Lovvu Dobbu

Event Ticker

Thursday, May 14, 2026

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum.

hari khamis, hari throwback. 
buka FB, ada la gambar untuk di throwback kan.'

masa ni abang mueez comel je..
geram sungguh lah...
waktu sekarang ni, geram tang lain pula. hahaha

ha, yang ni, sampai sekarang incikSuami selalu buli linda.
barang-barang suka letak tinggi2..
yang paling tak suka nya, kalau pasang cermin, linda ni, nampak kepala dengan leher je..
dia pula pelik, bila linda bebel kata tak puas tengok cermin.

wahhh.. memang dari dulu linda suka buat cornflakes.
raya tahun nie je tak dapat nak buat, tak sempat nk curi masa.
biskut raya yang paling mudah nak buat dan barang nya cnfirm habis digunakan tanpa pembaziran.

ni pun saja wish birthday abang Mueez ikut kalendar Islam.
kalau nak ikut tarikh lahir dia 29 Julai.
kalendar Islam 2 Syawal, tahun 2021 jatuh pada 14 Mei.

waktu PJJ ni, incikSuami masih berkhidmat, linda dekat Selayang, dia dekat Melaka.
seluar jeans tu kat mana ntah..
rasanya macam tak muat..
dha buang kot.. hahaha.

ya Allah, terasa ya berat naik ni.
tengok gambar 4 tahun dulu, mcm kurus sikit.
sekarang ni, ada bulat sikit.. hahaha.

jadi, istiqamah la briswalk ye.
mana tahu, boleh kurus balik. hihihi..
nak kontrol makan, linda kurang berjaya sikit.
cuma sekarang ni, malam tak makan dah.
duduk sorang kan.
nasi pun makan sekali je, kadang tak makan nasi sebab dah ganti dengan karbo lain.
takpelah, fikir nak sihat je, insyaAllah.

till then, see ya.

30 comments:

  1. Kenangan tengok anak masa deme kecik ya, Linda. Kejap je dah besor. Betul tu, niat nak sihat je. Insya-Allah, dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, semoga dimudahkan segala urusan kita..aamin.
      Anak makin beso, emak pun makin menua

      Delete
  2. cute nya abg muez masa kecik2 tu!! MZ baru restart clean eating minggu ni. moga2 berjaya dan tak ke laut dlm la...suffer sebenarnya bila kena reduce sugar dan carbo ni..sbb majority mknn utama ada carbo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula² memang suffer, lama² ok la nanti..hihi..chaiyokkk MZ

      Delete
  3. Random betul throwback nya ya hehe. Husband saya pun tinggi orangnya tapi klu dia nak pasang cermin kat rumah dia akan ikut ketinggian isteri dia sebab malas kena bebel isteri 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..kdg² dia dah pasang dulu, baru tanya..kalau cermin besar, kita ok je.. kalau cermin kecik tu..sabar jelah..mcm sekarang ni. Dalam tandas, cermin ikut tinggi dia, memang tak nampak la muka Linda kat cermin tu.. hahaha..

      Delete
  4. seronok bila fb throwback gambar lama...
    bila tengok anak dah besar ni rindu nya zaman dia kecil dulu..masa dah tak boleh nak undur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat kak..semoga lebih banyak memori yang dapat diciptakan..aamin

      Delete
  5. Kadang2 suka juga tengok memory kat fb tu. Ada masa terlupa nak tengok. Jarang sangat menjengah ke fb dah sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda buka je FB..tapi, jarang update..banyak reshare je..

      Delete
  6. Seronok juga throwback ni. Boleh mengimbau kenangan manis.

    ReplyDelete
  7. Akk pun sama Linda, fokus sihat je la huhu ...

    ReplyDelete
  8. Sukaa jga tgk gambar lama yg kat fb
    Keluar semula
    He hee mcm2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye..status yang up pun, kadang² ada juga..

      Delete
  9. alololo.. comeyy nya abang Mueez
    Banyaklah yang boleh di TB bila Linda rajin update kat FB dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..dulu² memang rajin up gambar dekat FB

      Delete
  10. Kak SA plak x banyak gambar masa Dania kecik2..ada tapi dalam laptop kat rumah rasanya...masa Dania kecik akak dah berhijrah kat KL, so Dania mak abah yang jaga...akak balik every week...tau2 anak dah besar aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda masa anak sulung la..sebab tinggal dia dengan mak umur 10bulan.. jadi semua yang 1st untuk dia, tak dapat nak tengok..bertabah lah..hihihi

      Delete
  11. Kue cornflakes tuh memang fav sangat sampai skr. Dah lama tak makan kue itu 😄. Kalau saya lagi rajin mood, boleh lah nak buat nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang saja nak buat..tapi, perlu ada mood juga..hihihi

      Delete
  12. tengok gambar 4 tahun dulu, mcm kurus sikit.
    sekarang ni, ada bulat sikit.. hahaha.

    maaf tak dapat nak tolong
    hehehe

    ReplyDelete
  13. comel abang mueez masa kecik2 dulu. sekarang dah encem

    ReplyDelete