Lovvu Dobbu

Event Ticker

Saturday, May 9, 2026

.: CATCH UP SESSION :.

Assalamualaikum.

Kisahnya, last week Linda nampak exroommate dekat matriks Melaka(KMM), update dia brisk walk dekat FRIM.
Linda pun roger la, next week(hari ni) kita p sama sama.

4 tahun duduk di daerah yang sama.
Tapi, nak jumpa payah bebenor.

Pagi tadi, exroommate pun mai ambil dekat asrama.

Iqlima nama dia.
Tinggi mak budak ni, ada setinggi suami Linda.
Linda berjalan sebelah dia, nampak la kita ni katik.. hahaha.

Last jumpa Qima, lebih 10tahun lepas.
Dekat wedding exroommate KMM juga. 
Masa tu kira 2 tahun lepas grad la.
Linda dan ada anak sorang (sebab memang paling awal kahwin).
Qima dah kerja dekat company besar juga masa tu, sebab dia ambik geologi tak silap dulu, memang lepas intern, terus Kene serap dengan company tu.

Tapi, sekarang Qima dah jadi housewife + PS barang US.

Brisk walk separuh jalan, singgah sarapan dulu.
Ada cafe baru dalam Frim ni.
Nampak sangat Linda pun dah lama tak pergi.
Banyak tempat duduk, so no worries.

Nampak air kotak ni dalam peti ais.
Rupanya, air mineral.
Order air kosong jelah weyh, tak reti kalau nak minum kopi kat kedai kopi hype² Gini.
Sure pekat,pahit.. hahaha.

Most of the time, memang menyembang je.
Sampai makan nasi lemak pun lama beno rasanya.

Boleh cari dekat TikTok.
Menu terhad, tapi not bad la.
Air, memang kopi jelah.

Candid sikit gambar Qima.
Thank you weyh, jemput, hantar aku. Belanja makan sekali. Dah sampai asrama pun, sambung lagi sembang dalam kete, sampai husband Qima call la tanya dekat mana. Hahaha.
Kalau tak kena call tu, mau lajak lagi menyembang nya.

Till next time.

Bila pula nk catch up lagi.
Kalau lalu Perak, singgah la rumah ye.

Till then, see ya.

30 comments:

  1. Sesekali jumpa geng lama seronok juga kan. Mestilah panjang lebau sembangnya hahaha

    ReplyDelete
  2. bila jarang bertemu mcm tu laa kannn
    mkn sembang mkn sembang hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..sambil briswalk pun menyembang..jenuh curi nafas..kikiki

      Delete
  3. Nama kafe tidak boleh kalah.
    Alhamdulilkah seronoknya jumpa rakan bekas sebilik balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dok dalam hutan kot..tu nama mcm tu.. hihihi

      Delete
  4. Seronok dapat jumpa kawan lama. Menarik, cafe dalam hutan.

    ReplyDelete
  5. jumpa kwn lama seronok bersembang. lagi sambil briskwalk, byk topik boleh buka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...rezeki dapat juga bertemu...memang betul² catch up . Hahaha

      Delete
  6. seronok juga sekali sekala outing dengan kawan2 lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul² kawan lama dan lama tak jumpa .hihihi

      Delete
  7. belum pernah lagi ke FRIM ni. teringin pergi dari zaman dok selayang tapi masih tak terjejak kaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni, dah 4,5 kali a repeat..hihi.. masa anak sekolah sini, merentas desa buat dekat FRIM je

      Delete
  8. bestnya dpt jumpa kwn lama...cafe tu nampak nice sgt sbb area FRIM kan..back to nature gitu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, dpat juga berjumpa...dia duduk Gombak je..
      bila2 MZ pun boleh la ke FRIM, hari jumaat tak beroperasi ya.. ikut pintu belakang, dekat KK Taman Ehsan tu

      Delete
  9. Alhamdulillah ada rezeki briskwalk, mengopi dan menyembang dengan kawan lama. Semoga ukhwahnya sehingga ke akhir hayat. Lawa cafe dalam FRIM tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...mudah mudahan begitu hendaknya..amin..

      Delete
  10. Catch up sesion nya kemain sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...sambil makan nasi lemak.. ok la tu...

      Delete
  11. biasa catch up session pi mengopi, makan best2..ni versi yang lebih sihat ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. kikiki.itu je tempat senang akses...jimat sikit belanja nya

      Delete
  12. Air mineral dlm kotak macam itu, saya jumpa saat di US dulu. Saya kira pun dulu susu, ternyata air mineral 😄

    Aiiih kopi yg pahit dan pekat itulah yg saya suka kak 😄. Penasaran pula jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus betul fanny...kalau Linda, memang tak reti minum pahit² ni..jadi, memang mengalah la dengan jamu..kalau sudah jadi pil, boleh..kikiki

      Delete
  13. oh budak matrix londang ye awak...
    ammi pulak pernah tertipu dengan air kotak boss dalam fridge. ingatkan fresh milk, beriya tuang dalam kopi sekali coconut milk. ko dah kenapa boss beli coconut milk? dia letak dalam shake dia rupanya masa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..iye..budak matrik londang saya ni, duduk atas bukit mengenang nasib... Hahaha

      Delete