Assalamualaikum.
dari My Town, terus la set waze(masa ni waze boleh pakai lagi ye untuk penjawat awam, kikiki) ke Seeds Hotel Premier Kampung Baru.
linda tempah through Agoda je.
yang biasa2 je, setakat untuk tidur malam je.
tengok gambar dalam Agoda helok, harap nya betul helok la.
studio Apt katanya.
eh, lalu pula depan sebelah Rembayung.
jadi la, dapat juga tengok depan mata. hahaha.
2 kali pusing juga la nak dapat parking, rupanya susah ye nak dapat parking. hahaha
linda ambil kunci dan chek in.
ada deposit RM20 tak silap.
udah lupa. hahaha.
ok, lif agak menggerunkan.
dah rasa macam, "adohai, camne la rupa bilik nanti", debo kita.
sampai depan pintu, buka pintu.
alhamdulillah, not bad la.
buka je pintu masuk, terus nampak ruangan dapur comel ni.
ada peti sejuk kecik, kettle.
sebelah pintu masuk, terus ada pintu tandas.
rupa tandas nya.
ada water heater, so ok lah.
tutup pintu tandas, ada cermin panjang dekat pintu.
bertentangan dengan pintu tandas tu, ada tangga spiral. yang belakang linda tu.
ada ruangan atas, so sama la macam dalam Agoda.
ni ruang atas, macam loteng la kononya, tapi boleh berdiri.
ibarat tingkat atas.
ni linda ambil dari side tangga
yang ni dah naik terus.
seram juga tangga ni, memang kena hati2 sikit.
siap ada tempat santai2 macam ni.
ada aircond juga, so memang sejuk lah.
lagi gambar dari sudut yang lain.
dekat atas tu, siap ada kabinet lagi. untuk simpan barang2.
ni bahagian bawah.
setelah ruang dibahagi dua dengan dapur kecik tu.
memang ngam2 je dengan katil queen tu.
yang penting plug ada banyak.
kiri kanan katil ada.
belah atas pun ada kiri kanan tilam.
bawah pun ada aircond sendiri.
ada iron dengan iron board dalam bilik.
bilik kalis bunyi ke tak?
emm, kalau dari arah pintu masuk, boleh dengar bunyi.
tapi, dari dinding. takde pula dengar apa2 dari bilik sebelah.
cuma yang linda pilih ni, takde tingkap la.
mungkin unit di bahagian tengah.
kalau bajet tak besar, sesuai la untuk menginap di sini.
dah lupa berapa bayar hari tu, dalam RM150-RM160 semalam.
tapi, kekurangan, part parking lah,
malam, rupanya banyak gila kedai makan bawah tu.
jadi, kalau kita dah keluar.
nak cari parking, memang bercinta. hahaha.
lepas chek in, setel2 letak beg.
solat siap2.
terus ke asrama Hospital Selayang.
sebab nak ambil mesin basuh untuk hantar ke Shah Alam, rumah adik.
Alhamdulillah, dia pun dapat posting dekat Hospital Shah Alam je.
tak payah nak pindah rumah PJJ bagai.
Btw, adik linda freshie Pembantu Tadbir, sama tarikh lapor diri dengan tarikh linda transfer. 9 September 2026.
till then, see ya.
nota kaki - gambar diambil selepas kemas2 nak chek out, itu yang nampak tilam bersepah2 sikit blanketnya










Tak dapat masuk resto dapat nengok signboard Rembayung pun dah seronok.
ReplyDeleteTahniah buat adik Linda dapat posting dekat.
Itulah... Dapat lalu pun ok la.. tahu dah la dekat mana resto nya.. hahaha..
DeleteTerima kasih kak Faizah.. rezeki dia dapat dekat, sebab mikirkan anak dah 4 orang..kesian juga kalau kena pergi merata..
Tp betul pergi area kg baru ni mmg becinta sangat nak cr parking... sbb tu kalau stay situ, dh msk parking, korang jalan kaki je la g cari makan... byk pilihan dan semua pun within walking distance je kan
ReplyDeleteItulah.. tapi, apakan daya.. kita memang nak ke jauh sikit.. tak boleh la nak berjalan kaki...
Deleteklu kg baru ni nieyl pernah stay dekat Tamu Hotel, ha..situ pun ok juga..Kg baru malam meriah jugak..byk kedai makan..
ReplyDeletesyok Tamu tu... tengok orang review2 la.. tak pernah lagi menginap dekat situ
DeleteKampung Baru mmg gitulah, sama level dgn Bangsar nak cari parking kosong bercinta. Nice hotel, mmg sesuai utk family. Nak cari makan senang sbb byk kedai makan kat bawah.
ReplyDeletebetul2.. tapi tak makan pun dekat bawah tu...hihihi
DeleteMenarik juga hotel ni, ada loteng gitu. Selalu tengok rumah gini dekat HGTV.
ReplyDeleteTahniah utk adik Linda. Selamat bertugas.
lega, puas la anak2 tu tido atas tu.. hahaha...
DeleteNice jgk bilik ni ye. Tp kalau bab parking tu rasa mcm kurang ngam. =D
ReplyDeletehahaha.. betul..parking memang la bercinta
DeleteSalah satu sb malas nk ke kg baru he hee parking. Tak
ReplyDeleteSabar memanggg balik
Je la
Tangga mcm rumah lamaa lama dulu pusing
Gayattt tuu
itulah tu.. jenuh la musing cari parking...
Deleteselalu tengok rumah kedai lama2, tangga berpusing gitu lah
area kampung baru bab parking mmg payah..nice juga hotelnya..tp tangga tu kena ati2
ReplyDeletememang kena pelan2 masa naik tangga.. risau tersilap step je
DeleteLalu tepi Rembayung dah beberapa kali dah. Slot nak makan sini je tak dapat lagi. Hehehe
ReplyDeleteKawan pejabat baru ni, depa kata guna ejen.. tak tahu macam mana.. kikiki
DeleteKampung Baru memang payah nak dapat parking...
ReplyDeleteBetul.. tumpuan ramai
DeleteSyok juga tidur bahagian loteng tu. Dulu kat kampung ada loteng. Bila dah besar ayah renovate buang loteng.
ReplyDeleteAnak dah besar.. tak naik dah loteng tu
DeleteComel juga hotel ni. Cuma spiral stairs nya itu agak mendebarkan. Almaklumlah mata semakin lama semakin terpleot begitu
ReplyDeleteItulah.. Linda nk naik pun, kena hati².. risau tangga tu, comel je
Deleteok sgt dh rege tu..nice jugak biliknya
ReplyDeleteItulah..alhamdulillah ..
Deletealamak...tengok tangga dia pun rasa nak gigil lutut
ReplyDeleteTangga tu memang seram.. kecik2 je
Delete