lovvu Dobbu

Sunday, October 27, 2024

.: FOOD FESTIVAL @ BBS :.

Assalamualaikum

terkebetulan tengah on laptop nie.
linda stori mori lah sikit ye.

Jumaat (25.10.2024), malam tu keluar lah pergi selayang baru.
abang Mu'az lah nie sibuk kecek.
ada food festival katanya.

stage nie memang ada, tapi ada set muzik sekali tu.
mesti ada orang nyanyi-nyanyi jugak nie.

linda sefamily sampai awal.
lepas maghrib terus keluar, malas nak sesak-sesak nanti.
jadi, masa sampai tu pun, pengunjung tak ramai lagi.

linda tak amik pun gambar gerai-gerai yang ada.
cuma amik gambar gerai yang kita membeli je lah.

first pit stop - gerai minuman

nie nama gerai nya, ApiCo

linda try air kopi vietnam dia.
warna kopi tu tak nampak sangat.
tapi, rase tu ada lah, not bad.
packaging menarik.
nie besar RM7.

second pit stop - gerai CharKuewtiow
abang Mueez dengan dedek yang nak makan.
order yang biasa je,rasa, boleh lah nak makan.
pedas jugak.
harga CKT biasa RM7

third pit stop - gerai ubi lambung
warna warni ubi nya.
tak amik gambar pulak.
lupa daa...hihihi
set paling murah RM10 - 20pcs.
warna warni tu, sebab gunakan pelbagai jenis ubi.
makan panas-panas sedap.
kalau dah sejuk sikit, tak sedap sangat.

owh, ada jugak beli corndog.
abang Mu'az kata tak sedap, tepung nya rasa manis..
ehh..pelik pulak.
tapi, yang linda tak kenan, minyak goreng corndog tu hitam sangat..
habis hitam corndog tu, minyak dah goreng banyak kali.
supposedly dah boleh tukar minyak baru.
nak buat camne, dah order baru perasan.
tak sampai hati nak cancel order..
Alhamdulillah, untuk rezeki kali nie.

till then, see ya

From river to the sea, Palestine will be free.Aamin

No comments:

Post a Comment