Assalamualaikum
Kalau yang perasan tu, dah lama linda share kan pasal IUCD yang tak jumpa tu, dengan apa plan doktor nak buat untuk keluarkan IUCD tu.
Jadi, setelah bertukar tarikh, dari 4Jun, kemudian 23Jun. Eh tiba-tiba 16Jun pula.
Memang terkujat lah kita.
Dalam otak dah set kena setel kerja dalam minggu 16Jun tu, sebab dah mula kerja seorang nie, partner dah ambil cuti bersalin.
Dengan 15Jun tu mak bapak bertolak dari Tanah Suci, memang kalut lah 16Jun tu, sebab adik beradik penuh lagi dalam rumah. Tak sempat nak beramah mesra.
Cakap dengan mak kena masuk ward pukul 9pagi, itu pun lajak 10.30pagi baru pergi hospital.
Kita setelkan makan makan dulu dekat rumah.
Urusan pendaftaran smooth je, naik wad 11C,dapat katil no 21.
Makan tengah hari.
Kitanya masuk hospital kerajaan je, menu biasa biasa jelah. Hihihi.
Petang, sebelum incikSuami p amik anak sekolah, mai singgah dulu kat linda.
Pagi tu, dia hanta dekat lobi je, semua linda urus sendiri.
Bila dah pasang branula nie, jadi seram lah sikit.
Doktor panggil masuk bilik scan, tetap nak cuba keluarkan secara manual.
Sambil sorang dok proses, sorang dok scan, tetap lah tak berjaya.
Doktor cakap "its very close,tetap I tak dapat nak keluarkan, so kita proceed masuk OT je ye puan"
Linda pun iye kan jelah, nak buat camne lagi kan.
Petang-petang sikit, doktor bius pula datang, bagi explanation lagi.
"Sebab nie prosedur simple je, so kita bagi bius spinal je, macam orang nak bersalin czer tu" doktor bius tu kabo.
Kitanya debo, bersalin semua normal.. Risau lah.
Menu makan malam pula.
Serius, tak sedap betul lauk dekat Hospital Selayang nie.. Hahaha.
Pernah warded Hosp Teluk Intan dengan Hosp Sabak Bernam, makanan situ lagi sedap sedap.
Ke sebab Hosp Selayang nie, tukang masak dia outsource, tu yang tak sedap..
Malam pertama menginap di ward selepas 7tahun (waktu bersalinkan dedek).
Recall balik - doktor nak buat heteroscopy removal IUCD, doktor akan masukkan kamera dalam rahim (ikot miss V lah). Jadi, boleh la doktor cari punca kenapa IUCD tak boleh keluar secara manual.
Jadi, dah nampak pakai kamera tu, doktor keluarkan lah sekali IUCD tu. So,bila dah masuk kamera tu,haruslah di bius..
Pasang yang baru??
Owh, tak.. Trauma pula rasenya.
Kalau hari tu keluar IUCD secara normal je, memang nak pasang yang baru.
Tapi yang nie, tak pasang la baru, risau nak keluarkan kena masuk OT lagi.
Till then, see ya.
saya dengar IUCD pun dah seram...dah selamat semuanya ye Linda
ReplyDeleteAlhamdulillah, IUCD dah selamat dikeluarkan...
DeleteExbos Cie Pegawai Dietetik pindah kat hosp selayang last year. Ingatkan makanan sedap la outsource kan taraf2 hotel punya makanan rupanya tak ek. Tapi kan kenapa dorg bagi makanan dalam disposable je?
ReplyDeleteTekak linda tak sedap.. Tekak org lain tak tau lah.. Kikiki...
DeleteEmm, senang terus buang kot.. Malas nak basuh2
seram laaa bila kena masuk OT tu...MZ pernah lah warded kat hosp selayang ie 20 yrs ago masa 1st time preggy ie preggykan my zharfan tu..time tu sedap jer mknnnya(kat tekak MZ)
ReplyDeleteHihihi... Lama dah tu.. Masa tu takde outsource lagi kot.
DeleteBaca pun secary, walaupun pernah melalui lagi teruk dari Linda. Moga tetap terus sihat ye
ReplyDeleteAkak lagi kuat... ☺️☺️
DeleteSemoga dipermudahkan segala urusannya..
ReplyDeleteAamin2
DeleteKita pulak yang seram. Cucuk sikit ambil darah pun kita cuak. Tapi beranikan juga sebab nak derma darah. Ini kan pula kalau pakai branula. Aduh, kita seram betul bab² hospital ni. Nak tak nak terpaksalah juga makan makanan hospital kan. Semoga dipermudah segalanya dan semuanya berjalan dengan baik. Aamiin...
ReplyDeleteCucuk2 nie.. Kalau linda, jgn tengok time prosedur tu.. Pandang ler tempat lain, kalau tak.. Seram jugak nengok nya
DeleteMbak, semoga proses nya berjalan dengan lancar dan diberi kemudahan.
ReplyDeleteSalam,
Insya-Allah... Aamin2..terima kasih Abah
DeleteOh? Benda tu namanya branula ke? Uncle baru tahu...
ReplyDeleteSemoga urusan berjalan lancar
Alhamdulillah... Dah selesai urusan yang satu tu..
Deletesemoga dipermudahkan urusan...seriau nya..take care!
ReplyDeletebranula kat tangan tu...ahh nostalgia..baru je lepas..
Aamin2...
DeleteBranula tu memang trauma.. Kikiki
Semoga dipermudahkan segala urusannya..
ReplyDeleteInsya-Allah... Aamin2
DeleteBegitu, ceritanya. Terima kasih atas perkongsian. Kena masuk camera rupanya.
ReplyDeleteAkak operate tiroid pun hospital kerajaan. Sedap, makanan Hospital Manjung. Suka masa duduk hospital. Eh..
Ooo... Linda bersalin normal semua. Akak pernah merasa sekali, yang sulung czer.
Masuk Hosp syok lah, dapat me time kejap.. Hahaha.. Tak payah buat kerja rumah, urus anak2.. Hihihi... Alhamdulillah, 4 orang semua normal kak.. Tapi, berderet tu 1 hal, lagi satu trauma, si dedek tu lahir 3.93kg..seram mikir kalau tiba2 mengandung nak beranak lagi cmne... Lepas tu masa depe kecik2 tu, bapak depe bz sokmo.. So pikirkan takde pelindung, sat g diri sendiri yang merana.. Tu yang pakai IUCD je.. Setelah pil perancang keluarga kita selalu tak menjadi... Sebab jadi juga kak M dengan dedek tu... Hahaha.. Rasanya dah ikot aturan dan berdisiplin dah...
DeleteMemang biasa la makanan hospital kurang rasa. Tapi janji sihat, kan? Lepas discharge boleh balas dendam makan sedap!
ReplyDeleteAlhamdulillah... Sihat...
DeleteAlhamdulilah settle semua..
ReplyDeleteMungkin kebetulan hari kejadian makanan tu rasa tak sedap. Salah sukatan kot..
3 hari dok spital.. Boleh kata setiap meal lah yg tak sedapnya... Kikiki.. Tp, telan jelah... Tak habis lauk pun, nasi je habis, berkuahkan lauk sikit2
Deleteini kisahnya, semoga lekas sembuh Linda.
ReplyDeletengilu plus trauma. kita masuk OT 2009 sampai hari ni still trauma dgn spital or klinik. takmau cucuk-cucuk tu. nehi!
Aiseyh.. Besar trauma tu...
DeleteNgerinya kena masuk kamera ikut bawah tu. Masa tu dia tak pengsankan pesakit ke? Huhuhu
ReplyDeleteMemang kena bius separuh badan pun.. Nanti share dekat entry lain pula..
DeleteBab² ni Akk seram la Linda 🫣
ReplyDeleteEven dah 4x bersalin pun still ngeri dgn hal² gini.
Semoga cepat baik ye Linda
Tang mana satu yang seram? Hihihi... Insya-Allah, baik2 je nie
DeleteKalau nak keluarkan IUCD secara normal tu camne... doc seluk kot bawah dan ambil pakai tangan ke?
ReplyDeleteMacam nak buat pap smear tu..takde lah pakai tangan.. Pakai alat juga lah nak sepit...
Deleteoo ok.. adehh... mulut itik tu terasa² masa buat pap smear.
DeleteMana ada terasa kak.. Biasa je.. 🤭🤭
DeleteBab makanan tak sedap tu susah nak komen.. kdg2 ikut tukang masak tu.. atau mmg setaip hari tak sedap gitu haha.. Hurmm baca prosuder dia pun dah ngilu kita.. moga semua nya dipermudahkan amin.
ReplyDeleteYaa.. Gitulah... Tak tau lah, kot tekak linda je tak sedap..
DeleteAlhamdulillah, prosedur selesai dengan lancar..
aduh..seram lak baca .huhu. ada rupanya kes camni. baru tau
ReplyDeleteNie kira, linda lah kes yang terpencil... Dalam 100 orang tu, adalah 5 yang pelik2.. So, linda salah satu daripadanya lah.. Tapi, alhamdulillah IUCD tu ada je ditempatkan, cuma dah menempel.. Kalau IUCD tu dah berjalan, lagi seram.
DeleteSama dengan makcik kite linda.Umur xjauh beza ngn kite.hehe.kena bius sebab UICD nye xjumpa😅
DeleteGitulah.. Lepas tu orang dok pertikai kita kenapa tak makan pil lah.. Tak rancang sendiri lah... Eh, geram pulak kita.. Hahaha
DeleteRare banget kes kamu ni Linda
ReplyDeleteGitulah.. Yang rare tu tiba2 terkena dekat linda... Hihihi
DeleteHehe, bab lauk hospital ni memang ramai boleh relate!
ReplyDeleteHahaha.. Itulah tu..
DeleteLauk hospital ni memang la kadang2 macam tak kena dengan tekak. Kadang2 bukan tak kena dengan tekak...kita pun tak berapa sihat jadi tak lalu la nak makan kan....
ReplyDeleteItulah... Telan je lah..
Delete