Assalamualaikum.
Hari ni tak balik Tronoh, jadi mereput la dalam bilik je.
Tapi, yang peliknya, tak mengantuk lah pula.
Bangun sahur pukul 5.30 pagi, sampai up entry ni pukul 3 petang, tak terlelap sedikit pun.
Eh ,tak boleh jadi.
Jom la kita bereksperimen sikit.
Gulung² sikit, lipat sana, lipat sini.
Alhamdulillah..jadi la sepohon bunga.
Nak up gambar ni, macam tak lawa betul background nya.
Jadi, marilah kita tanya Mr Gemini sat.
Hasilnya.
Emm, dia tukar background je.
Nampak pula caca marba belah depan.
Meh kita tukar arahan lain pula.
Wah, terus jadi hiasan meja.
Tapi, Linda minta close up sikit gambar nya.
Dia takmo dengar cakap kita.
Malas dah, yang ni pun cantik.
Macam real pula yang ni, dok dalam pasu tu.
Kak Mas order bunga telur untuk majlis kawan dia bulan 4 nanti.
Jadi, Linda tengah bereksperimen la nk buat bunga apa.
Macam cantik pula pattern yang ni.
Suka lah.
Till then, see ya.



Cantik lah...=)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. terima kasih..tapi, owner req warna lain..
DeleteAI bukan bagi kita edit banyak kali. Dia suruh bayar, kan, Linda. Cantik, eksperimen bunga telur Linda. Alhamdulillah, masyuukkk.. 😁
ReplyDeleteLinda pakai Gemini, setakat ni..takde lah dia halang nk edit berapa banyak..Alhamdulillah, rezeki ramadan
DeleteBaru ni kakak ipar bagi 2 pasu kecil bunga ni. Banyak dia buat.
ReplyDeleteOK! Uncle iystiharkan eksperiment ini berjaya!
ReplyDeleteNiceeeeee... menjadiiiii
ReplyDeleteritu aqiqah anak buah pun guna bunga dawai ni.