Lovvu Dobbu

Event Ticker

Sunday, January 21, 2024

. : SAGU GULA MELAKA :.

Assalamualaikum 

Ter rajin pulak buat sagu gula melaka semalam.. 
Terasa nak makan kuih2.. 
Sagu ada lagi sikit.. 
Maka terhasillah sagu gula melaka nie.. 

Terlebih pulak warna hijau dia.. 
Dapat sebekas nie.. Oklah
Sejuk kan dalam peti ais dulu.. 

Gula melaka ada.. 
Kita pakai fullcream milk je.. 
Mudah.. 

Gula melaka tak pekat sangat.. 
Jadi tak nampak warna dia.. 
 Boleh lah, manis dia sedang sedang je.. 
Nyummeh... 

RESEPI SAGU GULA MELAKA CIKPUANLINDA :

  1. didihkan air panas secukupnya
  2. Bilas sagu mentah, masukkan dalam air mendidih tadi
  3. Sambil kacau, sambil tunggu sagu kembang 
  4. Sagu dah kembang, bilas sagu bawah air paip yang lalu (buang lebihan kanji2) 
  5. Titik kan pewarna 2,3 titik, kacau rata pada sagu, masukkan dalam bekas, biarkan sejuk
  6. Cairkan gula melaka, kalau nk pekat letak air sikit je (nak wangi, simpul daun pandan, masuk dalam tu) 
  7. Sagu dah sejuk, cedokkan dalam mangkuk, tuang gula melaka dan susu penuh krim (ikot suka tekak masing2) 

mudah je sagu gula melaka nie.. 
Rajen dengan malas je.. Hahaha

Till then, see ya

Saturday, January 20, 2024

. : DEMAM RINDU :.

Assalamualaikum 

Terkejut tengok dedek berselubung selimut... 
Hari ini pecah rekod, tido petang.. 
Selalu harapan sangat nak tido petang tu.. 

Badan rase dedo dedo jugak.. 
Tu yang berselubung kot.. 
Dia rase sejuk.. 

Ayah balik Melaka semalam, esok (ahad) baru balik Selayang.. 
Ada urusan sikit nak setel dekat kem katanya.. Tak boleh nak folo sebab abang Mu'az ada kelas tambahan lagi.. 

Tapi, ibu keliru sangat.. 
Dedek demam rindu ayah ka... Rindu henset ayah??? Hahaha
Akal sama naik dedek nie.. 😂😂

Moga tak melarat lah ye.. 

Till then, see ya

 

. : EKSA :.

Assalamualaikum... 

Saja nak share 2, 3 hari lepas cikpuanLinda dok mengemas meja... 

Kan dah kabo dalam opis tu, cikpuanLinda kerja sorang je, tapi ad 3 meja pejabat.. 
Jadi, saja lah tukar kedudukan.. 
CikpuanLinda guna meja yang lagi satu.. 

Dalam laci kosong.. 
Nak beli bakul comey2 asyik tak pergi je kedai eco. 
Jadi selalu kita campak2 je barang dalam laci tu.. 

Tak terurus lansung.. Hahaha

Jadinya moh lah kita berEKSA dekat pejabat sendiri. 
Siapa yang kerja government tu, mesti familiar dengan EKSA nie.. 

CikpuanLinda guna kotak tapai sarimah nie je haaa... Jimat sikit... 😂😂
Naseb baik tak buang lagi kotaknya hari tu.. 
Penutup kotak tu, kita buat dia jadi pembahagi partition tu.. 

Lepas tu, kita balut lah kotak tu sikit bagi lawa.. 
Pembalut pun guna apa yang ada je.. 

End up.. 
Bawah nie lah hasil dia kreatif yang tak bape nak kreatif sangt... 

Nampak lah tersusun sikit
Takdelah serabut sangat mata memandang

Till then, see ya

Friday, January 19, 2024

.: PHOTOSHOOT PART 2 :.

Assalamualaikum

tak perlu di kenalkan lagi..
semua dah taw tempat paling hotspot dekat Taiping
- Taman Tasik Taiping -

nie kalau balik Taiping, memang akan singgah..
kalau tak sempat nak singgah untuk beriadah, pusing-pusing kawasan naik kereta pun puas hati dah..

gambar photoshoot nie 
tahun 2021, hujung Syawal
masa tu tiba-tiba kerajaan umum dah boleh rentas negeri
zass, terus bersiap amik cuti dan balik kampung
Alhamdulillah, kebetulan incikSuami takde apa-apa dalam kem
jadi senang lah nak dapat cuti

cikpuanLinda pun apa lagi
tangan godek-godek fesbuk
mencari photoshoot yang murah murah
gatal nak berphotoshoot pulak

anak4 pun kecik lagi waktu nie
takde banyak bunyi, folo je ibu


seronok tengok gambar-gambar lama
lepas tu stress masa sendiri

  • dulu kurus, skang dah berisi sikit
  • dulu anak-anak behave je, skang Masya-Allah
  • cepatnya anak-anak besar, mak tak sempat nak perati anak-anak

eh..macam-macam lah
tu yang sekarang, kita cuba mengharungi kehidupan dengan memori yang indah2 je*padahal mak asyik jadi singa je*

till then, see ya

p/s -  nie link photograher Aleeya Studio-Photographer

Thursday, January 18, 2024

.: JADUAL PEPERIKSAAN UPKK TERKINI :.

 Assalamualaikum

semalam semua ibu bapa yang mempunyai anak mengambil peperiksaan UPKK dapat berita tergempar
subjek Sirah yang sepatutnya diambil petang semalam, telah dibatalkan
alasan yang dikeluarkan oleh JAKIM, ada SOP yang telah dilanggar
bahasa mudahnya, soalan bocor kot..hihihi

pada awalnya, Subjek Sirah dijadualkan semula pada hari Selasa- 23.01.2024
di mana ad Subjek Bahasa Arab pada hari itu
atas mengambil kira keluh kesah daripada ibu bapa (kerana 2 subjek KILLER bergabung), JAKIM telah memuktamadkan untuk menambah satu hari lagi hari peperiksaan UPKK.

maka jadual baru telah dikeluarkan


RABU - 24.01.2024
peperiksaan subjek Sirah akan diadakan

semoga yang baik-baik je untuk anak-anak kita
teruskan berjuang, gunakan peluang untuk mengulangkaji lebih lagi

semoga abang Mu'az Syafiq berusaha lebih lagi
walaupun mak nya tengok dia mcm takde perasaan je apa yang jadi.. 😂😂
tak tahu lah mak nak sekolahkan abang Mu'az mcm mana lagi...

till then, see ya



.: CAMERON HIGHLANDS PART 5 - THE END :.

Assalamualaikum

ok janji, nie part last cerita pasal Cameron Highlands  😂😂
sebelum chekout kitaorang pergi Taman Agroteknologi MARDI dulu
lepas tu, balik apt semula, baru chekout bebetui
ok silap tang nie lah...

next kalau repeat CH, chekout terus pepagi, terus berjalan
sebab bila kitorg keluar semula, jalan dah bersusun time nie

gugel tempat makan, ramai rekomen 1 kedai nie kat Taman Sedia..
pergi lah situ, tp dalam tu pun jem
rupa-rupa nya, dalam kawasan Taman Sedia tu mcm2 ada
segala kebun stoberi ada kat situ, Abang Strawberi, Opah Strawberi
jadi tak dapat p tempat yang konon dah google tadi

tapi jangan risau, dalam tu ada banyak kedai makan
homestay2 comel pun banyak dalam Taman Sedia nie
so, dah discover lagi satu tempat

kitorang park kereta dekat 1 tanah kosong nie, rm5/entry
jalan lah kaki
ad kedai makan, then berhenti lah
tak ingat dah nama kedai nya apa 😁😁

so, ini lah menu2 yang kitorang order

- nasi lemak strawberry -
rendang daging dia sedap

- bihun bakso -
ada 4 ketul bebola daging

- nasi ayam biasa -

- nasi ayam strawberry -
yang nie ada sambal strawberry, kalau dekat tekak cikpuanLinda, mcm tak kena lah
rase pedas, lepas tu ad buah strawbery dalam tu kalau gigit rase strawberry
ntah la, mcm tak kena je...kikiki

- mee kari -
siap ada sambal merah, nie sedap, tapi takde kerang..kikiki


habis makan menyelusuri jalan, ada nampak kebun strawbery yang takde nama
tapi boleh masuk dan petik strawbery sendri
entry fee utk dewasa sahaja rm5/person
kanak-kanak free entrance

buah strawberi tak banyak yang masak, sebab kebun kecik je nie
dah ramai yang datang agaknya
so, tak banyak sangat lah
boleh lah buat ghaso-ghaso orang kata
pengalaman anak-anak petik strawberry

tapi, mahal lah harga strawbery petik sendri
100g rm7
dpt dalam 500g ritu rm35
baik beli dah siap petik, murah lagi..hahaha

habis tu, terus kan perjalanan nak balik
tapi sebelum balik, singgah pulak Cactus Point
bergambar lah kita ngan pokok-pokok kaktus nie



seram pulak nengok pokok-pokok kaktus nie
kalau tetiba ada insiden, terjatuh atas pokok kaktus ke
cmne lah agaknya kecedaraannya...
tak pernah pulak terbayang

finally, jumpa jugak tempat nie...
cikpuanLinda dok teringat-ringat strawberry nie
dulu2 masa jadi cikgu ganti tahun 2011 gitu, ada trip ke CH
mmg bergambar lah kita kat strawberry nie
semua tempat yang cikpuanLinda masuk, dok cari2 strawbery nie...

skali dekat area cactus rupanya, dah jumpa lah dia
sama mcm tahun 2011 jugak strawberry nya
amik lah gambar anak-anak buat kenangan

Alhamdulillah, ada rezeki lebih sikit..
dapat bawak anak-anak naik CH
kalau ada rezeki lain, nak tour Pantai Timur plak
rindu betul angin Pantai Timur

till then, see ya

 

Wednesday, January 17, 2024

. : WORDLESS WEDNESDAY 3 :.

Assalamualaikum 

Ada lagi setahun nak merasa dua gaji 😁😁
Lepas nie tak merasa dah la.. 

Kalau lah komitmen tu takde
12tahun kahwen, simpan semua potongan nie, skang nie mesti dah cukup nak pergi umrah 😊😊

Itulah kata kalau..


Till then, see ya

P/s - kalau nak taw, nie namanya potongan paksa, mcm duit kwsp sekarang yang buat i-suri tu, dari suami potong terus ke isteri.. 
Untuk anggota tentera, memang ada dah benda nie lama.. 
Kalau tak kahwen lagi, akan potong kepada waris (selalunya ibu bapa jelah)