lovvu Dobbu

Friday, June 20, 2025

.: HARI PERTAMA WARDED :.

Assalamualaikum 

Kalau yang perasan tu, dah lama linda share kan pasal IUCD yang tak jumpa tu, dengan apa plan doktor nak buat untuk keluarkan IUCD tu. 

Jadi, setelah bertukar tarikh, dari 4Jun, kemudian 23Jun. Eh tiba-tiba 16Jun pula. 
Memang terkujat lah kita. 
Dalam otak dah set kena setel kerja dalam minggu 16Jun tu, sebab dah mula kerja seorang nie, partner dah ambil cuti bersalin. 
Dengan 15Jun tu mak bapak bertolak dari Tanah Suci, memang kalut lah 16Jun tu, sebab adik beradik penuh lagi dalam rumah. Tak sempat nak beramah mesra. 

Cakap dengan mak kena masuk ward pukul 9pagi, itu pun lajak 10.30pagi baru pergi hospital. 
Kita setelkan makan makan dulu dekat rumah. 
Urusan pendaftaran smooth je, naik wad 11C,dapat katil no 21.

Makan tengah hari. 
Kitanya masuk hospital kerajaan je, menu biasa biasa jelah. Hihihi. 

Petang, sebelum incikSuami p amik anak sekolah, mai singgah dulu kat linda. 
Pagi tu, dia hanta dekat lobi je, semua linda urus sendiri. 

Bila dah pasang branula nie, jadi seram lah sikit. 

Doktor panggil masuk bilik scan, tetap nak cuba keluarkan secara manual. 
Sambil sorang dok proses, sorang dok scan, tetap lah tak berjaya. 
Doktor cakap "its very close,tetap I tak dapat nak keluarkan, so kita proceed masuk OT je ye puan" 
Linda pun iye kan jelah, nak buat camne lagi kan. 
Petang-petang sikit, doktor bius pula datang, bagi explanation lagi. 
"Sebab nie prosedur simple je, so kita bagi bius spinal je, macam orang nak bersalin czer tu" doktor bius tu kabo. 
Kitanya debo, bersalin semua normal.. Risau lah. 

Menu makan malam pula. 
Serius, tak sedap betul lauk dekat Hospital Selayang nie.. Hahaha. 
Pernah warded Hosp Teluk Intan dengan Hosp Sabak Bernam, makanan situ lagi sedap sedap. 
Ke sebab Hosp Selayang nie, tukang masak dia outsource, tu yang tak sedap..

Malam pertama menginap di ward selepas 7tahun (waktu bersalinkan dedek). 

Recall balik - doktor nak buat heteroscopy removal IUCD, doktor akan masukkan kamera dalam rahim (ikot miss V lah). Jadi, boleh la doktor cari punca kenapa IUCD tak boleh keluar secara manual. 
Jadi, dah nampak pakai kamera tu, doktor keluarkan lah sekali IUCD tu. So,bila dah masuk kamera tu,haruslah di bius..

Pasang yang baru?? 
Owh, tak.. Trauma pula rasenya. 
Kalau hari tu keluar IUCD secara normal je, memang nak pasang yang baru. 
Tapi yang nie, tak pasang la baru, risau nak keluarkan kena masuk OT lagi. 

Till then, see ya. 

48 comments:

  1. saya dengar IUCD pun dah seram...dah selamat semuanya ye Linda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, IUCD dah selamat dikeluarkan...

      Delete
  2. Exbos Cie Pegawai Dietetik pindah kat hosp selayang last year. Ingatkan makanan sedap la outsource kan taraf2 hotel punya makanan rupanya tak ek. Tapi kan kenapa dorg bagi makanan dalam disposable je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tekak linda tak sedap.. Tekak org lain tak tau lah.. Kikiki...
      Emm, senang terus buang kot.. Malas nak basuh2

      Delete
  3. seram laaa bila kena masuk OT tu...MZ pernah lah warded kat hosp selayang ie 20 yrs ago masa 1st time preggy ie preggykan my zharfan tu..time tu sedap jer mknnnya(kat tekak MZ)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi... Lama dah tu.. Masa tu takde outsource lagi kot.

      Delete
  4. Baca pun secary, walaupun pernah melalui lagi teruk dari Linda. Moga tetap terus sihat ye

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan segala urusannya..

    ReplyDelete
  6. Kita pulak yang seram. Cucuk sikit ambil darah pun kita cuak. Tapi beranikan juga sebab nak derma darah. Ini kan pula kalau pakai branula. Aduh, kita seram betul bab² hospital ni. Nak tak nak terpaksalah juga makan makanan hospital kan. Semoga dipermudah segalanya dan semuanya berjalan dengan baik. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cucuk2 nie.. Kalau linda, jgn tengok time prosedur tu.. Pandang ler tempat lain, kalau tak.. Seram jugak nengok nya

      Delete
  7. Mbak, semoga proses nya berjalan dengan lancar dan diberi kemudahan.

    Salam,

    ReplyDelete
  8. Oh? Benda tu namanya branula ke? Uncle baru tahu...

    Semoga urusan berjalan lancar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Dah selesai urusan yang satu tu..

      Delete
  9. semoga dipermudahkan urusan...seriau nya..take care!

    branula kat tangan tu...ahh nostalgia..baru je lepas..

    ReplyDelete
  10. Semoga dipermudahkan segala urusannya..

    ReplyDelete
  11. Begitu, ceritanya. Terima kasih atas perkongsian. Kena masuk camera rupanya.
    Akak operate tiroid pun hospital kerajaan. Sedap, makanan Hospital Manjung. Suka masa duduk hospital. Eh..
    Ooo... Linda bersalin normal semua. Akak pernah merasa sekali, yang sulung czer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk Hosp syok lah, dapat me time kejap.. Hahaha.. Tak payah buat kerja rumah, urus anak2.. Hihihi... Alhamdulillah, 4 orang semua normal kak.. Tapi, berderet tu 1 hal, lagi satu trauma, si dedek tu lahir 3.93kg..seram mikir kalau tiba2 mengandung nak beranak lagi cmne... Lepas tu masa depe kecik2 tu, bapak depe bz sokmo.. So pikirkan takde pelindung, sat g diri sendiri yang merana.. Tu yang pakai IUCD je.. Setelah pil perancang keluarga kita selalu tak menjadi... Sebab jadi juga kak M dengan dedek tu... Hahaha.. Rasanya dah ikot aturan dan berdisiplin dah...

      Delete
  12. Memang biasa la makanan hospital kurang rasa. Tapi janji sihat, kan? Lepas discharge boleh balas dendam makan sedap!

    ReplyDelete
  13. Alhamdulilah settle semua..
    Mungkin kebetulan hari kejadian makanan tu rasa tak sedap. Salah sukatan kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 hari dok spital.. Boleh kata setiap meal lah yg tak sedapnya... Kikiki.. Tp, telan jelah... Tak habis lauk pun, nasi je habis, berkuahkan lauk sikit2

      Delete
  14. ini kisahnya, semoga lekas sembuh Linda.
    ngilu plus trauma. kita masuk OT 2009 sampai hari ni still trauma dgn spital or klinik. takmau cucuk-cucuk tu. nehi!

    ReplyDelete
  15. Ngerinya kena masuk kamera ikut bawah tu. Masa tu dia tak pengsankan pesakit ke? Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena bius separuh badan pun.. Nanti share dekat entry lain pula..

      Delete
  16. Bab² ni Akk seram la Linda 🫣
    Even dah 4x bersalin pun still ngeri dgn hal² gini.
    Semoga cepat baik ye Linda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tang mana satu yang seram? Hihihi... Insya-Allah, baik2 je nie

      Delete
  17. Kalau nak keluarkan IUCD secara normal tu camne... doc seluk kot bawah dan ambil pakai tangan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam nak buat pap smear tu..takde lah pakai tangan.. Pakai alat juga lah nak sepit...

      Delete
    2. oo ok.. adehh... mulut itik tu terasa² masa buat pap smear.

      Delete
    3. Mana ada terasa kak.. Biasa je.. 🤭🤭

      Delete
  18. Bab makanan tak sedap tu susah nak komen.. kdg2 ikut tukang masak tu.. atau mmg setaip hari tak sedap gitu haha.. Hurmm baca prosuder dia pun dah ngilu kita.. moga semua nya dipermudahkan amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa.. Gitulah... Tak tau lah, kot tekak linda je tak sedap..
      Alhamdulillah, prosedur selesai dengan lancar..

      Delete
  19. aduh..seram lak baca .huhu. ada rupanya kes camni. baru tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nie kira, linda lah kes yang terpencil... Dalam 100 orang tu, adalah 5 yang pelik2.. So, linda salah satu daripadanya lah.. Tapi, alhamdulillah IUCD tu ada je ditempatkan, cuma dah menempel.. Kalau IUCD tu dah berjalan, lagi seram.

      Delete
    2. Sama dengan makcik kite linda.Umur xjauh beza ngn kite.hehe.kena bius sebab UICD nye xjumpa😅

      Delete
    3. Gitulah.. Lepas tu orang dok pertikai kita kenapa tak makan pil lah.. Tak rancang sendiri lah... Eh, geram pulak kita.. Hahaha

      Delete
  20. Rare banget kes kamu ni Linda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitulah.. Yang rare tu tiba2 terkena dekat linda... Hihihi

      Delete
  21. Hehe, bab lauk hospital ni memang ramai boleh relate!

    ReplyDelete
  22. Lauk hospital ni memang la kadang2 macam tak kena dengan tekak. Kadang2 bukan tak kena dengan tekak...kita pun tak berapa sihat jadi tak lalu la nak makan kan....

    ReplyDelete