Bangun pagi ada lebam di paha bukan sebab hantu tapi ini puncanya
Pernah tak jadi kat korang, malam tadi tidur elok je, tak terlanggar bucu meja, tak jatuh, tapi pagi ni bangun tengok ada lebam biru keunguan kat paha atau lengan?
Orang tua-tua panggil "Gigitan Hantu".
Doktor panggil "Purpura Simplex" atau "Devil's Pinch" (Cubitan Syaitan).
Jangan risau, tak perlu panggil bomoh. Panggil doktor kalau ia berlarutan.
Ini 4 sebab kenapa badan anda lebam sendiri:
1. Salur Darah Rapuh (Fragile Capillaries)
Ini paling biasa berlaku pada wanita. Dinding salur darah halus (kapilari) di bawah kulit anda nipis. Bila anda stres atau tertekan sikit semasa tidur, salur darah ni pecah sendiri dan darah merembes keluar jadi lebam.
2. Masalah Platlet (ITP)
Platlet adalah "batu bata" dalam darah yang tolong tampal luka. Kalau platlet rendah atau tak berfungsi, darah mudah bocor keluar dari salur darah walaupun tiada kecederaan. Ini boleh jadi tanda awal masalah darah (ITP).
3. Kurang Vitamin C & K
Vitamin C bukan untuk putih saja, ia adalah "simen" yang kuatkan dinding salur darah. Kurang vitamin C menyebabkan salur darah mudah pecah (Scurvy). Vitamin K pula penting untuk pembekuan darah.
4. Kesan Ubat Tahan Sakit
Pengambilan ubat seperti Aspirin, NSAIDs (Painkiller), atau ubat cair darah boleh menyebabkan darah lambat beku dan mudah lebam.
Bila kena jumpa doktor?
Kalau lebam ni datang pakej sekali dengan:
- Gusi berdarah masa gosok gigi.
- Kerap mimisan (hidung berdarah).
- Demam yang tak kebah.
- Lebam makin banyak dan besar tanpa sebab.
Ini mungkin tanda Leukimia atau gangguan darah serius. Tapi kalau setakat lebam "manja" sekali-sekala, itu tandanya anda kena kurangkan stres dan makan buah oren lebih sikit.
Hantu tak salah, badan kita yang minta rehat.
Kredit to PHM.
Till then, see ya.

Ingatkan hantu nak darah. Tapi kadang cam pelik juga kalau kat lengan tiber ada lebam.Puas fikir aku lepuk sapa sampai lebam rupanya devils pinch....nasib baik lepas beberapa hari hilang dah
ReplyDeletekita semua nk salahkan hantu kan
ReplyDeletetq share. tula kadang2 bangun pagi pelik jugak dari mana datang kesan lebam ni.. padahal smalam tak langgar mana2 pun huhu
ReplyDeletesian hantu, asyik dipersalahkan
Dulu pernah kena..lepas tu x pernah dah..haaaa....hantu jugak yang kena fitnah...hantu pun dah boring erk...
ReplyDelete