Assalamualaikum.
Bila hujung minggu di Tronoh, memang tak sempat nak update dan baca blog.
Banyak nak kena cover balik.
Antara aktiviti hujung minggu.
Akhirnya, dapat juga beriadah di taman UTP.
Entry khas akan menyusul.
Cuma nak share satu gambar yang diambil di taman UTP.
Cuba cek apa yang tak betul. Hihihi.
Alhamdulillah. Sempat suruh dedek baca buku.
Linda saja nak tengok, boleh baca ke tak.
Alhamdulillah, boleh baca, yang suku kata ada 3,4 gabungan tu, lemah sikit.
Takpe, kalau rajin membaca, jadi pandai la nanti.
Buku sumbangan dari library, kebetulan geng² library baru balik dari Perpustakaan Negara dan dapat beberapa naskah buku percuma.
Linda pun ambil la, sebab sesuai buat bahan bacaan kanak².
Hari Ahad, teringin nak makan bubur pula. Kemain ajak incikSuami pergi kedai Bubur Perak.
Tapi, bubur pulut hitam dah habis.
Datang pun dah kira lambat juga lah.
Tinggal sikit² je bubur nya.
Rupanya, seberang jalan kedai Bubur Perak tu ada macam pasar malam.
Next time boleh la datang tengok².
Last² Linda pilih bubur Wadai Kiping.
Anak² punya bubur jagung.
IncikSuami beli Boko ubi.
Memang suka dia dengan kuih tu.
Alhamdulillah, weekend spend well di Tronoh.
Raya haji nanti, balik Sg Samak sehari je, jumpa la abang Mu'az.
Ibu jelah yang rindu dia pun, dia seronok duduk kampung. Hahaha.
Till then, see ya.



Bubur wadai kiping tu cam tepung pulut buatannya. Sedap ni. Seronok kan kalau balik kg pi pasar pagi dia. Akak suka vibe camtu.
ReplyDeletea ah kak.. kenyal2 gitu.. kak M kata, takut tercekik bila makan.. hahaha
DeleteBubur Wadai kiping ni mmg femes kan dkt perak? Tapi apesal sy rasa sy x pernah mkn ek? =D
ReplyDeletesebab makanan orang Banjar kot.. hihihi..
Deleteala, nanti kena cuba ni..
fav kak wadai kiping ni. kampung kami panggil puteri mandi. rupanya puteri mandi sebenar tak mandi cuma salut kelapa je. haha. kalau buat pengat pisang akak akan uli tepung sikit buat camni letak dalam pengat. aish suka sangat. pisang dia asing tepi, tepung je dia ngap
ReplyDeleterajinnya akak menguli.. kita ni, tak berapa nak rajin sangat..anak2 pun tak makan sangta..makan sikit je..
DeleteDuduk lunjur ni akak buat bila kaki lenguh bila duduk bersila atau bersimpuh.....tak pernah lak makan bubur wadai kiping ni.
ReplyDeletenanti boleh cuba kak Ezna...
DeleteHii Linda..
ReplyDeleteWahh, bubur wadai kiping.. Lama tak makan. Lenguh juga rahang kalau makan banyak 🤭
hihihi..nasib baik beli satu mangkuk tu je..kongsi dengan kak M
Deleterupanya abg mu'az duduk kpg dgn nenek ke linda?
ReplyDeleteIya kak..yang sekolah asrama tu, memang sek dekat kampung..jadi, bila dah keluar asrama dan nak masuk tengah tahun.. kita malas nak pindahkan sekolah..tunggu tahun baru lah.
DeleteGambar duduk lunjur translation in English tak betul. Itu kah?
ReplyDeleteBukan²... Baca balik..nanti nampak "lulut"... Hahaha
DeleteBubur Wadai Kiping.? Tak pernah dengar ni....
ReplyDeleteKiranya Linda memberi pengetahuan baru la pada uncle ni..Alhamdulillah, berinformasi blog Linda..hihihi
DeleteWadai Kiping ni pernah dengar, tapi belum pernah makan. Memang famous di Perak kan... Esp kawasan masyarakat Banjar
ReplyDeleteYa, betul..memang tradisi makanan orang Banjar katanya
DeleteWadai kiping ni Cie selalu buat tapi kami tak panggil wadai kiping. Puteri mandi kami panggil.
ReplyDeleteLinda ingat puteri mandi tu macam bulat² sikit..yang ni dia macam ada penyet tengah² tu..hihihi
DeleteWadai kiping? tak penah dengar. sedap ye.
ReplyDeleteRasa bubur kak Yan..manis² masin sikit gitu..hihi..
DeleteCuma syok gigit tu la, liat² sikit
Weekend memang terasa lebih seronok bila dapat isi dengan aktiviti santai macam ini. Kadang perkara sederhana pun boleh jadi momen yang menyenangkan bila dinikmati dengan tenang. Seronok baca perkongsian begini sebab terasa dekat dan santai macam borak biasa.
ReplyDeleteLagi² memang Linda jumpa family waktu weekend je..memang kena cari aktiviti yang bermanfaat untuk luangkan masa bersama
Delete1st time dgr nama wadai kiping tu...bubur apa tuuuuu
ReplyDeleteEmm.. yang bulat² tu guna tepung pulut kot .rasa kenyal² gitu.. Cie kata nama lain dia puteri mandi
DeleteFirst time dengar pasal bubur wadai kiping tu
ReplyDeleteLah, kak sarie..area seri Iskandar tak biasa ada ke?.. nanti boleh p cari dekat Bubur Perak tu..mcm² bubur ada
Deletegambar pertama tu, dia kata duduk melunjur. tapi dalam gambar macam tak melunjur pun?
ReplyDeleteTau takpe.. yang lagi kelakar.. word "lulut" tu
DeleteAik.. tak pernah nampak bubur wadai kiping. Baru haritu akak singgah beli pengat pisang dan bubur pulut hitam.
ReplyDeleteEh..ye ke,Rasenya mcm tiap kali Linda singgah, ada bubur Wadai Kiping tu
DeleteBubur wadah kuping? Aiiiih menarik nampaknya kak 😍😍😍. Namanya pun baru saya dengar sekarang
ReplyDeleteWadai Kiping...hihi...
DeleteKuping tu telinga... Tak berapa manis, jadi nya sedap..
bagus dedek rajin membaca, untung dapat buku percuma dari library pulak tu, memang rezeki anak-anak. Seronok baca aktiviti santai macam ni. Walaupun bubur pulut hitam dah habis, sekurang-kurangnya dapat cuba Wadai Kiping dengan boko ubi bawa balik rumah. Selamat berhujung minggu Linda sekeluarga
ReplyDeleteKena paksa juga tu..kikiki..kalau tak. Berkepit je lah dengan tablet dia
Delete