Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label kitarsemula. Show all posts
Showing posts with label kitarsemula. Show all posts

Friday, January 2, 2026

.: RISE@KL - RECYCLE CENTER :.

Assalamualaikum.

sebenarnya semalam dah mengangkut barang2 nak recycle ni ke Rise@KL tu.
pengaruh blogger PH la. 😊😊
lepas tu, tak jauh pun dari rumah dan kebanyakan item di terima di Rise@KL tu.
so, tak perlu la nak asing2 kan tempat.

recycle @ rise KL
nie la yang kitaorang dah kumpul-kumpul sepanjang dok mengemas ni.
itu pun tak siap kemas lagi.

recycle @ rise KL
lipat seat belakang, muat la letak barang-barang ni.
sebenanrnya nak buang TV gemok dengan printer.
letak dekat tempat sampah bawah pun, bertahun kang nak kutip.
jadi, baik la jual je sekali dengan barang-barang lain.
at least, sedap la juga hati ni, sebab memang kita tahu dah buang ke tempat yang betul.

tapi, semalam, saja jalan nak tengok tempat.
sebab Public Holiday, urusniaga pun cuti.
ada pekerja yang buat-buat kerja je.

jadi, siang tadi.
incikSuami pergi la repeat semula.

recycle @ rise KL
nie la hasilnya.
57.5 kg barang buangan.
RM22.80 hasil duitnya.
Alhamdulillah, terus masuk TnG. takde cash dekat sini.
lepas tu, kena download app juga.
senang macam ni, boleh track berapa banyak kali kita recycle.

recycle @ rise KL
nie details harga yang diambil.
paling mahal minyak terpakai lah sekilo RM3.
printer dia amik 50sen.. hihihi
TV tu dia kira RM4, ok lah tu.

recycle @ rise KL
haa, ni linda share antara item yang boleh dihantar ke Rise@KL tu.
 rupanya Rise KL nie bawah Malakoff juga..
macam Alam Flora tu.
patut lah PH tahu, kan suami dia kerja sana.

kena konsisten kumpul2 barang recycle ni.
baru la tak semak rumah.

till then, see ya.

p/s - TV gemok tu dah tamat riwayat nya, gambar dah berbelang2..tu yang letgo.. kalau tak, mau simpan lagi.. hihihi.. ada cerita pasal TV gemok dekat SINI

Thursday, November 6, 2025

.: PROGRAM RECYCLE DI MAEPS, SERDANG :.

Assalamualakum.

untuk hebahan bloggers sekalian.
siapa yang berkesempatan dan dekat, boleh la kumpul2 barang untuk program bawah nie.
linda pun dapat hebahan melalui emel Hosp.
Puspanita kecil bahagian Hosp yang incharge.
so, kami warga hosp buat pengumpulan dekat hosp je lah.
nanti Puspanita yang akan bawa ke Maeps.

nie poster nya

jenis barangan yang boleh dihantar

jenis fabrik yang boleh dikitar semula.

boleh la bawa ikut jenis yang dah disenaraikan.
masuk dalam kotak elok2, asingkan ikut fabrik dan e-waste.

bagus juga macam nie, takde pening nak buang kat mana.
linda nie punya lah asing2 botol2 plastik, botol kaca.
sekali KDEB mai, dia tauk je semua dekat dalam lori sampah dia tu.
emm, kalau gitu, baik lah linda tak payah asing.
sabar jelah.

till then, see ya.

Tuesday, June 24, 2025

.: JUAL MINYAK MASAK TERPAKAI :.

Assalamualaikum. 

Hari ahad, 22 Jun 2025 - memang linda dah aim nak jual minyak masak terpakai yang ada 2 botol 5kg tu. 
Yang dekat Melaka hari tu, ad 2 botol setengah(botol 5kg).
IncikSuami letak je dekat rumah sampah, rezeki siapa lah agaknya. 

Pernah terbaca, dekat stesen minyak petronas ada buat pengumpulan minyak masak nie. 
Try lah google. 
Dekat area linda, 22jun dengan 20julai nanti. 
Dekat Petronas Sg Tua, Batu Caves.

Ramai juga orang dah beratur nie. 
Kaunter dibuka mula 10 pagi - 3 petang. 

Nie ha, 2 botol, selama 3 tahun duduk kat Selayang nie. 
Linda nie, tak banyak menggoreng, sebab hari kerja kan..
Memang masak makana berkuah je. 

Kolaborasi dengan Petronas nie. 

Sampai turn linda. 
Tapi, nak jadikan cerita, linda pun tak tanya tukang tuang tu berapa berat minyak linda. 
Sebab dia dah campur dengan yang lain. 

Yang tukang tuang nie dah beritahu tukang kira, dalam bahasa cina lah. 
Sekali yang tukang kira tengah tak aware, tanya balik tukang tuang, dia pun dah lupa dan dia dah reset balik penimbang, dah masukkan minyak orang lain. 

Cai cin cai.. Dia kabo lah 9.6 kg. 
Harga minyak terpakai RM3/kg. 
Alhamdulillah dapat lah RM28.80.
Buat duit poket.. Hihihi.

Boleh cek link nie untuk tengok lokasi berdekatan anda. 
Pengumpulan minyak terpakai

Till then, see ya.