lovvu Dobbu

Saturday, December 20, 2025

.: 17.12.2025 - PART 2 :.

Assalamualaikum.

Sambung lagi entry part 2..
Sampai je dekat hosp, terus lah wasap blogger Cha kita yang famous dengan quilling tu.
Lama dah Cha request tulip putih dengan Linda.
Alang² satu jalan ni, hantar terus lah.

Dah selesai urusan, wasap la semula nak minta lokasi rumah. 
Linda nak drop by je, sebab ada hal lain juga. Lagipun, datang 6 beranak, takkan lah nak suruh Cha masak² pula . Hahaha.

Kalau siapa yang pernah lalu area hosp Sungai Buloh tu..
Betul² turun tol Sg Buloh dah ada roundabout baru..
Nak dijadikan cerita, kami laki bini salah keluar simpang..hahaha..
Tau² hala ke tol.
Nasib baik selalunya dekat tol tu boleh u-turn, jadi u turn lah situ..
Kalau tak, jauh nak sampai rumah blogger Cha tu.. hahaha.

Dah masuk taman pula, selalunya memang akan ada incident besokan biji mata, sebab nak tengok nombor rumah..
Alhamdulillah, sampai juga lokasi yang dituju.
Bergambar dah pasti ya.

Keluar sikit je dari rumah blogger Cha, dah jumpa menara KLCC ni..hihi.
Gambar kak M yang tolong snap, dalam kereta baru tengok.. lepas tu cakap dengan Cha "baik kita wefie je tadi, nampak lah kurus sikit".. hahaha.

Linda tak balik tangan kosong ye.
Ada goodies haa Cha bagi.
Susah susah je tau.

Dalam paper bag warna hijau, memang kipas susah mati warna hijau ni.
Tulisan yang sangat lawa.
Memang Linda tampal dekat kalendar Linda nanti.
Eh, boleh masuk dalam kalendar juga jumpa blogger Cha masa 14years anniversary.

Jom reveal isi dalam nya.

Eh, beg kasut lah.
Dapat selipar cantik mungkin.

Sekali, ada handbag dengan sampul duit raya. Dah macam hadiah kawin pula, sebab sambutan anniversary hari tu. Kikiki
Ya Allah, terharu tau.
Rasa macam tak berbaloi je dengan apa yang Linda bagi dekat Cha.
Moga murah rezeki selalu.
Dipermudah urusan yang dah dirancang..Aamin.

Till then, see ya.

.: 17.12.2025 - PART 1 :.

Assalamualaikum.

Wah, dahsyat eh tajuk entri kali ni.
Yang mudah je Linda ambil.
Lepas tu, kemain banyak part lagi.
Sebab memang well spent pada 17 Disember tu.. takde spesifik sambutan pun.
Tapi, terasa lain dari hari² yang biasa.

Awal pagi lagi dah keluar rumah, walaupun Linda ambil cuti hari tu.
Follow up Abang Mueez di Hosp Sungai Buloh kes jatuh basikal dulu tu.

Subhanallah..Pemandangan yang indah.

Lagi, macam awan karpet ke tu?
Linda bukan jenis yang hiking, jadi tak tahu lah rupa awan karpet tu macam mana.hihihi.

Finally, nombor pun dah ambil.
Ramai pula yang ada app dekat klinik neurosurgeri hari tu.
Alhamdulillah, doktor cakap dah boleh discaj klinik.
Abang Mueez pun Alhamdulillah sihat je selepas kejadian jatuh basikal tu. 

Selesai jumpa doktor, Moh Ler kita ke kafeteria..
Semua pun dah berzikir lapar. 🤭🤭
Memang keluar pagi² tu, terus p hosp..
Takde singgah mana² pun.
Tapi, tetap lah tak dapat parking, kena parking berbayar juga.
Murah lah berbanding parking berbayar hosp Selayang tu.. hahaha.

Selesai makan semua.. 
Jom ke destinasi pertama.
Saja ambil cuti, sebab ada nak melencong ke sana sini.
Alang² dah ambil cuti kan.

Jumpa kakak angkat kita kak Na (dia yang kenalkan Linda dengan incikSuami).
Bunga telur warna ungu tu, untuk dia lah.
Alhamdulillah ,bertemu jodoh kembali setelah gagal di perkahwinan pertama.
Bunga telur tu, Linda sponsor untuk kak Na. Memang dah niat, kalau kak Na nak buat majlis nak bagi bunga telur.
Alhamdulillah, tercapai niatnya.

Walaupun dekat je, ni baru 1st time jumpa kak Na. 
Moga majlis berjalan lancar ye kak, doa yang baik² je untuk akak dan Hasya..aamin.

Lepas tu, kita jumpa someone yang geng² blogger kenal.
Nanti next entry ya.

Till then, see ya.

Friday, December 19, 2025

.: REZEKI MENANG TOP KOMENTATOR :.

Assalamualaikum..

sambil-sambil tunggu masa nak rehat nie.
kerja pejabat pun dah siap..
permohonan menduduki asrama pun dah siap proses.
rehearsal koir pun dah selesai.
baru la boleh BW dan balas komen kawan2 blogger.

sampai lah kita BW dekat blog ShikinRazali.
sekali harung blogger Shikin kita umumkan.
sampailah bulan Disember.

waa.. terkejut kita nampak nama sendiri tau.

Alhamdulillah, rezeki hujung tahun, boleh kira hadiah anniversary la nie.
termasuk yang nie, kali ke2 linda terpilih jadi top komentator di blog Shikin (eh, bulan 12 juga).
terima kasih banyak2 tuan tanah, semoga dimurahkan rezeki selalu.

till then, see ya.

Thursday, December 18, 2025

.: SIAP 8 FLOWER POT :.

Assalamualaikum.

Selasa, 16.12.2025 - berjaya juga siapkan 8 lagi flower pot.
Jom layan gambar.

Flower pot
Satu malam siap 4 flower pot.
Buat bunga siap², lepas tu baru cantumkan dalam pot dia tu.

Jom close up sikit.

Bunga purple kawat bulu
Bunga ungu, dikelilingi bunga kecil oren.

Daisy putih kawat bulu
Ni orang kata Daisy.

Daisy pink kawat bulu
Buat warna pink pula.

Ungu kawat bulu
Yang ni, campur sikit dengan mini tulips tu.
Kira jadi lah kan?

Mini tulip putih kawat bulu
Esoknya, siap lagi 4 pot.
Alhamdulillah, sempat juga.
Sebab yang mini tulip putih tu, nak hantar dekat someone yang dah tunggu lama.
Alang² ada nak keluar ke arah yang sama, kena siap kan dan hantar sekali lah.

Seronok pula buat flower pot ni.
Nanti boleh tambah stok warna kawat bulu, buat lagi yang lain lah.
Tapi, nak Setel kemas rumah dulu.

Till then, see ya.

Wednesday, December 17, 2025

.: 14 TAHUN :.

Assalamualaikum.

17.12.2011 - 17.12.2025
Selamat hari kita yang ke 14.
Semoga kita sama² menua.
Ke Jannah bersama.

14th of us
3tahun kenal, 14tahun menyulam kasih.

Semoga rumah tangga yang kita bina, mendapat keredhaan dan keberkatan Allah SWT..aamin.

Till then, see ya.

Tuesday, December 16, 2025

.: BOWLING PENGURUSAN :.

Assalamualaikum.

Sabtu, 29.11.2025 - maka kita rasmikan lah baju yang ditayang dekat sini.
acara tahunan team pengurusan.
tapi sepanjang 4tahun dekat sini, baru pertama kali linda join.

Superbowl Selayang Mall
team Jiwa Kacau.
tengok, tudung linda je warna purple, memang suka yang warna kontra ye. hahaha

Superbowl Selayang Mall 1
cemana lah gayanya nanti tu.. hahaha
geram pula tengok warna-warna bola ni

Superbowl Selayang Mall 2
satu lagi gambar sebagai kenangan.

pertama kali main bowling ni, tahun 2015.
lama dah weyh.
itu pun ada anjuran geng2 kereta wira incikSuami.
main dekat bowling area MITC Melaka.
ada lagi tempat tu sampai sekarang.

Superbowl Selayang Mall 3
dah habis 3 game.
sambil tunggu team lain habiskan game diorang.
bergambar lagi dengan Cc pula.

selesai game, terus ke acara penyampaian hadiah..
jangan risau ye..
semua pun dapat hadiah.. kikiki
cuma yang top 3 tu, piala nya lain la sikit.

Superbowl Selayang Mall 4
dapat juga sumbangan.
di mana Timblan Pengarah, Puan Shanthini ada memberikan sedikit sumbangan.
jadi dibahagikan kepada semua peserta.
dapat la sorang RM5, Alhamdulillah.

Superbowl Selayang Mall 5
nie la piala nya.
ada la juga kenangan kan.
piala dapat, duit sumbangan pun dapat.

Superbowl Selayang Mall 6
nie kalau nak survey2..
harga dekat Selayang Mall punya tempat Bowling.
takde la mahal sangat.
boleh la cuba nanti bawa anak-anak.

Superbowl Selayang Mall 7
ha,, linda tepek board markah ye.
kalau rajin zoom la.. hahaha.
ada juga strike, ada juga masuk longkang.
yang pasti, main suka-suka.
tapi, takde ye adegan sampai tergolek golek.
semua smooth aje. hihihi.

till then, see ya.

Monday, December 15, 2025

.: LUMUT, PERAK :.

Assalamualaikum.

Khamis, 11.12.2025 - cuti peristiwa untuk negeri Selangor sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor.
Linda pun ambil kesempatan day trip ke Lumut.

Disebabkan jem (ingatkan tak jem), selepas kawasan rehat Tapah hala ke Simpang Pulai. Tak tahu lah sebab apa..tiba² je.
Dapat la snap gambar air terjun ni.
Sebelum ni, memang tak sempat Ler.

Di kejauhan.
Katanya ni air terjun Lata Kijang.

Zoom sikit.
Subhanallah, tengok air terjun dalam Malaysia je, pun dah seronok sangat.
Moga ada rezeki tengok air terjun luar Malaysia pula..aamin.

Sampai Lumut dalam pukul 1.10 petang.
Gambar ni, masa nak keluar dari Lumut dah. Tapi, Linda letak atas lah. Menandakan dah sampai Lumut.

Ke mana kita, sampai ke Lumut berjalan nya.

Hantar bunga telur dekat Biha.
Dulu kan staff hosp Selayang juga. Rajin ehh hantar sampai Lumut. Alang² tu, singgah rumah Tronoh letak barang² sikit.

Udah lalu gate belakang dekat Lumut tu.
Moh Ler kita singgah tempat jatuh lagi dikenang.

Kira 2nd posting ke camne? Sebab 2minggu je duduk HQ, ILKKM Ulu Kinta,Perak. Lepas tu dihantornya ke cawangan ni haa.
Dekat 3 tahun juga lah bertapa dekat sini.
Walaupun staff ada berapa kerat je, tapi memang syok la kerja sini.

Tinggal kak Ija(tengah) dengan kak As je.
Driver pun udah di reshuffle ke Ulu Kinta.
Penyelia Asrama ,kak Ayue pun udah di anto ke Ulu Kinta juga.

Lepas ni,kalau singgah lagi.
Dah tak kenal kot staff yang menjaga.
Alhamdulillah, dapat lah tanya² khabar dengan akak² otai kita.

Udah la kak iJa cakap "patutlah tengah hari tadi masa akak beli lunch teringat kamu, tengah dok ambik timun. Teringat kamu haa"
Memang hantu timun Linda ni, beli lunch, lauk ikan goreng , timun banyak², letak sambal belacan. Dah boleh makan.
Panjang umur Linda, kak Ija teringat, terus Linda sampai depan mata dia.

Moga sihat² selalu ye semua, ada rezeki. Kita jumpa lagi.

Till then, see ya.

.: FLOWER POT :.

Assalamualaikum.

Semalam seharian godek bulu kawat ni.
Sambil marathon tengok K-drama Taxi Driver S2. Dengan incikSuami sekali join.kikiki.

Meh, next project pula.
Ni beli dekat kedai Eco, nak order online tak sempat dah. Buat topup² warna dekat rumah.
Tiba² niat nak buat gift sikit untuk cikgu kelas anak² ni.
Harap² sempat lah siap.
Kena pulun lah.

Balut dulu pot nya.

Dah siap 6 pot.
Gigih cari warna coklat tu dekat kedai Eco.
Tapi ada sepeket je.

Meh kita cantumkan dulu bunga² dalam 1 pot ni.
Nak nampakkan dulu hasilnya macam mana.
Nanti boleh la ejas, nak tambah apa, nak bunga apa, nak daun macam mana.

Siap dah seketul ni.
Tapi, terjuih sorang² tu nak pergi mana?
Tak dan nak potong dulu, dah bagi dekat dedek petang tadi.
Pujuk dia bawa p KAFA.
Sebab dia tiba² tak nak pergi pula.
Padahal hari ni, ada jamuan akhir tahun.
Jadi 1 pot dah selamat dedek bawa ke KAFA, bagi ustazah kelas dia.

Ni, Linda pegang.
Pandangan dari atas.
Helok lah kot tu, pertama kali buat pot ni.

Nanti yang lain², kalau dah siap.
Harus lah tayang dekat dalam blog. Kikiki

Till then, see ya.

Sunday, December 14, 2025

.: CHOCLATE BANANA :.

Assalamualaikum.

2,3 hari lepas. Ada pisang emas dekat rumah.
Dah masak sangat, linda buat la cekodok pisang.
Dah selesai ngap semua tu, tiba2 abang Mu'az tanya, ''ada lagi ke pisang?"
Manalah nak ada, sebab dah selamat jadi cekodok semua tu.

Siang tadi ke TF, topup barang basah sikit.
Beli la pisang berangan.
Meh la kita tengok apa yang abang Mu'az nak buat.

Masuk dapur
Abang mu'az cairkan coklat yang ada dalam peti sejuk.

Masuk dapur 1
Nak potong-potong pisang pula.
Sebelum potong, dia ngap dulu pisang tu.

Linda ingat nak buat apa lah.
Kita tunggu jelah hasilnya.

Banana coklat
Siap dah hidangan abang Mu'az.
Pisang drizzle dengan coklat.
Terus teringat banana split yang linda selalu buat masa kerja kedai dessert dulu2.

Masuk dapur 2
Bersama hidangan nya.

Ingat kan apa la hidangan yang dia belajar dekt tiktok tu.
Rupanya cenggitu je..kikiki

Boleh la abang Mu'az.
Kot2 lepas ni, boleh masak spageti je kat ibu.. 

Till then, see ya.

Saturday, December 13, 2025

.: HAPPY 4 YEARS OLD BABYRUZ :.

Assalamualaikum.

Hari ni,4 tahun la babyRuz ni.
Saja lah nak tampal dekat blog ni.
Kenangan insurans yang ke4.

Tahun ni, kurang sikit dari tahun lepas.
Tapi masih seribu la.. kikiki
Tahun depan kita tengok berapa pula kena insurans ni.

Till then, see ya.



 

Friday, December 12, 2025

.: SEGMEN REFRESH BLOGLIST 2026 BY NIEZA :.

Assalamualaikum.

blogger Nieza kita kembali lagi dengan Segmen Refresh Bloglist 2026.

jom lah kita join, syarat simple2 je.

-tekan je gambar tau-

tahun nie linda dah berjaya menghiasi senarai bloglist sis Nieza..
adakah tahun depan linda masih beruntung.??

sama-sama kita nantikan ye..
cepat-cepat join kengkawan yang lain.
moga ada tuah nya.

till then, see ya.

 

.: TAHNIAH ANAK-ANAK :.

Assalamualaikum.

terkejut dan tak sangka bila dapat wasap daripada cikgu.
rezeki sebelum pindah sekolah.
semoga jadi pemangkin untuk berusaha bersungguh-sungguh lagi, supaya dapat naik pentas lagi.
semoga jadi conoth pada adik beradik yang lain juga.. terus maju jaya dan beroleh kecemerlangan buat anak2 ibu semua nya..aamin

Hari kecemerlangan sksj
abang Mueez.
dapat anugerah Lonjakan Saujana.
majlis 18hb, boleh la ibu minta keluar pejabat macam ni.

Hari kecemerlangan Kafai
kak M, kehadiran terbaik perempuan.
haa..sebab tu la ibu selalu suruh pergi sekolah.
rezeki asbab selalu datang sekolah, dapat juga diraikan.
19hb petang, ibu tak dapat join.
ada jemputan koir, hahaha.. nanti cerita lain yang tu, lupa je nak share.. kikiki.

tahniah buat anak-anak ibu.
buat yang lain, tahniah juga.
sayang ibu sama je pada semua.
tapi UAI cakap, tipu la boleh sama rata, mesti tak sama rata.. kita manusia biasa..
cuma, jangan ditunjukkan. biar pendam dalam hati.

till then, see ya.

Thursday, December 11, 2025

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum.

Jom kita toleh ke belakang.. apa yang ada.

Guestbook
Zaman menggulung kertas.
Tapi tak profesional macam blogger Cha kita.

Mueez Safwan
Abang Mueez umur setahun lebih.
Petang² mama pengasuh dah dok menyembang dekat bawah blok.
Senang Linda, tak payah nak ketuk² pintu. Hihi.. kita pun sembang la serba sikit, lepas tu baru balik rumah.
Hidup berjiran, kang orang kata sombong pula. 😅😅

Homecook makanan baby
Zaman dedek baby², rajin sungguh buat stok makanan dekat dia.
Semua ibu cuba, semua dia makan.
Cuma puree buah je, dedek tak minat sangat.
Memang berguna lah bekas kecik² tu.
Sekarang buat bekas isi butang² baju, cangkuk baju dengan benda² yang kecik² lah.

Ejen emas
Weyh, dulu² kita ejen emas.
Mak ejen kita sekarang dah buka kedai emas kat Peneng nuh (kawan incikSuami masa sek men). Tapi Linda tak tau pun, sampai sekarang tak pernah jumpa lagi.
Lepas² tu baru tahu.

Mukhlis Syahir
Dedek yang dulu, obses dengan senapang, pistol atau apa² yang sama macam tu.
Memang bersusun lah.
Yang bunyi, yang tak bunyi, yang berlampu, yang takde lampu.
Tu yang abang Mu'az cakap "adik nak apa, semua dapat"..
Dia tak ingat zaman dia kecik², sama je.. hahaha.

Maya Syafiqah
Linda tak ingat pasal gambar ni, sebab incikSuami yang ambil.
Just another memory.
Yang kak M pun, dulu kecik² obses dengan mainan masak², lagi² kalau ada tanah liat boleh tekap² jadi bentuk makanan.

Ok lah tu, sama lah macam Linda kecik²..
Tapi, main masak betul²..
Siap ada api, duduk estate kelapa sawit kan, buah sawit yang hitam² tu buat jadi bahan bakar lah.
Siap ambil beras dekat rumah tu. Hihi.

Bila fikir balik, kita main benda yang sama. Cuma cara dan zaman tu yang berbeza. Kan??

Till then, see ya.