Lovvu Dobbu

Event Ticker

Thursday, April 2, 2026

.: PART 3 - SYAWAL 1447 :.

Assalamualaikum.

Sambung lagi entry raya.
Raya ke3, Isnin-23.03.2026, baru la Linda balik beraya di Taiping pula.
Sebab gerak pagi, family Linda ikut datang beraya di Taiping.

Gambar ni je yang ambil.
Aduh, takde mood betul nak ambil gambar.
Tapi, ok la.
Ada juga bukti datang beraya kan. Hihi.

Lepak² kejap, family Linda pun gerak balik Sg Samak semula.
Kak Mas kata jalan jem waktu tengah hari tu, nak lepas traffic light dekat Changkat Jering tu pun dah dekat sejam lebih.
Padahal, kalau hari biasa tu, sejam lebih dari rumah MIL dah boleh sampai rumah Linda. Hihi.

Family Linda gerak balik.
Terus la kitaorang gerak makan kenduri pula.
Belah² family incikSuami, memang suka buat kenduri time raya. Hahaha.
Sepanjang kahwin ni, rasanya dah 3,4 kali ada kenduri time raya yang Linda pergi.
Yang tak pergi pun ada juga.

Panas lit lit pun sanggup bergambar.
Tengah² tu adik ipar, sebelah dia MIL Linda.
Rasanya ni jelah gambar dengan keluarga incikSuami.

Lupa juga nak ambil gambar family helok².
Biasa la, anak bujang mood tak helok.
Abang Mu'az lah, mula² tak nak ikut balik raya Taiping, sebab lusanya ada baraan dekat kampung dengan kawan² nya.
Haisyh, umur masih belum cukup lagi untuk membolehkan memilih sendiri tak ikut balik beraya.
Kalau waktu tak raya tu, boleh la excuse.
Ni, jenuh nak jawab dekat opah kenapa tak datang.
Sat g, opah buat ayat "dia lagi seronok dekat kampung sana".
Aiyooo, Linda pula yang serba salah.

Eh, panjang juga entry nya.
Walaupun 2 gambar je yang ada. Hihi.

Jadi betul lah, setiap gambar ada cerita.

Till then, see ya.

4 comments:

  1. raya pertama dan kedua tu ada la gambar family. raya ke3 tu dah malas dah. hihihi. ada sikit2 je gambar cie dan anak2.

    ReplyDelete
  2. Haah lah tahun macam malas je nak ambil gambo cantik2. Ambil setepek buat ada adegan. hehehe

    ReplyDelete
  3. Nanti Opah merajuk... tak tayuuuu

    ReplyDelete
  4. Sama, belah family Akk pun selalu buat kenduri waktu Raya. Masa ni ramai balik kampung, sekali jalan la Raya dan kenduri.

    ReplyDelete