Lovvu Dobbu

Event Ticker

Monday, April 13, 2026

.: MEMORI WEEKEND :.

Assalamualaikum.

ada yang cari linda ke? kikiki
sibuk sikit la hujung minggu, spend kualiti time dengan family.

incikSuami cakap nak ambil linda balik bermalam.
incikSuami gerak lepas maghrib dari Tronoh, sampai Selayang dalam 11 malam.
loading2 barang, singgah makan dulu sebelum gerak balik Tronoh.

menarik betul air dedek order.
tapi, linda tak rasa pun.

Alhamdulillah, smapai Tronoh dalam 3 pagi.
linda kejap celik, kejap tido.
kuat betul incikSuami drive non stop 2 hala.
incikSuami memang jarang suruh linda drive kalau dengan dia.
kalau dia tak tahan pun, akan stop RnR sekejap, buat segar2 kan biji mata.
lepas tu, sambung perjalanan, tetap incikSuami juga drive.

petang sabtu, sempatla teman kak M jogging.
sibuk lah, nak merentas desa katanya Jumaat(17/4/2026) nanti.
dapat juga la ibu keluarkan peluh sikit2.
lama sangat tak berjalan manja2 ni.

Ahad - kak M request makaroni carbonara.
tapi nak yang gambar dinosour, layan je lah.
buat satu paket, habis anak2 makan.
lunch masak ayam masak lemak cili padi dengan sayur capsicum.

sempat jadi cikgu tuisyn sekejap.
dah berbulan tak ngadap anak-anak buat kerja sekolah.

lepas asar gerak balik Selayang.
highway banyak kereta ya.
singgah maghrib dan makan sekali dekat RnR Ulu Bernam.
Alhamdulillah sampai Selayang dalam 10 malam.

one for memory

gigih berbaju kurung.

bersama si dia yang rindu saya la tu.
sebab tu sanggup ambil dan hantar semula ke Selayang.
rindu, tapi malu nak cakap.. hahaha..

Alhamdulillah, incikSuami sampai Tronoh dalam 1 pagi.

tiket kereta api untuk hari Jumaat ni tinggal 18seat je untuk train 10.30malam.
emm, risau tak sempat beli, kena tunggu gai masuk dulu.. hahaha
yang minggu Hari Pekerja tu, memang dah sold out.
tak payah kabo lah.. hahaha
malas nak ke TBS naik bas.
tengok la nanti macam mana.

till then, see ya.

22 comments:

  1. Alhamdulillah, pengorbanan encik suami tolong hantarkan Linda balik ke lubuk rezeki. Semoga kisah PJJ korang cepat2 berakhir! 🤲🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      Aamin YRA.. semoga doa Carneyz dimakbulkan..

      Delete
  2. jauh juga Selayang ke Tronoh ye Linda..ingatkan dalam 2jam je,kalau naik keretapi berapa lama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau naik kereta api, dari Sg Buloh 2jam sampai dah..
      Ikut hgway biasa la, kadang 120, kadang 60, yang banyak nya 60 lah..tu yang jadi lamberttt...kikiki

      Delete
  3. action speaks louder than words gitu! kira mcm zmn2 bercinta, sanggup drive jauh2 sbb nak jumpa hehehhe (tiba2 teringat zmn MZ bercinta dgn mr hubby jugakkkk hahahahah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, tapi kitaorang ibarat bercinta lepas kahwin, walaupun kenal sebelum kahwin dah 3 tahun..tapi, takde pun dating² ke apa..masing² buat hal sendiri je..kikiki

      Delete
  4. Rindu la tu tapi apa salahnya kan....halal dah pun...moga berbahagia sehingga ke syurga ya Linda....sweet.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin² YRA..
      Moga yang baik² untuk kak Ezna juga...

      Delete
  5. Happy 4 u dpt jmp fmly walaupun sekejab =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      Next week pula la kita balik..sekali abang Mu'az balik bermalam

      Delete
  6. Alhamdulillah dapat jumpa kesayangan semua. In sya Allah nanti jumpa lagi

    ReplyDelete
  7. Lepas rindu... Ada orang dapat flying kiss tak?

    ReplyDelete
  8. sama la husband Cie pun tak pernah bagi Cie drive kalau dia ada. penat camne pun dia akan berenti mana2 atau beli kopi kalau ngantuk. lama la juga tak drive jauh2. kalau duk berjauhan memang camtu linda akan rindu tau. hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, sampai malas rasanya nak bawa kereta.. nak keluar beli barang dapur pun, kena ajak suami..Kikiki
      Dok dekat pun rindu juga..🤭🤭

      Delete
  9. kalau dah sayang, begitulah.. dulu ms pjj sy pernah kursus di melaka, en suami balik keja direct putrajaya ke melaka, awal pagi pulak gerak balik ke putrajaya... kesian jugak tiap hari ulang-alik tp tu lah cuti kena save jugak nk kena bercuti balik utk jumpa anak²

    semoga linda dpt pindah lepas ni, xdelah penat pjj mcm ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat, tapi itulah peluang yang ada ..
      Betul, kalau PJJ ni, memang cuti habis saja.. hahaha

      Aamin, terima kasih atas doanya..moga dimakbulkan..

      Delete
  10. Hehehe.. sama la dengan suami kita. Takdenye dia nak bagi kita drive kalau dengan dia... mengantuk berhenti rehat jap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..risau kita bawa lagi laju dari dia la tu.. hahaha..
      Kalau dia bawa laju takpe pula..🤭🤭

      Delete
  11. Sayangnya suami pada Linda. Alhamdulillah, dapat habiskan masa kualiti dengan famili. 🥰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah...
      semua suami sayang isteri nya kak...
      mungkin cara dia nak balas balik dulu2 linda lalui semua sendiri kot.. tak tau lah

      Delete