Lovvu Dobbu

Event Ticker

Tuesday, August 4, 2026

.: PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK) TING 1 2027 :.

Assalamualaikum.

permohonan ting 1 sek khusus
alhamdulillah, selesai permohonan.
jom la kita cuba.
kesamarataan tu ada, semua pun boleh mencuba.

jangan lupa ya.
tarikh tutup permohonan 14 OGOS 2026.
boleh kemas kini walaupun permohonan dah hantar, selagi belum tiba tarikh tutupnya.

senang je nak isi, isi butir2 peribadi dengan sekolah pilihan je.
yang lain semua dia sedut dari Sistem Pengurusan Pentadbiran Bersepadu (SPPB), yang cikgu dok isi tu. Terima kasih cikgu !!
so penting ya, update semua dalam sistem MOEIS tu.

boleh dah la pulun, tengok2 PKSK macam mana.
zaman mak dulu2 mana ada semua ni, hantar borang manual je.
insyaAllah, semua ibu bapa nak yang terbaik untuk anak-anak mereka.
semoga anak-anak tidak sia-siakan peluang yang ada dan berjaya dalam kehidupan mereka, aamin

till then, see ya.




 

34 comments:

  1. Yer kita usaha untuk anak2...Moga dipermudahkan untuk anak Linda...

    ReplyDelete
  2. Senang semuanya serba online je. Cikgu-cikgu pun sangat membantu isikan maklumat. Semoga Allah permudah segala urusan mak-mak yang memohon untuk anak-anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang senang..ada juga yang susah.. hihi..alhamdulillah, cikgu banyak membantu, kalau dulu² pun..cikgu² juga isi.. mak bapak sign je borang..hihi..
      Aamin YRA

      Delete
  3. Alhamdulilah skrg dah mudah ye..

    ReplyDelete
  4. Info permohonan sekolah khusus yang sangat berguna buat ibu bapa! Memang kena prepare awal untuk ujian PKSK ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. saja nak mohon..nak bagi abang Mueez ada aim

      Delete
  5. Semoga ada rezeki buat Abang Mueez masuk SBP/MRSM.

    ReplyDelete
  6. Semoga ada rezeki anak Linda belajar di SBP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, takde letak harapan tinggi pun, saja je cuba isi

      Delete
  7. Semoga ada rezeki utk Abg Mueez 🤲🏻
    Isi je dulu, In Sha Allah ada rezeki terbaik utk anak² kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, saja cuba isi...nak bagi ada semangat sikit..ada tujuan nak belajar.

      Delete
  8. MOga berjaya ye,dan ada rezeki untuk anak Linda

    ReplyDelete
  9. ammi pun dah isikan untuk Alip, mcm biasa anak-anak pilih sendiri sekolah yang dorang nak, cuma ammi guide dari segi location. Semoga adalah harapan nak masuk SBP juga si Alip ni. Ramai nau kawan dia kat taman, risau pulak kita payah nak pantau pergaulan kalau di sekolah harian. Tapi kalau bukan rezeki, kita redha jelah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda mohon yang dekat² je..insyaAllah..mudah mudahan ada rezekinya..Linda cakap ,ni baru mohon .nanti kena exam dulu .dia tapis lagi..

      Delete
  10. Semoga ada rezeki untuk abang Mueez. Dapat duduk asrama, belajar lebih berdikari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah...moga yang baik² je..Kalau Linda,memang suka duduk asrama..kikiki

      Delete
  11. Aaamiiin. Semoga ada rezeki untuk anak2 duduk kat asrama

    ReplyDelete
  12. usah la ditanya pada yg di rumah ni, semua nak stay bawah tiak mak, fening~

    ReplyDelete
  13. Nasib baik Kak SA xde anak kecik dah...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi... Mesti dok mengira je bila Dania nak habis belajar...

      Delete
  14. kalau terpilih nnt dia akan hntr mana2 ke sekolah dlm semenanjung ke? atau kita boleh pilih sek yg kita mahu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada 3 pilihan sekolah yang kita mohon..mungkin dapat salah satu yang dimohon

      Delete