Lovvu Dobbu

Event Ticker

Tuesday, May 19, 2026

.: AKTIVITI HUJUNG MINGGU :.

Assalamualaikum.

Bila hujung minggu di Tronoh, memang tak sempat nak update dan baca blog.
Banyak nak kena cover balik.

Antara aktiviti hujung minggu.
Akhirnya, dapat juga beriadah di taman UTP.
Entry khas akan menyusul.

Signage
Cuma nak share satu gambar yang diambil di taman UTP.
Cuba cek apa yang tak betul. Hihihi.

Dedek membaca
Alhamdulillah. Sempat suruh dedek baca buku.
Linda saja nak tengok, boleh baca ke tak.
Alhamdulillah, boleh baca, yang suku kata ada 3,4 gabungan tu, lemah sikit.
Takpe, kalau rajin membaca, jadi pandai la nanti.
Buku sumbangan dari library, kebetulan geng² library baru balik dari Perpustakaan Negara dan dapat beberapa naskah buku percuma.
Linda pun ambil la, sebab sesuai buat bahan bacaan kanak².

Hari Ahad, teringin nak makan bubur pula. Kemain ajak incikSuami pergi kedai Bubur Perak.
Tapi, bubur pulut hitam dah habis.
Datang pun dah kira lambat juga lah.
Tinggal sikit² je bubur nya.
Rupanya, seberang jalan kedai Bubur Perak tu ada macam pasar malam.
Next time boleh la datang tengok².

Wadai Kiping
Last² Linda pilih bubur Wadai Kiping.
Anak² punya bubur jagung.
IncikSuami beli Boko ubi.
Memang suka dia dengan kuih tu.

Alhamdulillah, weekend spend well di Tronoh.
Raya haji nanti, balik Sg Samak sehari je, jumpa la abang Mu'az. 
Ibu jelah yang rindu dia pun, dia seronok duduk kampung. Hahaha.

Till then, see ya.

36 comments:

  1. Bubur wadai kiping tu cam tepung pulut buatannya. Sedap ni. Seronok kan kalau balik kg pi pasar pagi dia. Akak suka vibe camtu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah kak.. kenyal2 gitu.. kak M kata, takut tercekik bila makan.. hahaha

      Delete
  2. Bubur Wadai kiping ni mmg femes kan dkt perak? Tapi apesal sy rasa sy x pernah mkn ek? =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab makanan orang Banjar kot.. hihihi..
      ala, nanti kena cuba ni..

      Delete
  3. fav kak wadai kiping ni. kampung kami panggil puteri mandi. rupanya puteri mandi sebenar tak mandi cuma salut kelapa je. haha. kalau buat pengat pisang akak akan uli tepung sikit buat camni letak dalam pengat. aish suka sangat. pisang dia asing tepi, tepung je dia ngap

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajinnya akak menguli.. kita ni, tak berapa nak rajin sangat..anak2 pun tak makan sangta..makan sikit je..

      Delete
  4. Duduk lunjur ni akak buat bila kaki lenguh bila duduk bersila atau bersimpuh.....tak pernah lak makan bubur wadai kiping ni.

    ReplyDelete
  5. Hii Linda..

    Wahh, bubur wadai kiping.. Lama tak makan. Lenguh juga rahang kalau makan banyak 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..nasib baik beli satu mangkuk tu je..kongsi dengan kak M

      Delete
  6. rupanya abg mu'az duduk kpg dgn nenek ke linda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya kak..yang sekolah asrama tu, memang sek dekat kampung..jadi, bila dah keluar asrama dan nak masuk tengah tahun.. kita malas nak pindahkan sekolah..tunggu tahun baru lah.

      Delete
  7. Gambar duduk lunjur translation in English tak betul. Itu kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan²... Baca balik..nanti nampak "lulut"... Hahaha

      Delete
  8. Bubur Wadai Kiping.? Tak pernah dengar ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiranya Linda memberi pengetahuan baru la pada uncle ni..Alhamdulillah, berinformasi blog Linda..hihihi

      Delete
  9. Wadai Kiping ni pernah dengar, tapi belum pernah makan. Memang famous di Perak kan... Esp kawasan masyarakat Banjar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul..memang tradisi makanan orang Banjar katanya

      Delete
  10. Wadai kiping ni Cie selalu buat tapi kami tak panggil wadai kiping. Puteri mandi kami panggil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda ingat puteri mandi tu macam bulat² sikit..yang ni dia macam ada penyet tengah² tu..hihihi

      Delete
  11. Wadai kiping? tak penah dengar. sedap ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa bubur kak Yan..manis² masin sikit gitu..hihi..
      Cuma syok gigit tu la, liat² sikit

      Delete
  12. Weekend memang terasa lebih seronok bila dapat isi dengan aktiviti santai macam ini. Kadang perkara sederhana pun boleh jadi momen yang menyenangkan bila dinikmati dengan tenang. Seronok baca perkongsian begini sebab terasa dekat dan santai macam borak biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi² memang Linda jumpa family waktu weekend je..memang kena cari aktiviti yang bermanfaat untuk luangkan masa bersama

      Delete
  13. 1st time dgr nama wadai kiping tu...bubur apa tuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emm.. yang bulat² tu guna tepung pulut kot .rasa kenyal² gitu.. Cie kata nama lain dia puteri mandi

      Delete
  14. First time dengar pasal bubur wadai kiping tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lah, kak sarie..area seri Iskandar tak biasa ada ke?.. nanti boleh p cari dekat Bubur Perak tu..mcm² bubur ada

      Delete
  15. gambar pertama tu, dia kata duduk melunjur. tapi dalam gambar macam tak melunjur pun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe.. yang lagi kelakar.. word "lulut" tu

      Delete
  16. Aik.. tak pernah nampak bubur wadai kiping. Baru haritu akak singgah beli pengat pisang dan bubur pulut hitam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh..ye ke,Rasenya mcm tiap kali Linda singgah, ada bubur Wadai Kiping tu

      Delete
  17. Bubur wadah kuping? Aiiiih menarik nampaknya kak 😍😍😍. Namanya pun baru saya dengar sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wadai Kiping...hihi...
      Kuping tu telinga... Tak berapa manis, jadi nya sedap..

      Delete
  18. bagus dedek rajin membaca, untung dapat buku percuma dari library pulak tu, memang rezeki anak-anak. Seronok baca aktiviti santai macam ni. Walaupun bubur pulut hitam dah habis, sekurang-kurangnya dapat cuba Wadai Kiping dengan boko ubi bawa balik rumah. Selamat berhujung minggu Linda sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena paksa juga tu..kikiki..kalau tak. Berkepit je lah dengan tablet dia

      Delete