Lovvu Dobbu

Event Ticker

Friday, February 13, 2026

.: EVENT BABYRUZ :.

Assalamualaikum.

Ahad, 08.02.2026 - menghadiri event babyRuz kelab PRAC dekat Restu Ibu,Hulu Yam, Selangor.
Gerak dari Tronoh 6 pagi, Subuh di jalanan.
Masuk je highway, Linda tidur sampai lah keluar exit Tg Malim.
Sampai tempat event, dalam 8.15 pagi mcm tu.

Event babyRuz di Restu Ibu,Hulu Yam
Ada ahli bawa kek.
Memang "watak utama" la kek ni.

Event babyRuz di Restu Ibu,Hulu Yam
Susun² makanan.
Macam biasa lah potluck.
Bawa sorang sikit, terus jadi banyak.

Event babyRuz di Restu Ibu,Hulu Yam
Bawa meja dan kerusi.
Payung pun incikSuami bawak juga, tapi tak guna pun.
Sebab elok port kami pilih tak kena panas.
Abang Mu'az tak ikut, sebab tak sempat nak ambil dia dan tak nak kalut nak cepat² nak hantar dia masuk asrama pula.

Event babyRuz di Restu Ibu,Hulu Yam
Sesi pembukaan majlis.
Eh, tiba² incikSuami kena baca doa pula.
Alhamdulillah, boleh jadi ustaz lepas ni.kikiki..

Selesai sesi² baca doa, ada serah menyerah sticker baru juga.
Ini lah masa nak berkubang.

Event babyRuz di Restu Ibu,Hulu Yam
Masa pagi ni, air tak naik lagi.
Abang Mueez, yang berendam bertudung tu kak M.

Event babyRuz di Restu Ibu,Hulu Yam
Yang ni ada gambar dedek.

Kalau perasan, dekat tebing tu ada simen kan?
Dalam 11 lebih nk masuk tengah hari tu, paras air dah tinggi sikit, dah naik ke tebing simen tu.

Tapi, anak² mandi sekejap je.
Dalam sejam, dua gitu.
Sejuk katanya.. hahaha..
Memang lah sejuk, air sungai.

Event babyRuz di Restu Ibu,Hulu Yam
IncikSuami ambil job bakar ayam.
Dari mula sampai habis.
Ngelat dia, takmo main air.

Linda pun tak rajin pula nak berendam.
Lepak² jelah tengok² keliling.
Tapi, tak ambil gambar pun.

Restu Ibu ni ada chalet, dia macam tanah persendirian.
Tapi, boleh walk in untuk mandi sungai sahaja.
Parking kereta RM10 sekali masuk.
Kalau nak sewa chalet pun ada juga.
Boleh la cari dekat FB, tak dapat pula Linda nak share link.

Kawasan nya, bersih la.
Memang terjaga la.
Cuma macam chalet tu, tengok gambar macam style lama.
Boleh sewa siang saja, boleh juga untuk bermalam.
Harga lain² la.

Nak balik tu, incikSuami hantar Linda balik Selayang.
Sekali nak ambil barang² yang masih ada lagi.
Sekali, 30min je perjalanan dari tempat mandi manda tu ke Selayang.
Kalau tau dari dulu, memang tetiap minggu pergi mandi sungai.. hahaha.
Sabar jelah.
Sebab Linda dengan incikSuami bukan jenis redah je, tu yang tak jumpa tempat² mandi manda ni, padahal banyak je dekat² Selayang tu.
Takpelah, ada rezeki, kita sewa chalet Restu Ibu tu.
Bolehlah berkubang puas².

Till then, see ya.

1 comment: