lovvu Dobbu

Wednesday, October 9, 2024

ROTI PIZZA :.

Assalamualaikum 

Malam nie terrajin pulak.. 
Sebab tau diaorg cnfirm tak nak makan nasi.. 
Linda buat roti pizza lah.. 

Guna roti empat segi je
Spread kan sos spageti je
Lepastu letak hirisan sosej
Letak kepingan keju (nie je yang ada dekat rumah) 

Kak M tolong linda potong sosej
Lepas tu dia yang susun sosej dan letak keju
Bakar dalam AF je

Nie je gambar yang ada selepas siap masak
Yang lain dah selamat 
Ada 7 kepingan keju tadi, habiskan je semua
Alhamdulillah.. Untuk anak-anak dh selesai

Linda ngan incikSuami makan nasi goreng pedas.
Lebihan nasi tengah hari tadi, linda goreng je.
Esok tak tau nak masak apa.
Tengok lah apa yang terlintas. 

Till then, see ya. 

 

5 comments:

  1. Owh... tak terfikir pulak roti boleh jadi pizza

    ReplyDelete
  2. dulu2 selalu jugak buat roti pizza gini. anak2 memang suka makan lagi2 kalau ada sosej tu.

    ReplyDelete
  3. Ada air fryer senang kerja. Kak M pun boleh buat sendiri.

    ReplyDelete