lovvu Dobbu

Thursday, July 10, 2025

.: SESI JAWAB SOALAN - FULL @ HALF BIUS? :.

Assalamualaikum. 

Niat nak jawab, tapi lama beno nak jawabnya.. Hihihi.. 
 
Soalan dari kak SA rentetan nak keluarkan IUCD tu. 

Kalau tanya Linda, nie pengalaman pertama masuk OT (operation theater). 
Sebelum nie bersalin anak 4, alhamdulillah normal semuanya. 
Jadi masuk LR (labour room) jelah. 

jadi moh la cerita pengalaman sendiri masuk OT dan dibius.
untuk prosedur removal IUCD nie.
doktor bius suggest untuk bius spinal(separuh badan-lower body sahaja)
lebih kurang epidural lah..
meh tengok beza epidural dan bius spinal

Ciri Bius Spinal Bius Epidural
Lokasi Suntikan Ruang subaraknoid (terus ke cecair saraf) Ruang epidural (luar dari lapisan dura)
Kedalaman Jarum Lebih dalam Kurang dalam
Kesan Bermula Cepat (2-5 minit) Perlahan (15-30 minit)
Kawalan Dos Tidak boleh dikawal (satu suntikan sahaja) Boleh dikawal (melalui kateter berterusan)
Tempoh Kesan Pendek (1-2 jam) Lebih lama (boleh disambung jika perlu)
Kekerapan Digunakan Pembedahan singkat (contoh: C-section) Bersalin, pembedahan panjang
Kesan Sampingan Sakit kepala selepas prosedur lebih biasa Kurang sakit kepala
Saiz Jarum Lebih halus Lebih besar (untuk masukkan kateter)
Kehilangan Deria & Gerak Kehilangan deria & gerak yang lebih cepat Kehilangan deria, gerak bergantung pada dos
-chatGPT je-

Masuk ruang OT tu,rase seram sejuk dah.
Staff set up kita dalam tu.
Doktor bius pun datang, duduk posisi udang tu, untuk dia cucuk dan masuk kan ubat bius.
Nampak sangat tak relax bila doktor bius cakap "puan,relakskan sikit bahu tu, jangan keraskan muscle"
Pertama kali kan, tak tahu nak react macam mana.

Rasa dia cucuk, rasa macam ada 'benang' halus masuk ke dalam.
Lepas tu,doktor cakap dah selesaikan masuk ubat bius, duduk sekejap dalam posisi yang sama..baru boleh baring.
Bila dah baring, eh nampak pantulan imej dekat syiling.
Baru faham apa yang kawan² pernah cerita, kadang² ternampak perut diorang digodek² melalui pantulan tu.

Tapi, supposedly itu tak terjadi, sebab staff OT akan lindungi pandangan kita, diorang letak cover atas tu.
Tapi, memang kita terkebil², tak hilang kesedaran ye..cuma hilang rasa sakit bermula pinggang ke bawah.

Sambung balik, lepas dah dibaringkan semula, doktor bius cucuk lah dengan jarum tajam, untuk tanya sakit atau tak.
Linda pun tak dapat bezakan sakit @ rasa.
Bila dia mula dari bahagian bawah ke atas, baru dapat bezakan.

Doktor yang bertugas untuk prosedur Linda, pun masuk.
Beliau pun briefing semula,nak buat prosedur apa.
Doktor bius, memang ada je duduk atas kepala Linda tu, dari mula sampai habis..
Dia asyik tanya je,sejuk tak..nak warmer tak.

Sakit tak terasa, tapi rasa orang goncang², godek².. kalau waktu normal,kita rase ngilu² lah..nie takde rasa apa.

Tau² dah selesai, setel² kemas dekat OT.
Staff pindahkan ke katil yang lain, dan ditolak di bilik pemantauan.
Dalam bilik pemantauan tu, staff OT asyik suruh gerak kaki, kalau kaki kita boleh bergerak, baru dia panggil staff wad untuk ambil kita.
Selagi kaki tak gerak, dok lah dalam tu.
Masa tu, kaki rasa berat sangat.
Boleh la kot perumpamaan macam kaki gajah tu.
Kita rasa dah gerak kaki, tapi staff cakap, belum lagi.

Bius tu berkesan dalam 5-6 jam lah. bergantung dos yang doktor masukkan, tapi dia one shot je, tak boleh tambah @ kurangkan.
Balik wad, boleh lah minum ke apa..tapi,doktor bius cakap jangan bangun dari baring.
Jadi jawapannya,memang tak minum lah..sebab jauh gila kot air, pengiring takde.

jadi nya,kita tidur jelah dulu sampai incikSuami mai petang tu.
Just minum air Saline je lah dulu.. 😂😂
Takmo bagi dehydrated kan.

Dapat MC 2minggu.
Sebab kesan jangka pendek,yang dalam 2minggu tu. Linda rase, tak boleh duduk lama², tak boleh berdiri lama².. memang nak baring je..
Sebab tu lah dapat MC agaknya.

Panjang betul entry nya ya..hihihi

Till then, see ya.

28 comments:

  1. ngeri betul bila bab2 bius dan operate niiii

    ReplyDelete
  2. Haaaa....seram plak baca...akak ni nak kena operate tonsil, so dah kena mencari kekuatan..risau ni..bulan 9 doc nak jumpa untuk confirmkan bila nak operate...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tonsil,full bius kot... insyaallah..takde pape,cuma nak jaga tekanan darah je..kalau naik tinggi pun,susah juga nak operate

      Delete
  3. adududuu serammmnya bila baca kena operate ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. naseb baik takde sesi jahit menjahit...itu lagi seram

      Delete
  4. Tak pernah mengalami jadi kalau kena pun memang gigil jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...kita nie pun seram je..nk bius semua ke..bius sikit separuh ke...mcm2 fikir..

      Delete
  5. Aduh seramnya dibius separa sedar tu. Mujur gak dia tutup pandangan tu sikit kan. Kalau tidak terkebil kebil mata tengok pantulan imej dibedah tu. Lagi seram dibuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mau trauma... hahaha...
      tapi, rase mengantuk, rasa loya, rasa nak muntah.. masa dalam OT tu...time doktor2 tengah goncang2 dan godek2 tu.. hahaha

      Delete
  6. Saya seram...x tau la turn saya mcm mana nnt...

    ReplyDelete
  7. fuhhhh.....bab ni paling takut uhukkk

    ReplyDelete
  8. Seram la baca masuk bilik bedah ni sebab memang ada pengalaman masa bersalinkan Dania ikut tingkap. Cucuk epidural tu sakitnya.......tapikan pernah ada kes ya kakak sepupu anak keluar ikut tingkap tapi epidural tak bertindak sepenuhnya lagi dan sepupu boleh rasa sakit. Bayangkan la. Tapi dia tak boleh nak cakap sebab kesan epidural tu. Hospital mana dirahsiakan. Scary kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah dengar juga kejadian mcm tu..tapi,memang tak boleh nak cakap ke? Sepanjang tempoh dia rase sakit?atau awal² dia rasa sakit...mesti dia trauma sangat..kesiannya..

      Delete
  9. sis tak pernah ada pengalaman bersalin lagi.. tp sis rsa, sis nak bius full je la.. sis dah la sejenis yang tak mampu nak tahan sakit.. "sob.. sob.."

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, bila sampai masanya, auto kuat...

      Delete
  10. Akk pejam mata, ngeri bila nampak apa yg Doc buat dekat perut kita. Terasa ye perut tu digodek² wpun tak sakit. Time jahit pun boleh rasa benang mcm ditarik² huhu ... Ngeri² pun 4x c-zer you 🫣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hat jahit nie,kita memang idop² kak...tang miss v tu .4x bersalin, 4x lah jahit...terasa ngilu je,jarum tusuk daging,benang ditarik...erghh....

      Hebat PH,4x czer u..moga sihat² selalu.

      Delete
  11. jangan kata hospital .. dgr jarun dengan bius ni pun dah dahh seriauuu hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hosp tu..dulu anti bau ubat ..auto kata bau hosp...skang,ok je..hihihi..tapi,tetap lah seriau dengan jarum..bila nak ambik darah tu,kita tengok lah tempat lain.

      Delete
  12. membayangkannya saja tak sanggup, pernah lihat ukuran jarum bius untuk orang yang mau sesar sudah merinding duluuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang kalau boleh, tak payah kelihatan..tau² siap .hihihi

      Delete
  13. Salam singgah..saya doakan semoga cepat sembuh ya dek. Ingat Allah , Dia sayang hambaNya yang ingat selalu padaNya. Dialah yang berikan kita segalananya..InshaAllah akan sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...terima kasih bro Etuza...moga² yang baik² juga pada bro..insyaAllah...

      Delete
  14. Cie dah merasa emergency czer anak pertama. Bius penuh. Bila dah dihantar ke wad memang mamai teruk. Dengar orang datang melawat bercakap tapi mata tak boleh buka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bius penuh,lagi lama lah nak sedar...kita yg half tu,memang sedar je dah...cuma pinggang ke bawah rase kebas tak habis²...mcm tak berdaya gitu..

      Delete