Lovvu Dobbu

Event Ticker

Monday, April 13, 2026

.: MEMORI WEEKEND :.

Assalamualaikum.

ada yang cari linda ke? kikiki
sibuk sikit la hujung minggu, spend kualiti time dengan family.

incikSuami cakap nak ambil linda balik bermalam.
incikSuami gerak lepas maghrib dari Tronoh, sampai Selayang dalam 11 malam.
loading2 barang, singgah makan dulu sebelum gerak balik Tronoh.

menarik betul air dedek order.
tapi, linda tak rasa pun.

Alhamdulillah, smapai Tronoh dalam 3 pagi.
linda kejap celik, kejap tido.
kuat betul incikSuami drive non stop 2 hala.
incikSuami memang jarang suruh linda drive kalau dengan dia.
kalau dia tak tahan pun, akan stop RnR sekejap, buat segar2 kan biji mata.
lepas tu, sambung perjalanan, tetap incikSuami juga drive.

petang sabtu, sempatla teman kak M jogging.
sibuk lah, nak merentas desa katanya Jumaat(17/4/2026) nanti.
dapat juga la ibu keluarkan peluh sikit2.
lama sangat tak berjalan manja2 ni.

Ahad - kak M request makaroni carbonara.
tapi nak yang gambar dinosour, layan je lah.
buat satu paket, habis anak2 makan.
lunch masak ayam masak lemak cili padi dengan sayur capsicum.

sempat jadi cikgu tuisyn sekejap.
dah berbulan tak ngadap anak-anak buat kerja sekolah.

lepas asar gerak balik Selayang.
highway banyak kereta ya.
singgah maghrib dan makan sekali dekat RnR Ulu Bernam.
Alhamdulillah sampai Selayang dalam 10 malam.

one for memory

gigih berbaju kurung.

bersama si dia yang rindu saya la tu.
sebab tu sanggup ambil dan hantar semula ke Selayang.
rindu, tapi malu nak cakap.. hahaha..

Alhamdulillah, incikSuami sampai Tronoh dalam 1 pagi.

tiket kereta api untuk hari Jumaat ni tinggal 18seat je untuk train 10.30malam.
emm, risau tak sempat beli, kena tunggu gai masuk dulu.. hahaha
yang minggu Hari Pekerja tu, memang dah sold out.
tak payah kabo lah.. hahaha
malas nak ke TBS naik bas.
tengok la nanti macam mana.

till then, see ya.

5 comments:

  1. Alhamdulillah, pengorbanan encik suami tolong hantarkan Linda balik ke lubuk rezeki. Semoga kisah PJJ korang cepat2 berakhir! 🤲🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      Aamin YRA.. semoga doa Carneyz dimakbulkan..

      Delete
  2. jauh juga Selayang ke Tronoh ye Linda..ingatkan dalam 2jam je,kalau naik keretapi berapa lama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau naik kereta api, dari Sg Buloh 2jam sampai dah..
      Ikut hgway biasa la, kadang 120, kadang 60, yang banyak nya 60 lah..tu yang jadi lamberttt...kikiki

      Delete
  3. action speaks louder than words gitu! kira mcm zmn2 bercinta, sanggup drive jauh2 sbb nak jumpa hehehhe (tiba2 teringat zmn MZ bercinta dgn mr hubby jugakkkk hahahahah)

    ReplyDelete