lovvu Dobbu

Tuesday, March 26, 2024

.: 15 RAMADHAN :.

Assalamualaikum

sekejap je, kita dah memasuki separuh Ramadhan
berbaki lagi 14 @ 15 hari untuk kita meraikan Ramadhan
semoga kita direzekikan bertemu lagi Ramadhan yang akan datang, aamin2x YRA

Insya-Allah, moga niat Linda nak khatam Al-quran bulan Ramadhan ini tercapai, Aamin@x YRA

bermula malam nie , malam ke 16 Ramadhan, jangan lupa baca doa qunut bagi yang solat bersendirian di rumah
kalau di masjid @ surau, insya-Allah tak lupa, sebab kita ikot imam kan


HUKUM MEMBACANYA

Dalam mazhab al-Syafie, disunatkan kepada imam atau orang yang solat bersendirian untuk membaca doa qunut pada rakaat terakhir solat sunat Witir dan ia dibaca pada 15 malam terakhir bulan Ramadan, iaitu bermula malam 16 Ramadan[Lihat: al-Muktamad, 1/309]

Menurut Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, terdapat dalam kalangan ulama yang berpendapat, disunatkan untuk berqunut pada keseluruhan bulan Ramadhan, dan ini merupakan mazhab Malik.

Selain itu, terdapat juga dalam kalangan ulama yang berpendapat disunatkan untuk berqunut dalam solat witir sepanjang tahun — yakni tidak dikhususkan hanya bulan Ramadhan — dan ini merupakan pendapat empat ulama besar dalam kalangan ashab (ulama mazhab Syafi‘i) iaitu Abdullah bin al-Zubairi, Abu al-Walid al-Naisaburi, Abu al-Fadhl bin ‘Abdan dan Abu Mansur bin Mihran.

Inilah pendapat yang kuat dari sudut dalil berdasarkan hadith al-Hasan bin Ali.

Akan tetapi pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafi‘i ialah pendapat yang pertama — yakni pada separuh akhir bulan Ramadhan — dan inilah yang dipegang oleh jumhur ashab (ulama dalam kalangan mazhab Syafi‘i).


Walau bagaimanapun, tiada masalah jika seseorang itu mahu beramal dengan berqunut dalam witirnya sejak hari pertama Ramadan lagi kerana ia juga merupakan pendapat sebahagian ulama kibar dalam kalangan mazhab Syafi‘i, yang tidak mengkhususkan qunut dalam witir hanya dalam bulan Ramadan.


LEBIH LANJUT DI ENTRI INI

Dengan membaca doa qunut di separuh akhir Ramdahan, adalah salah satu usaha kita dalam mendapatkan lailatul qadar

Mengenai ini, Ibn Rajab ada menyebutkan dalam kitabnya, sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Unais R.A, bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah SAW berkenaan lailatul qadar. Maka, Baginda SAW menjawab:

رَأَيْتُهَا فَأُنْسِيتُهَا، فَتَحَرَّهَا فِي النِّصْفِ الْآخِرِ

Maksudnya: “Aku melihatnya (lailatul qadar) dan terlupa akannya. Maka carilah lailatul qadar pada separuh yang terakhir — dalam bulan Ramadhan.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir (347)]


semoga sama2 kita mendapat manfaat nya...aamin

til then, see ya
 

24 comments:

  1. Kejap je masa berlalu. Terima kasih ingatkan tentang qunut witir.

    ReplyDelete
  2. Tahu2 dah separuh ramadhan kita lalui kan?....

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbaki lagi 15 hari...semoga kita dapat beramal ..aamin2x

      Delete
  3. Sekejap je masa sekarang ni, rasa baru je bulan Ramadhan.

    ReplyDelete
  4. Sebelum kita merindui Ramadan, baik rebut segala kelebihan yang ada pada Ramadan yang sedang dijalani ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... Sementara masih ada peluang.... Rebut lah...

      Delete
  5. Tidak terasa bulan ramadhan sudah hari ke 15, dan nanti sholat tarawih ada bacaan doa qunut.😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mas Agus... Terasa nya baru semalam puasa

      Delete
  6. Replies
    1. Ya Allah.. Betul sgt... Sekejap kita insaf, sekejap kita lupa... Allahuakbar

      Delete
  7. Sedar tak sedar dah 15 ramadhan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga berpeluang bertemu malam lailatul qadar.. Aamin

      Delete
  8. Ye betul..cepat betul masa berlalu...terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
  9. Ga berasa ya kak lin 😍. Antara senang dah dekat idul Fitri, tapi juga sedih ramadhan sebentar lagi berakhir.. semoga tahun depan kita masih bisa bertemu lagi dengan puasa

    ReplyDelete