Lovvu Dobbu

Event Ticker

Thursday, February 26, 2026

.: BERBUKA 7 RAMADAN 1447 :.

Assalamualaikum.

baru berangan petang semalam nak jalan-jalan tengok bazar Ramadan.
sekali belum 4.30 petang dah gelap dan hujan lebat.

last-last, selesai thumbprint balik, terus la ke kafe hospital.
nak jamu mata, tengok apa yang ada.
Alhamdulillah, ada ala carte (masakan bergoreng), selain dari lauk dan kuih muih.
air balang pun ada juga.

Kuetiau goreng
jadi linda pilih kuetiau goreng biasa (RM5.50)
makan separuh je dah kenyang, separuh lagi buat makan sahur pagi ni.

Berbuka 7 Ramadan 1447
dalam pukul 7, goreng telur dan popia carbonara baki semalam, 2 ketul

air, macam biasa la
nescafe panas.
tak boleh minum air ais waktu buka.
boleh terkena batuk dan tetiba demam.
dah la ni pun batuk tak habis-habis.
cuma, linda memang spare air sejuk dalam tumbler (2 bekas).
buat minum-minum.
dan memang selalunya habis, minum sampai untuk sahur esoknya.

Alhamdulillah, rezeki semalam.
hari ni, ingat nak habiskan roti je.
sebab, esok nak balik Tronoh.
berbuka dalam ketapi la kita.

till then, see ya.


24 comments:

  1. Alhamdulillah.. Kuetiau basah2 gitu.. I loike.. ^^

    ReplyDelete
  2. selamat menyambut ramadan almubarak.. moga ramadan tahun ini adalah yang terbaik berbanding sebelumnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin..insyaAllah...mudah mudahan diperkenan segala doa...sempena bulan Ramadan ni

      Delete
  3. Alhamdulillah...
    Aah smlm nieyl sampai rumah awal, before 4.30 pun dah gelap..
    cuaca skrg ni tak menentu..

    ReplyDelete
  4. Pernah macam linda berbuka org bujang...4 tahun lepas masa masih menyewa di KL

    ReplyDelete
  5. Gitu la duduk bujang kan... seadanya je. Best esok balik buka dengan family

    ReplyDelete
    Replies
    1. besok tak dan lagi buka sama... sebab tiket ketapi 7.35malam. hari sabtu ngan ahad la.. dok mikir dah nak masak apa

      Delete
  6. Portion utk mkn sorg byk tu mmg cukup dah tu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye..memang cukup sangat dah...boleh dua kali makan

      Delete
  7. alamakkkk rs nk cari juga laa kuetiau goreng hari ni... nmpk sedap laa pula hehehe

    ReplyDelete
  8. Semalam hujan lebat betul kan? Saya otw dari tmpt keje, kena redah banjir..

    ReplyDelete
  9. sedapnya kuetiau macam nak masak menu berbuka la weekend ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari2 nasi pun jemu juga.. boleh la buat masakan bergoreng pula

      Delete
  10. semua mknn nmpk sedap time berpuasa. MZ suka kue teow!

    ReplyDelete
  11. Sha ni belum berjaya lagi jejak kafe hospital.. Malasnyalah nak menapak.. kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita sebab duduk spital je, balik bilik pun dalam spital je..maka merajin kan la diri menapak ke kafe.

      Delete
  12. Samaaa kak. Saya ini dah susah nak minum dingin. Sesekali oke, tp kalau tiap hari, confirm batuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bulan puasa, memang kena yang panas dulu.. kalau terus minum ais, kena bersedia la effectnya

      Delete