Lovvu Dobbu

Event Ticker

Saturday, September 20, 2025

.: PROJEK KEDUA :.

Assalamualaikum.

Bermula projek kedua kita.

Nak hapuskan pokok depan rumah yang ditanam oleh pemaju 10 tahun dulu.

Ambil gambar dari depan pula.

IncikSuami pula tunjuk skill.
Sampah tepi  pokok tu, jiran sebelah tinggal.
Dia pindah ke lorong belakang, sebab tuan rumah nak jual rumah katanya.

Majlis perbandaran dekat Tronoh nie, sampah dalam plastik hitam je yang dia kutip. 
Jadi, Linda pecah²kan lah sampah² tu masuk dalam plastik.
Sambil² incikSuami potong pokok tu.

Kerat separuh pokok dulu.
Penat juga lah gergaji pokok nie.

Akhirnya, hilang dah pokok nya.
Setelah bersusah payah.
Makan masa 2 hari juga lah.
Tapi, kitaorg buat petang jelah.
Lepas asar.hihihi.

Eh, Linda pun buat juga tau.
Tapi tu lah, takde orang amuk gambar Linda. 😂😂

Till then, see ya.

Friday, September 19, 2025

.: REDEEM MYKASIH :.

Assalamualaikum.

Selesai projek pertama, wireman dah kelaparan.
Jadi moh la kita keluar cari makan.
Sebabkan baru pukul 3 petang camtu, Linda ajak incikSuami makan dekat area Medan selera, sebelah Petronas dekat Seri Iskandar.
Sebelum Hentian Bas Seri Iskandar.

Dekat situ , ada menu laksa, goreng², nasi sup pun ada.

Linda order nasi putih sup daging RM8
Cendol pulut, tak ingat berapa RM.

Dekat Seri Iskandar nie,banyak je kedai makan.
Tapi, foodcourt takde.
Sebab mall pun takde.
Yang ada, Lotus, Econsave, Longwan dengan billion.
Macam supermarket lah kot noh.
Kalau nak AEON ke, kena lajak ke Manjung @ Ipoh la.

Selesai makan, singgah Econsave.
First time masuk juga, selalu beli barang² dekat Lotus je.
Kan kitaorang nak berkampung dekat Tronoh seminggu, so nak beli lah barang² buat main masak².
Linda guna MYKASIH kat sini.

Barang banyak nie je pun.
Total RM160.15

Beli dekat Econsave, smooth je.
Orang pun takde, tak payah beratur lama.
Depan Linda ada sorang je.
Linda pun memang ambil barang² asas je, jadi takde pula cashier tu beritahu ada yang boleh guna MYKASIH ataupun tak.

Total expenses.
IncikSuami cakap, macam mana lah menteri² kabo cukup RM100 tu.
Linda cakap lah, kalau betul² ambil barang asas, cukup lah.
Kalau macam kita ambil barang tadi, memang tak cukup lah.

Apa pun, Alhamdulillah, dapat juga merasa pemberian kerajaan.
Pertama dan terakhir kali dapat BSH tu, masa mula² di perkenalkan.
Masa tu, incikSuami baru kerja sorang, memang layak lah.
Tapi, kena pergi BSN untuk tunaikan.

Till then, see ya.

 #eh, PV tak jauh dah tu.buka² mata selalu ya.hihihi

Thursday, September 18, 2025

.: MAGGI WAGYU :.

Assalamualaikum.

Jom cuba Maggi perisa baru nie.

Perisa Wagyu
Bulan lepas beli, kalau tak silap.
Bawa Tronoh, buat tambah² bekal.

Kejadiannya.

Sedap, rasa macam sup tulang.
Memang sup dia rasa daging lembu.
Kalau ada daging, tambah dalam tu, memang lagi umphh lah.

Boleh la beli lagi nanti lain kali.

Till then, see ya.

.: PV MENCANAK NAIK?? :.

Assalamualaikum.

Eh, semalam PV mencanak canak.
Risau pula kita.
Selalu PV kita 300-400 je sehari. Kikiki
Semalam sampai 8000. 🤔🤔
Tengok sekali total PV tu..
GA PV 200,000 kita masih berlangsung ye.
 
Check hat nie.
Banyak dari China.
Eh, apa ke Hei nya.
Hahaha..
Tak tahu lah weyh.

Tapi, laju sikit total PV linda berjalan.
Cepat sikit tahu pemenang nya siapa kan?


Till then, see ya.

Wednesday, September 17, 2025

.: BUBUR PERAK @ TITI GANTUNG ,PERAK :.

Assalamualaikum.

Alang-alang dekat Tronoh, cuti seminggu.
Barang² dekat rumah pun, yang mana boleh kemas, kita dah kemas.
Jadi, meh la ambil peluang balik rumah MIL dekat Taiping.

Dari Tronoh, lalu jalan Ipoh-Lumut tu, incikSuami ajak minum petang.
Jadi, berhenti la kita di sini.

Bubur Perak, dekat area Titi Gantung, sebelah Pertanian, betul² dekat traffic light.
Kak Nur aka blogger tot mesti tahu.
Kawasan jajahan kak Nur..Hihihi.
Lama tak makan dekat sini.

Specialty sini, memang bubur.
Bermacam aneka bubur ada.

Antara yang Linda snap.

IncikSuami pilih bubur pulut hitam.

Linda ambil pengat pisang.

Anak 4 semua ambil bubur jagung.

Manis ??
Bubur, memang lah manis kan?
Jadi Linda memang tak order air lah.
Bloated juga nie perut nya, semangkuk Linda punya pengat habis.
Lepas tu, bubur jagung kak M dengan dedek Linda juga perabih.
Makan isi jagung je lah.

Haa, saja Linda ambil gambar abang Mueez nie.
Nampak tak dekat tempat yang Linda tanda tu.
Parut jatuh basikal hari tu.
Nasib baik lah tak nampak jelas sangat, kena tengok dekat² baru nampak.
 
Nie Linda share video aneka  bubur yang ada.

Bubur Perak,
Titi Gantong, 32600
Perak.

Eh, lupa pula.
Semangkuk tu untuk dine in RM4, kalau bungkus RM4.50.

Boleh la cuba kalau berjalan² di Perak.

Till then, see ya.



Tuesday, September 16, 2025

.: BIRTHDAY PRANK MENJADI :.

Assalamualaikum.

Campak belakang hari Jumaat lepas, sebelum kita holiday panjang.
Kan bawa geng asrama keluar makan, otw nak balik tu, Aisah minta singgah dekat Selayang Jaya, nak beli ubat katanya.
Suruh Linda drop je, nanti dia balik jalan kaki.

Linda cakap bukan lama pun, tunggu jelah..
Katanya ubat pegnen yang bulat², hahaha.
Jenuh la ku pikir ubat apa lah time pegnen makan yang bulat².
Dok terbayang iron je lah. 
Sekali Aisah cakap, tak jadi nak pergi, sebab masa rehat diorang nak habis dah.

Linda pun ok je lah, hantar diorang semua balik pejabat. Linda pun tengok jam awal lagi, balik rumah dulu, hantar abang Mu'az g sekolah pula.
Takde lah incikSuami terkejar² nak hantar abang Mu'az dan adik².

Masuk pejabat, buat kerja dekat level 5.
Turun dari level 5, tengok pejabat gelap je.
Buka pintu, ingat kan trip ke apa.
Tiba² nampak api dengan orang menyanyi lagu birthday.
Linda pun on la lampu, bertuah punya team.
Di prank kan kita. 😍😍

Birthday prank
Nie la ubat bulat² yang Aisah nak beli tadi.

Birthday prank 1
Makan dekat rumah dengan anak².
Sedap kek nya.

Birthday prank 2
Wefie dengan team yang mem"prank"kan Linda.
Terkejut, terharu.
Tapi, macam biasa lah, ku kan kental, tak keluar plak air mata terharu..Kikiki.

Linda share video ye.

Alhamdulillah, rezeki birthday tahun nie.
Awal sehari team asrama sambut.
Moga murah rezeki selalu buat kamu semua, terima kasih banyak² ya.

Till then, see ya.

Monday, September 15, 2025

.: PROJEK PERTAMA :.

Assalamualaikum..

Sabtu sampai dah petang, dalam pukul 3petang.
Jadi kitaorg tak buat apa² pun.
Just rehat² je.

Esok nya Ahad, 14Sept, baru lah buat projek sikit².
Projek pertama, incikSuami nak alihkan plug dan tambah lagi.

Projek pertama
Plug asal dekat tempat yang mcm berlubang tu, bawah kabinet tu.
Lupa pula nak tandakan tadi.
Kami kan cadang² nak masak dekat area tu, macam tak logik la plug kat situ kan.

So, suami nak alihkan ke tepi sikit, dekat dinding tu.

Projek pertama 1
IncikSuami dah hulur wayar ke bawah.

Sambil² incikSuami buat kerja wiring dia, Linda mengemas lah barang² dapur.
Nak bagi kurang kotak kan.
Pinggan mangkuk keluarkan, periuk kuali keluarkan, sudu², cawan².
Yang mana tak guna sangat, kita simpan terus dekat paling atas, abang Mu'az lah yang tolong panjat².

Projek pertama 2
Sambil tu, Linda unboxing juga set pinggan mangkuk nie.
MIL bagi masa mula² kawen dulu, tak pernah guna, sekarang dah duduk menetap,baru lah boleh keluarkan dan guna.. Hihihi.

Projek pertama 3
Snap sikit, letak dalam blog.
IncikSuami tengah buat kerja.

Projek pertama 4
Alhamdulillah, siap.
Dari 2 plug, beranak jadi 4.
Nasib baik lah wiring sikit² gini incikSuami boleh buat.
Nie kalau upah orang pun, modal Rm300 juga kot.
Tapi, buat sendiri kan, incikSuami cakap 7 tahun baru siap..hahaha

Selesai projek pertama.

Till then, see ya.