Lovvu Dobbu

Event Ticker

Sunday, June 21, 2026

.: SEKINCHAN - KAPAL TERBANG MENDARAT :.

Assalamualaikum.

Last minit punya plan jalan²..
Untuk Linda lah, tiba² je incikSuami wasap, 29.05.2026 hari tu.

"Mak Teh ajak jalan² dekat Sekinchan, tidur homestay".

Ku selalu la dapat info last minit.
Jadi, bab tong² homestay ni, pandai² la incikSuami handle.

30.05.2026 - Linda gerak dari Tronoh dalam pukul 12 lebih gitu.
Jumpa la memasang dekat area Petronas Sg Ranggam, Seberang Perak.

Sampai² je Sekinchan, terus ke lokasi kapal terbang.
Sekarang dah boleh masuk, dah ada kafe, ada kereta api kecik.

Linda Ambil gambar dari luar je.

Dah ada kutipan tiket.
Tiket kereta api sekali dengan harga nya.
Kalau nak naik kereta api, kena beratur la.. panjang tengok nya.
Kalau tak nak naik pun takpe.
Tapi, bagi Linda tak berbaloi lah RM20 tu.. hahaha.
Kapal terbang bukan boleh masuk macam dekat MPO tu.

Jadi, Linda dengan incikSuami tak masuk.
Anak² semua masuk.
Kita nak bayar, tapi Maksu(adik ipar Linda) depe nak belanja. alhamdulillah.

Haa, ni baru khemah belah sini.
Ada lagi satu khemah belah sinun.
Penuh, orang menunggu untuk naik kereta api.

Bawah ni Linda share gambar cousin hantar dalam group.

Gambar kapal terbang.
Bawah² tu ada kafe.
Boleh la kalau nak minum².
Harga lain lah.

Ni gambar diorang beramai².
Masa ni keluarga mak ngah takde lagi.
Sebab diorang baru Chek out dari homestay dekat Gerik.

Setelah berpanas² dekat sekali.
Jom next station pula.

Till then, see ya.

28 comments:

  1. Boleh tahan juga harga tiketnya tu Linda ye... Berhuhu jugaklah kalau kami 6 beranak ni 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..patut nya, kena asing la harga masuk dan tiket keretapi..
      Sama je kita kak . Berenam ni

      Delete
  2. Laaa mahal gak eh ketapi tu .. ms dl pegi ni masih blm ada tarikan nya sgt..setakat ada kapal terbang nya tu je la.. eh eh tmpt.parking da ada ke kat situ? Dl kena park tepi² sawah tu..dh le sempit lorong nya.. tp bagus la at least skrg sekinchan dh bertmbh tarikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat parking masih sama.. tepi² sawah tu la..hihi..
      Ni ada tarikan keretapi, lagi lah..sampai seberang parit pun parking

      Delete
  3. Lamanya tak jalan2 di Sekinchan. Best kat sana tapi tu la cuaca panas lit-lit 😅 Cantik gambar yang paling last tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang panas.. orang pun ramai masa tu .. ambik gambar tengah panas, memang lawa.. natural lightning..on point je

      Delete
  4. Wahhh..Tmpt viral ni..Owhhh..DH ada byrn ye nk masuk.Thx sharing. Baru plan nk ajak Hata pegi sini =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah..sebab dah open, dulu tengok dari luar pagar je..
      Masa mula² takde pagar tu je, boleh tengok dekat²

      Delete
  5. Menarik jugak tu ya, gambar bawah kapal terbang tu cantik... Lama tak jenjalan ke sekinchan

    ReplyDelete
  6. Wahh nmpk
    Bestt
    Sekinchan ni memang menarik kan

    ReplyDelete
  7. Pernah lalu je masuk jalan sawah tu.. kemain panas tu yang tak singgah.
    Naik keretapi tu budak² sukalah walau berpanas. Nampak kat video DurianKimchi masa depa pergi dan tunggu kererapi. Sesekali bagi anak² pengalaman naik keretapi tengah bendang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi, diorang tak naik pun Ritu..lama nak tunggu turn..so, amik² gambar..keluar lah

      Delete
  8. keretapi tu memang menarik. tpi tula, tiket dia agak mahal. naiknya 10 minit je pun huhu

    ReplyDelete
  9. ooo dh bukak yer tempat kapalterbang ni...sbb few yers back masa MZ gi sini, memang lom siap/under construction

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru je buka rasanya tu..last year Linda pergi, masih under construction lagi

      Delete
  10. Masa Cie pergi dulu tak buka tempat ni. Mungkin masa tu belum siap buat. Mahal juga nak masuk tu ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru je siap ni..itulah. Mahal betul tiket entrance nya

      Delete
  11. teringat novel ahadiat aqashah pilot cafe.

    ReplyDelete
  12. Paling best sebenarnya plan last minit macam ni, ad-hoc tapi meriah! Sekinchan ni memang terkenal dengan cuaca panas lit-lit dia, tapi hasilnya kalau ambil gambar memang natural dan lawa sungguh. Terpancar muka gembira masing-masing dapat jalan-jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..Linda pulak, kalau ad hoc Gini..kdg² tak berkenan sangat.. sebab bukannya ada duit lebihan sangat pun.. paling² kena ada 2,3 ratus juga kalau nak selesa..lagi kalau perjalanan jauh.. nak kira kos duit minyak, belanja makan apa semua..kita pula family besar...hahaha

      Delete
  13. Oh ini kapal terbang yg sudah tidak dipakai terbang, lalu dijadikan spot wisata ya kak ☺️.. sekinchan ini dah ada dalam list saya nak visit. Macam menarik kalau baca tulisan teman2 yg lain. Tp hrs saat padi sedang hijau lah baru best kesana

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya mungkin. hihihi.
      ada yang suka padi hijau, ada yang suka padi kuning, ada juga yang suka bila dah di tuai

      Delete
  14. masa ammi ke sekinchan, kapal terbang gambar Lee Min Ho

    ReplyDelete