lovvu Dobbu

Friday, June 20, 2025

.: HARI PERTAMA WARDED :.

Assalamualaikum 

Kalau yang perasan tu, dah lama linda share kan pasal IUCD yang tak jumpa tu, dengan apa plan doktor nak buat untuk keluarkan IUCD tu. 

Jadi, setelah bertukar tarikh, dari 4Jun, kemudian 23Jun. Eh tiba-tiba 16Jun pula. 
Memang terkujat lah kita. 
Dalam otak dah set kena setel kerja dalam minggu 16Jun tu, sebab dah mula kerja seorang nie, partner dah ambil cuti bersalin. 
Dengan 15Jun tu mak bapak bertolak dari Tanah Suci, memang kalut lah 16Jun tu, sebab adik beradik penuh lagi dalam rumah. Tak sempat nak beramah mesra. 

Cakap dengan mak kena masuk ward pukul 9pagi, itu pun lajak 10.30pagi baru pergi hospital. 
Kita setelkan makan makan dulu dekat rumah. 
Urusan pendaftaran smooth je, naik wad 11C,dapat katil no 21.

Makan tengah hari. 
Kitanya masuk hospital kerajaan je, menu biasa biasa jelah. Hihihi. 

Petang, sebelum incikSuami p amik anak sekolah, mai singgah dulu kat linda. 
Pagi tu, dia hanta dekat lobi je, semua linda urus sendiri. 

Bila dah pasang branula nie, jadi seram lah sikit. 

Doktor panggil masuk bilik scan, tetap nak cuba keluarkan secara manual. 
Sambil sorang dok proses, sorang dok scan, tetap lah tak berjaya. 
Doktor cakap "its very close,tetap I tak dapat nak keluarkan, so kita proceed masuk OT je ye puan" 
Linda pun iye kan jelah, nak buat camne lagi kan. 
Petang-petang sikit, doktor bius pula datang, bagi explanation lagi. 
"Sebab nie prosedur simple je, so kita bagi bius spinal je, macam orang nak bersalin czer tu" doktor bius tu kabo. 
Kitanya debo, bersalin semua normal.. Risau lah. 

Menu makan malam pula. 
Serius, tak sedap betul lauk dekat Hospital Selayang nie.. Hahaha. 
Pernah warded Hosp Teluk Intan dengan Hosp Sabak Bernam, makanan situ lagi sedap sedap. 
Ke sebab Hosp Selayang nie, tukang masak dia outsource, tu yang tak sedap..

Malam pertama menginap di ward selepas 7tahun (waktu bersalinkan dedek). 

Recall balik - doktor nak buat heteroscopy removal IUCD, doktor akan masukkan kamera dalam rahim (ikot miss V lah). Jadi, boleh la doktor cari punca kenapa IUCD tak boleh keluar secara manual. 
Jadi, dah nampak pakai kamera tu, doktor keluarkan lah sekali IUCD tu. So,bila dah masuk kamera tu,haruslah di bius..

Pasang yang baru?? 
Owh, tak.. Trauma pula rasenya. 
Kalau hari tu keluar IUCD secara normal je, memang nak pasang yang baru. 
Tapi yang nie, tak pasang la baru, risau nak keluarkan kena masuk OT lagi. 

Till then, see ya. 

6 comments:

  1. saya dengar IUCD pun dah seram...dah selamat semuanya ye Linda

    ReplyDelete
  2. Exbos Cie Pegawai Dietetik pindah kat hosp selayang last year. Ingatkan makanan sedap la outsource kan taraf2 hotel punya makanan rupanya tak ek. Tapi kan kenapa dorg bagi makanan dalam disposable je?

    ReplyDelete
  3. seram laaa bila kena masuk OT tu...MZ pernah lah warded kat hosp selayang ie 20 yrs ago masa 1st time preggy ie preggykan my zharfan tu..time tu sedap jer mknnnya(kat tekak MZ)

    ReplyDelete
  4. Baca pun secary, walaupun pernah melalui lagi teruk dari Linda. Moga tetap terus sihat ye

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan segala urusannya..

    ReplyDelete
  6. Kita pulak yang seram. Cucuk sikit ambil darah pun kita cuak. Tapi beranikan juga sebab nak derma darah. Ini kan pula kalau pakai branula. Aduh, kita seram betul bab² hospital ni. Nak tak nak terpaksalah juga makan makanan hospital kan. Semoga dipermudah segalanya dan semuanya berjalan dengan baik. Aamiin...

    ReplyDelete