Assalamualaikum.
Isnin, 6.10.2026 - minta half day dengan Cc. Nak balik kampung sekejap.
Kisah nya, malam Ahad tu bapak telefon.
Katanya motor kene tahan dekat balai polis..
Linda dah debar lah.
Rupanya, abang Mu'az bagi pinjam motor dekat 2 pupu nya.
2 pupu tu bawa sampai ke jalan besar, lepas tu ada polis ronda kawasan, dan suruh balik je lah.
Tapi, 2 pupu abang Mu'az ni buat action yang mencabar polis, jadi kena tahan la dengan motor sekali.
Yang 2 pupu tu, mak bapak dia dah bawa keluar lah malam tu, tapi motor tak boleh keluar.
Suruh datang esok nya (Isnin) dengan pemilik motor dan anak² yang terlibat.
Jadi abang Mu'az dan 2 pupu dia, pergi lah la balai polis ,dengan bapak.
Ingat nak cuti je, tapi ada kerja kena buat juga.
Sarat sungguh awan tu.
Alhamdulillah, sampai kg dalam pukul 3.30 petang.
Gerak pukul 2 camtu.
Setel kan zohor, lunch siap².
Tak lama tu, balik la bapak dengan abang Mu'az.
Alhamdulillah takde apa..
Kena ragging dengan polis je.. hahaha.
2 pupu tu kena saman la Rm300.
Motor, kena ambil hari sama juga.
Kalau esok, pegawai lain pula duty, lain pula ceritanya nanti.
Bawa la sekali gunting rambut.
Dalam kereta dah disekolah kan juga.
Harap² jadi pengajaran la.
Mak masak.
Macam lama je tak balik kampung, makan masakan mak.
Terima kasih mak, bapak.
Moga sihat² selalu, aamin.
Till then, see ya.
Nota kaki - dah sebulan Linda di PTJ baru, masih banyak kena belajar.





Aiiih buat action apalah mereka yang mencabar polis tuh.... Tapi syukurnya bisa balik lagi motor ya kak.
ReplyDeleteDuduk rem² motor nya je.. kawan² yang lain terus balik rumah... Kalau tak bisa ambil, lagi panjang kes nya..
DeleteMujur hero mu'az x kena apa2...Terliur plk tengok sambal ikan bilis terung pipit tu. Xpe linda slowly but surely..Chaiyok chaiyok...
ReplyDeleteItulah, kalau keluar nama bapak yang call.. debar je...
DeleteAlahai anak-anak...
ReplyDeleteMudah-mudahan pakat ambil pengajaran. Kita ni nampak polis pun takut wpun tak buat salah 🫣
Aamin.. mudah mudahan serik la... Itulah, kira kalau nampak polis dah seriauu..
DeleteAlahai bebudak sekarang berani lain maciam. Semoga serik la tu. Nasib baik owner motor tak kena saman.
ReplyDeleteItulah.. polis takde la strict sangat, sebab tahu kawasan kampung kan..tapi, tulah . Geram juga la polis tu, kemain eksen budak nya.. hahaha
DeleteOo itu ceritanya.. alahaii..
ReplyDeleteBudak² memang biasa je bawak motor kat kampung.. cuma jangan lah kat jalan besar.. memang biasa polis ronda.
Semoga menjadi pengajaran buat budak² ni.. janganlah pula sesekali cabar kerja polis.
Iye.. dekat kampung memang la gitu...kalau tiba² ada polis masuk sampai dalam kampung, ada orang report la.. hihihi
DeleteMZ memang sgt2 tak setuju if budak2 bwk motor kalau tak de lesen
ReplyDeleteBetul tu MZ, Linda pun kalau ikut tak bersetuju.. dekat rumah sendiri, memang tak bagi pun
Deleteadoyai budak2 ni...polis dah baik suruh jalan boleh pulak nak eksyen ngan polis ye..
ReplyDeleteMacam² halnya
DeleteMacam² kan ..harap kejadian yang berlaku dpt bagi diorang pengajaran
ReplyDeleteInsyaAllah.. moga ambil pengajaran lah...
Delete