Assalamualaikum.
Isnin, 24.11.2025 - pagi tenang je, petang ribut melanda.
Hari yang sama HO(houseman), MO(medical officer) dan SN(staff nurse) lapor diri di Hospital.
Mesti pelik, apa kaitan dengan Linda dan asrama.??
Kaitannya, bila ada yang mohon nak masuk asrama, dan nak masuk hari yang sama juga.
Tapi, kena ingat. Ni bukan asrama kolej, asrama sekolah. Yang confirm ada penempatan sebab dah ada senarai nama di tangan. Ni asrama @ kuarters untuk staff, tentulah terhad.
Kalau HO, Linda tak huru hara sangat, sebab diorang semua dah tahu sebulan awal dapat posting dekat mana.
Dan awal² lagi dah deal penempatan, so memang secure lah bilik asrama untuk diorang.
Kalau MO pula, jarang lah mohon, sebab asrama tak layak untuk MO. Tapi ada juga yang nk tumpang sementara dapat rumah sewa.
Yang SN ni huru hara, dah lah petang² baru sampai.
Dah sekali sampai, nahhh... 30 orang.
Pishang jap nak cari bilik.
Yang available ada belas² je biliknya.
Bukti, pejabat asrama tiba² kena serang.
Terima kasih partner, Izzah ambil gambar.
Selalunya, memang takde gambar lah.
Alhamdulillah, takde yang terpaksa heret bagasi semula untuk cari tempat bermalam.
Walaupun terpaksa duduk sebilik 2 orang untuk sementara, semua dapat tempat untuk bermalam.
Selagi mampu, insyaAllah Linda akan carikan juga bilik untuk mereka bermalam, sebelum fikir langkah seterusnya.
Selalunya, Linda bagi tempoh 2 minggu untuk diorang bertenang, so Sabtu Ahad, boleh lah meronda cari rumah @ bilik sewa.
Kalau ada rezeki, insyaAllah dapat duduk asrama.
Tapi, tak boleh nak komplen teruk² lah, terima lah seadanya keadaan bilik tu.
Paling teruk pun 5/10 jelah.
Keadaan frame pintu yang usang, lantai parkir yang kadang² tercabut. Tilam yang memang udah haup.
Biasalah, peruntukan memang susah nak turun.
Tahun lepas, pertama kali lulus permohonan katil dan tilam..itu pun 10 tilam, 4 katil.
Alhamdulillah.
Bila jaga asrama staff ni, kena kreatif lah. Lagi² bila kita tak tau berapa yang akan mohon asrama sekaligus.
Masa jaga asrama pelatih, sebulan sebelum pelatih datang, dah ada list nama. Jadi boleh lah buat apa² yang patut.
Sekarang ni, memang kena bersedia lah sepenuhnya.
Bilik² yang dikenal pasti rosak, kena cek semula..mana yang boleh repair, kita buat sampai jadi bilik kosong yang boleh dihuni.
Rasa sepanjang 4 tahun dekat Selayang ni, memang banyak bilik yang rosak dapat Linda buka semula.
Dapat lah tambah kapasiti bilik kosong, supaya dapat memudahkan staff hosp.
Lagipun, sayang bilik kosong. Bagi Linda biar rosak sebab dihuni, dari rosak sebab terbiar kosong.
Ehh, panjang bebelan hari ni, padahal nak cerita pasal handle staff masuk asrama je. ðŸ¤ðŸ¤
Till then, see ya.


Bila pejabat diserbu tu mesti Linda banyak kerja tu....
ReplyDeleteHihi...gitulah kak..ada masa bz, ada masa tenang² je..jadi tak boleh lah nak samakan kerja dengan orang lain..masing² ada kerja sendiri kan
DeleteYa mana boleh samakan...bidang masing lain2 kan....
Deletebetul tu kak.. tapi geram je, bila orang nak cakap kita nie kerja senang, tak susah, tak sibuk macam yang kerja dekat admin.. geram je kadang tu.. hahaha
DeleteBesar pejabat asrama sana. Kat Lipis ni kecik je. Sekarang tinggal sorang dah PA, sorang lagi dah pencen.
ReplyDeleteAlhamdulillah, selesa juga pejabat dekat Selayang ni..internet ,Line telefon semua ok..cuma pejabat dok dekat asrama, hujung tanjung la orang Kabo.. hahaha..
DeleteIYE dekat lipis tinggal kak Rosmarina ke Rosmarini ntah. Kenal dekat wasap grup je.
stuju tu biar rosak sebab dihuni, dari rosak sebab terbiar kosong...tiap2 thn sure ada had limit utk yg nk dok asrama kan
ReplyDeleteUntuk asrama, dalam polisi ada juga lah kita tulis..tapi, tak apply pun..sebab bila kita apply, nanti takde orang pula nak duduk asrama .sayang... Jadi, kalau HO memang selalu sampai habis tempoh houseman dia..SN, selalunya yang PJJ, memang sampai dapat transfer lah.. tapi kadang2 ada yang nak sewa luar..setakat hari ni, Linda tak pernah la keluarkan surat memo keluar asrama lagi.
DeleteSekali datang 30 org tu... mmg pishang... xde pulak inform awal perlukan asrama dulu sementara, kalau boleh senang le nk adjust kan... hari ni en suami sy cakap diorang ada orientasi utk MO yg baru report duty... semalam dia cuti pun terpaksa ke hosp sebelah petangnya sebab nk prepare video utk pgrm orientasi.. kecoh la diorang ni... hahahaha
ReplyDeleteya, begitulah selalunya kalau dengan SN. hihihi...kecoh je kan..macam lah takde hari esok...tapi, kalau part orientasi tu, benda tu semua boleh prepare awal.. kenapa nak kena last minit??? hahaha
DeleteSebelum ni mcm x pernah pulak dgr orientasi MO ni.. kali ni pengarah hospital jaga betul kot staf yg br report duty.. kalau x kena viral, paham2 je la semua nk kena letak di tt mcm cikgu2 yg br posting tempoh hari tu
DeleteRamai kot...selalu nya kalau ramai tu yang ada orientasi bagai...kalau sikit, orang pun tak tau ada yang lapor diri..hihihi
DeleteOh memang setiap hospital ada asrama untuk yang layak eh? Baru tau, tapi memang pernah nampak cuma tak pasti semua hospital ada ke tak.
ReplyDeleteUii memang letih uruskan penempatan ni. Sebelum ni saya jaga kuarters kerajaan, adoi pening bab nak maintain tu, duit tak seberapa, kekadang penyewa demand macam tu rumah sewa luar haha.
Kalau duduk asrama ni free ye? ke tolak elaun jugak?
Linda Hosp Selayang ke? Tak silap saya kawan saya dulu kat situ tapi dah keluar rasanya, Ellisal namanya.
bergantung kepada hospital... hosp lama selalunya ada asrama, cuma limited dan fasiliti usang la.. hosp yang baru2 rasa macam takde asrama, agak kesian dekat situ.. kesian untuk staff yang baru lapor diri kalau takde tempat nak menginap.
Deletehahaha..bab penghuni demand tu betul, kadang2 linda cakap juga "itu je yang terbaik saya boleh bagi, kalau rasa membebankan, tak setara dengan potongan, boleh la menyewa dekat luar"
asrama tolak elain macam biasa 75%ITP, 50%BSH, cuma utiliti tak, sebab bil langsam dengan hosp. beza dengan kuarters, api air bayar sendiri, sebab memang kena buka akaun atas nama penghuni.
aah dekat hosp selayang, ala... linda tak kenal lain2.. kenal yang circle linda je..hihihi
Sekali kena serbu memang pening dibuatnya. Nak bertenang pun tak sempat ni. Mujurlah dah bersedia semua. Jadi kurang sikitllah kalutnya tu. Bagusnya selagi boleh bantu, kita bantu. Semoga mereka faham keadaan tersebut dan dapat cari penempatan.
ReplyDeletebetul tu... insyaAllah, mana boleh bantu..kita cuba usahakan
DeleteMak ai..kena serang..ramai nya linda..
ReplyDeletenasib baik cukuppp...
secukupnya kita bagi...walaupun kena kongsi bilik, aim hari tu, kena pastikan semua ada tempat bermalam..sebab ada yang lapor diri sendiri, tak bawa family...so, takde lah sewa hotel ke apa
DeleteAlhamdulillah dpt handle...Kdg2 seronok jgk kalut2 gini...Pengalaman =)
ReplyDeleteAlhamdulillah..bukan pertama kali lah..memang selalu kalut dengan depa ni
Deletewow..busy. alhamdulillah, under control semua
ReplyDeletecongrats dear..nanti jengah blog MA yer... :-)
wah...kita bertuah ke?? alhamdulillah... semua under control.. alhamdulillah, bertuah..
Deletepening juga sekali 'serang' 30 orang. Nasib baik ada juga bilik untuk berteduh sementara nak cari bilik/rumah sewa.
ReplyDeleteAda lah bilik, tapi tak boleh la nak memilih.. faham² jelah fasiliti kerajaan ni macam mana.
Delete