Assalamualaikum.
semalam kecoh kan, team blogger Google buat hal. hahaha
banyak juga geng blogger yang tetiba hilang blog diorang.
terkejut la weyh, blog yang dah berbelas tahun.
kisah dari anak kecik sampai besar.
Alhamdulillah, nampak macam dah dapat semula blog2 blogger yang hilang tu.
tapi kan, memang semalam ada masalah.
blog linda, alhamdulillah ada.
tapi tiap kali nak baca blog lain atau nak buka dekat komen sendiri.
dia keluar pengesahan kod ni.
macam captcha, haaa tu lah.
untuk pastikan kita manusia, bukan sistem yang tengah mengodam.
agak2 google semalam kena hacked kot??
sebab tu juga yang PV mencanak canak naik je bulan2 sebelum ni.
entah la nak.
apa pun, syukur hari ni dah seperti biasa.
macam biasa, jgn link kad kredit, kad bank dekat telfon, intenet ya. hahaha
itu la yang linda buat.
tiap kali nak buat pembayaran yang guna no kad tu, memang akan gigih la menaip semula.
kad pun linda tak link kan dekat telefon.
yang NFC tu kan.
nampak tak, betapa risau nya kena hack.
yang berani, apps bank je lah.
itu pun, duit ada sikit je. hihihi.
takpelah orang kata linda tak up to date pun.
janji rasa selamat.
till then, see ya.

Sama la.Sy pun rasanya tak link kad bank. TU yg kdg2 COD je ...Hahahha
ReplyDeleteKalau guna app bank, ok.. kalau kena link kad tu, guna juga..tapi, tak simpan dekat web.. guna kad tu untuk beli tiket keretapi je.. kalau website² yang setakat jual barang, takpelah..tak jadi la beli barang kalau tak boleh online banking
Deletehaaa.. malam tadi je kena masukkan captcha tu.. itu pun akak tak berani buka blog... pagi ni Alhamdulillah dah ok semua.
ReplyDeleteItulah..asyik kena dua tiga kali, memang rest la scroll blog...malas nak stress.. hahaha..
Deletememang kalut sungguh semlm sbb ramai yg kena...pagi ni pun masih ada yg baru kena...carneyz baru kena pagi ni..risau sungguh hrp2 blog MZ tak kena laaa
ReplyDeleteItulah..risau juga lah kan
DeleteOo. Tak tau pulak. Cuma terprasan lately ni byk traffic dari overseas. Itu ke penggodamnya?. Hihi.
ReplyDeleteDari awal blogging mmg dah sematkan dlm hati “Blog bukan hakmilik kekal.”. Tapi ralat juga klu hilang sbb ia dah umpama diary bergambar.
Agaknya lah tu.. bila tengok asal usul PV, semua dari oversea.. kita pun pelik lah, dah la memang fully BM je blog pun.. hahaha..
DeleteHaha, betul juga tagline Missmirror tu, tapi ralat tu mesti ada..
Risau betul dibuatnya. Sayang kalau hilang begitu saja. Syukur semua dah dapat blog masing-masing. Harap tak terjadi lagilah. Semalam nak buka blog sendiri pun kadang Error 503. Service unavailable. Menatang apa pulak dah. Macam-macam hal blogspot ni. Isu update terkini pun masih lambat update lagi kat bloglist tu. huhu...
ReplyDeleteItulah..moga yang baik² je lah
DeleteEh samalah, keluar suruh taip itu. Ingatkan diri sendiri je kena. Terbantut nak melawat blog.
ReplyDeleteSemalam memang suruh rehat lah tu..hihihi
DeleteAllahu Akbar. Saya pun ikut cemas dengan masalah yang berlaku. Mungkin ada gangguan sistem. Syukurlah dapat kembali blog masing-masing.
ReplyDeleteBetul kak Amie.. memang cemas jadinya
DeleteSaya pun kena. Dua Kali kena removed. Baru je dapat balik tengahari tadi. Alhamdulillah...
ReplyDeleteAlhamdulillah...dapat semula..
DeleteSampai 2 kali tu..adoi
Alhamdulillah blog dah pulih! Langkah keselamatan tak pautkan kad memang bijak untuk elak risiko godaman dan isu hacker.
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteBila terlalu moden ni, terbayang cerita Ironman, bila sistem sibuk nak jadi orang sebenar
Entahla kan kenapa memang kecoh sekejap ramai kena. Yang masukkan captcha ni pun Cie kena juga tiap kali nak komen.
ReplyDeleteLinda bukan saja tiap kali komen.. tiap kali refresh blog la kiranya .hahaha..
Deletetak perasan pula blog ade masalah semalam. diaorg tgh buat maintenance kot. tp kalau hilang terus mmg menangis tak berlagu la..
ReplyDeleteMungkin semalam tak tengok blog sangat kot..
DeleteKatanya ada serangan virus..
Macam² issues pulak Blogger ni ye...
ReplyDeleteApapun alhamdulillah nampak semua kembali okay esp blogs yang kena remove kelmarin
Alhamdulillah..moga takde gangguan lagi lah..hihihi
Deleteitulah. abe kie pun antara mangsa yg blog kami kena removed. Terus abe kie appeal. Syukurlah slps 12 jam blog berjaya dipulihkan. Yg geramnya abe kie buat blog baru guna username lain sbg ganti. X sampai 1 jam blog ganti ni pun kena removed! Apa ke jadah ni?
ReplyDeleteAwal AK buat blog baru...
Deletenasib cepat juga Google counter back balik untuk recovered semua. Memang ada yang cuba2 godam akaun pengguna google. Maklumlah, google ni boleh dikatakan pemegang data terbesar makhluk di bumi. hampir semua guna google.
ReplyDeleteitu yang ramai nak godam barangkali.
harap semuanya dipermudahkan dan akaun kita semua dilindungi daripada apa jua serangan digital
Itulah tu...
DeleteInsyaAllah, moga yang baik² saja .aamin
Setuju sangat Linda, langkah bijak tak link kad bank dekat telefon atau web. Zaman sekarang scammer dengan hacker makin bijak, jadi lebih baik berwaspada. Biarlah orang kata tak up-to-date, janji duit dan akaun selamat
ReplyDeleteInsyaAllah..moga2 selamat semuanya..
DeleteAlhamdulillah ramai yang terlibat telah dapat semula blog mereka. Sekarang ni nak kena berhati-hati sungguh kan lagi-lagi yang melibatkan kad bank segala ni
ReplyDeleteAlhamdulillah...lega dapat semula blog..banyak memori tersimpan dalam tu..
DeleteKena super² hati²
Masa hari kejadian, akak punya ada sekali tak keluar komen. Walaupun entri itu, akak ada balas komen kawan². Bila reload page, nasib baik keluar balik. Harap masalah teknikal server dia orang sajalah dan tidak berlaku lagi.
ReplyDeleteRisau tiba² ada ralat mcm tu..mula la fikir macam²
Deletesy busy mggu ni
ReplyDeletetau2 tgk PV mencanak
hmmm ada laa tu yg x kena dgn google
Itulah..tapi blog sis Anies famous.. tak up entry baru pun, orang mai juga..hihihi
Delete