Lovvu Dobbu

Event Ticker

Wednesday, March 27, 2024

.: WORDLESS WEDNESDAY 12 :.

 Assalamualaikum



layanz lah lagu raya

kalau dekat opis lama nie
penuh ketupat bergantungan 

till then, see ya

. : DRIVER TAK BERGAJI :.

Assalamualaikum 

Siang tadi bermula lah episod Linda jadi mak supir tak bergaji... 😂😂

Setelah on leave dari bulan 10 (lebih dari maternity leave nie) 
Gudbye opis tempat tidur di waktu tengah hari.. 

Naseb kak M lah, keluar awal pun.. 
Kena tunggu abang2 keluar baru boleh balik rumah.. 

Masa ayah amik, ayah amik awal.. 
On time katanya.. 
Ayah naik motor + ayah tak kerja.. 
Ibu tengah kerja.. 
Keluar ambil anak balik SK, hanta pulak ke SAR

Semoga ibu waras selalu... 😅😅

IncikSuami balik Melaka sat, last temuduga ngan CO untuk pencen nie.. 
Next week, bermula pulak kursus PERHEBAT.. 
Semoga dipermudahkan urusan semua skod2 incikSuami... Aamin2 YRA

Till then, see ya

 

Tuesday, March 26, 2024

.: 15 RAMADHAN :.

Assalamualaikum

sekejap je, kita dah memasuki separuh Ramadhan
berbaki lagi 14 @ 15 hari untuk kita meraikan Ramadhan
semoga kita direzekikan bertemu lagi Ramadhan yang akan datang, aamin2x YRA

Insya-Allah, moga niat Linda nak khatam Al-quran bulan Ramadhan ini tercapai, Aamin@x YRA

bermula malam nie , malam ke 16 Ramadhan, jangan lupa baca doa qunut bagi yang solat bersendirian di rumah
kalau di masjid @ surau, insya-Allah tak lupa, sebab kita ikot imam kan


HUKUM MEMBACANYA

Dalam mazhab al-Syafie, disunatkan kepada imam atau orang yang solat bersendirian untuk membaca doa qunut pada rakaat terakhir solat sunat Witir dan ia dibaca pada 15 malam terakhir bulan Ramadan, iaitu bermula malam 16 Ramadan[Lihat: al-Muktamad, 1/309]

Menurut Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, terdapat dalam kalangan ulama yang berpendapat, disunatkan untuk berqunut pada keseluruhan bulan Ramadhan, dan ini merupakan mazhab Malik.

Selain itu, terdapat juga dalam kalangan ulama yang berpendapat disunatkan untuk berqunut dalam solat witir sepanjang tahun — yakni tidak dikhususkan hanya bulan Ramadhan — dan ini merupakan pendapat empat ulama besar dalam kalangan ashab (ulama mazhab Syafi‘i) iaitu Abdullah bin al-Zubairi, Abu al-Walid al-Naisaburi, Abu al-Fadhl bin ‘Abdan dan Abu Mansur bin Mihran.

Inilah pendapat yang kuat dari sudut dalil berdasarkan hadith al-Hasan bin Ali.

Akan tetapi pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafi‘i ialah pendapat yang pertama — yakni pada separuh akhir bulan Ramadhan — dan inilah yang dipegang oleh jumhur ashab (ulama dalam kalangan mazhab Syafi‘i).


Walau bagaimanapun, tiada masalah jika seseorang itu mahu beramal dengan berqunut dalam witirnya sejak hari pertama Ramadan lagi kerana ia juga merupakan pendapat sebahagian ulama kibar dalam kalangan mazhab Syafi‘i, yang tidak mengkhususkan qunut dalam witir hanya dalam bulan Ramadan.


LEBIH LANJUT DI ENTRI INI

Dengan membaca doa qunut di separuh akhir Ramdahan, adalah salah satu usaha kita dalam mendapatkan lailatul qadar

Mengenai ini, Ibn Rajab ada menyebutkan dalam kitabnya, sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Unais R.A, bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah SAW berkenaan lailatul qadar. Maka, Baginda SAW menjawab:

رَأَيْتُهَا فَأُنْسِيتُهَا، فَتَحَرَّهَا فِي النِّصْفِ الْآخِرِ

Maksudnya: “Aku melihatnya (lailatul qadar) dan terlupa akannya. Maka carilah lailatul qadar pada separuh yang terakhir — dalam bulan Ramadhan.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir (347)]


semoga sama2 kita mendapat manfaat nya...aamin

til then, see ya
 

Monday, March 25, 2024

. : JAMBATAN BAGAN DATOH, PERAK :.

Assalamualaikum... 

Sunyi je kan Linda weekend nie
Alhamdulillah, dapat balik kampung, berbuka, bersahur dengan mak bapak, kakmas, adik, amar.. 

Sekali daaa... 
Hari ahad tu.. 
Boleh elektrik takde dari lepas subuh smpai dua petang.. 
Bebudak nie dok kecek lah.. 
"jom lah ibu, ajak ayah jalan2 naik kereta, jalan je, tak payah berenti beli apa2" 

Maka, Linda pun ajak lah incikSuami
Berjalan sambil naik sekali lagi jambatan bagan datoh tu.. 
Ritu lalu malam, tak puas hati tak nampak.. 

Belum sampai jambatan, dah selamat tido.. 
Dedek dok depan ngan Linda
Kak M dekat belakang sekali haa.. 

Kitorang stat naik dari belah bagan datoh

Panjang nya nak merentasi kebun sawit je, sebelum sampai sungai Perak

Nie dah lalu atas sungai
Nampak sungai pun panas je haa
Merentas sungai, sekejap je. 
Yang lama nya, nak merentasi kebun tu haa

Yang ada anak panah tu jambatan nya.. 
Nie dah pusing balik ke jalan arah Teluk Intan

Mengimbau lah kenangan.. 
Lalu depan sekolah Linda zaman sekolah dulu2

Sekian, cerita di hari ahad
13 Ramadhan

Till then, see ya

 

Friday, March 22, 2024

. : BERBUKA 11 RAMADHAN :.

Assalamualaikum 

Alhamdulillah
Jadi jugak ayam masak kuning ibu

Ikan goreng dedek asyik sebut2 je.. 
Ibu gorengkan lah.. 
Sayur sayuran tu sekali ngan cili padi ibu potong2.. 

Baru lah rasa pedas2 sikit.. 

Alhamdulillah
Biar habis takpe.. 
Sahur nanti ibu fikir lain

Till then, see ya

 

. : SAHUR 11 RAMADHAN :.

Assalamualaikum 

Lagi 19 hari sebelum Ramadhan meninggalkan kita... 
Ramadhan tak pergi lagi, dah rasa rindu.. 
Semoga segala amalan baik kita di bulan Ramadhan, akan berkekalan berterusan ke bulan2 lain.. Aamin2x 

Menu sahur hari ini.. 

Kita buat western sikit
Baru lah anak anak semangat nak makan
Waktu Ramadhan nie AF berguna sangat.. Hihihi

Close up sikit

Sebelum kejadian
Banyak cheese dia

Untuk incikSuami, tetap lah kena makan nasi.. 
Nasi berbuka semalam ada sikit lagi, panaskan.. Cukup dia sorang makan
Lauk ayam percik + sosej sambal
Balance berbuka juga

Lega Linda, semua habis.. 
Takde membazir.. Alhamdulillah 

Mu'az kata nak berbuka ayam masak kuning, memang itu lah plan ibu td.. 
Kalau rajen, kita buat kuih sagu mata ikan skali ye.. Kelapa parut ad lagi tu

Till then, see ya

 

Thursday, March 21, 2024

. : BERBUKA 9 RAMADHAN :.

Assalamualaikum 

Lambat pulak Linda bersiaran.. 
Balik kerja semalam, incikSuami dah tunggu dekat lobi naik motor.. 
Sebab nak ajak beli barang sikit utk masak berbuka.. 
Anak bertuah 3 orang tak pergi sek agama, jadinya ambil dedek dari taska, terus rempit lah.. 

Alhamdulillah, sempat siapkan juadah berbuka.. 

Daging masak kicap halia + lobak

Ikan masin goreng

Gigih buat koktail haaa..
Sebab ada susu cair yang udah ditebuk, tak tahu nak buat apa

Kemain bekas tak nak kalah.. 
Macam jual air balang.. Hahaha

Motif sebenar nak beli tepung ubi.. 
Sebab niat tu nak buat kaswi... 
Maka... Jadilah kaswi yang tak berapa nak kaswi... 

Kaswi ke lompang? 
Hahaha
Nie je acuan yang ada.. Boleh lah

Sebab kan pengukus kecik, 2x kita kukus.. 
Warna original yang atas tu tak menarik, yang baki nie, linda letak pewarna hijau.. 

Yang warna nude tu selesai dah.. 
Yang hijau nie ada lagi.. 
Boleh lah buat sahur esok.. 

Gigih betul semalam main masak masak
Hari nie, tengok lah apa yang rajen nanti

Till then, see ya