah tu...lepas tu cari la bas nyer schedule..Jumaat amik half day and balik JB...Ahad suami hantar balik Seremban...hahaha...masa PJJ kejap...
ReplyDeleteLinda pakai TBS punya apps je..tapi, jarang naik bas.. sebab ada keretapi yang lagi cepat sampai dan lagi dekat tempat nak naik dari TBS tu..
DeleteKalau sedang musim liburan, memang tiket kereta akan cepat habis ya kak... Saya pernah naik kereta api di KL tp dah lamaaa, saat masih sekolah. JD betul2 tak ingat. Lalu setelah bisa traveling sendiri, lebih suka naik bus kalau pindah2 kota di Malaysia.
ReplyDeleteNantilah nak coba juga kereta jarak jauhnya lagi 👍☺️
Kalau bertembung dengan cuti, selalunya cepat habis..
DeleteKalau hari biasa mungkin ada, lagipun .kak Linda selalu ambil yang trip lepas habis waktu pejabat, jadi selalu habis..
Kalau trip pagi atau tengah hari..mungkin tak habis.
linda memang tough la bab2 naik bas/train etc...tabik!!!
ReplyDeletesetakat ni, yang tu je mampu naik..kapal terbang belum lagi...hihihi
DeleteLama juga delayed basnya. Kalau naik bas Kesatuan, jangan amik seat belakang driver. Dia suka buka tingkap sambil smoke. Ingat akak sorang ada experience, anak akak si Amirul pun sama gak terkena. Opsss. Hehe..tapi kita faham, mesti mengantuk, kan.
ReplyDeleteAlahai, ye ke..tak suka betul macam tu.. tapi, kalau kena naik bas lagi. Tak naik dah kesatuan, sebab lambat nak sampainya. Ambik Arwana jelah..takde masuk Ipoh.
Delete