Lovvu Dobbu

Event Ticker

Friday, May 8, 2026

.: HUKUM BERKAITAN MASALAH DARAH PUTUS-PUTUS :.

 Assalamualaikum.

Banyak lagi nak kena gali ilmu.
Kalau normal je haid nya, tak pening.
Bila tak normal, mula la gelabah.

Jumpa kat FB, tepek sini jap.
Ada salah silap, meh sama² betulkan.

Hukum Berkaitan Masalah Darah Putus-putus.

Kaedah pengiraan darah yang keluar secara putus-putus adalah dengan dikumpulkan kesemua tempoh darah yang keluar sepanjang 15 hari 15 malam ke bawah. Jika tempoh darah itu cukup sehari semalam, maka ia dihukumkan sebagai haid. Sebaliknya, jika tempoh darah itu tidak cukup sehari semalam, maka ia bukanlah haid, tetapi darah fasad atau istihadah.

Di dalam kitab Nihayah al-Matlab,

فَأَمَّا إِذَا كَانَ مَجْمُوْعُ الدِّمَاءِ فِي الْخَمْسَةَ عَشَرَ يَبْلُغُ أَقَلَّ الْحَيْضِ، وَلَكِنْ كُلُّ دَمِ فِي نَفْسِهِ لَا يَبْلُغُ أَقَلَّ الْحَيْضِ، فَالْمَذْهَبُ الصَّحِيحُ أَنَّهَا حَيْضُ.

Terjemahan : "Apabila keseluruhan darah-darah yang dalam tempoh 15 hari 15 malam itu sampai tempoh sekurang-kurang haid (24 jam) sedangkan setiap satu darah itu secara bersendirian tidak sampai sekurang-kurang haid, maka pandangan yang sahihnya adalah darah-darah tersebut dihukumkan sebagai haid."

Di dalam kitab Tuhfah al-Muhtaj,

وَبِمُجَرَّدِ رُؤْيَةِ الدَّمَ أَوْ مِنِ إِمْكَانِ الْخَيْضِ يَجِبُ الْتِزَامُ أَحْكَامِهِ ، ثُمَّ إِنْ انْقَطَعَ قَبْلَ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ بَانَ أَنْ لَا شَيْءَ فَتَقْفِي صَلَاةَ وَلا ارْمَنِ وَإِلَّا بَانَ أَنَّهُ حَيْضٌ ، وَكَذَا فِي الانْقِطَاعِ بِأَنْ كَانَتْ لَوْ أَدْخَلَتْ الْقُطْنَةَ خَرَجَتْ بَيْضَاءَ نَقِيَّةٌ فَيَلْزَمُهَا الأَحْكَامِ الطُهْرِ ، ثُمَّ إِنْ عَادَ قَبْلَ خَمْسَةَ عَشَرَ كَفَّتْ وَإِنْ انْقَطَعَ فَعَلَتْ وَهَكَذَا حَتَّى تَمْضِيَ خَمْسَةَ عَشَرَ جِيدُودُ كُلْ إِلَى مَرَدَّهَا الْآتِي (التحفة المحتاج ١/ ٩٩٣ - ٠٠٤)

Terjemahan : “Dengan semata-mata melihat darah di dalam masa yang terdapat kemungkinan datangnya darah haid, wajiblah dia melazimkan dirinya dengan hukum-ahkam darah haid. Kemudian sekiranya darah itu terputus sebelum mencapai tempoh sehari semalam, maka nyatalah dia tidak berhaid, justeru hendaklah dia menqadha' solat bagi tempoh masa tersebut. Tetapi jika darahnya berterusan sehari semalam atau lebih, maka jelaslah bahawa dia berhaid.

Jika wanita itu memasukkan kapas ke dalam farajnya, lalu kapas itu dikeluarkan dalam keadaan bersih, maka wajiblah baginya melazimkan dirinya dengan hukum-hakam orang yang suci (hilang maani'). Kemudian sekiranya darahnya kembali sebelum tempoh 15 hari (wujud maani’), maka hendaklah wanita tersebut menahan diri daripada perkara-perkara yang dilarang. Jika darah itu terputus berhenti pula selepas itu, maka wanita itu mesti melakukan seperti yang telah lepas (yakni berhenti darah, lihat tanda-tanda dan lain-lain). Beginilah keadaannya sehingga berlalu tempoh masa 15 hari). Apabila ada darah, maka ada maani` dan tidak boleh solat. Apabila tiada darah, maka hilang maani' dan wajib solat.”

Di dalam kitab Risalah dan Ibanah Wal Ifadhoh,

وَكَمَا أَنَّهَا تُحَيَّضُ بِرُؤْيَةِ الدَّمِ ، تَطْهُرُ أَيضاً بِالقِطَاعِ الدَّم - أَي تَلْتَزِمُ أَحْكَامَ الطَّهَارَةِ مِنْ صَلَاةٍ وَصَوْمٍ وَإِنْ بَلَغَ أَقَلَّهُ - فَتُؤْمَرُ بِالْغُسْلِ(رِسَالَة صـ ٣٥ / الإبانة و الإفاضة ص ٣١)

Terjemahan : “Sebagaimana wanita itu dihukumkan berhaid dengan semata- mata melihat darah (wujud maani'), wanita itu juga akan dihukumkan suci dengan semata-mata melihat terputusnya darah (hilang maani') yakni maksudnya dia wajib melazimkan dirinya dengan hukum-hakam bersuci seperti sembahyang dan puasa. Seandainya telah cukup tempoh sekurang- kurang haid sehari semalam 24 jam, maka diwajibkan mandi juga ke atasnya.”

Wallahua'lam.

20 comments:

  1. ilmu penting ni Linda,TQ share..memang nanti akan ada yang google cari maklumat ni,kita perempuan ni kadang hormon bertukar sentiasa pening

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Afzan..kalau tak normal tu nak gelabah..

      Delete
  2. Banyak pandangan berkaitan ni kekadang confuse jugak kitanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. IYE betul..tp nk lebih tepat. Perlu berguru bersemuka.dan kenal sifat,warna darah tu

      Delete
  3. Sejak pakai IUD memang haid saya JD lama dan putus2. Kdg mengira dah stop, tapi esoknya kluar bercak2 coklat. Pening kadang, dah selesai atau belum. Memang perlu belajar ilmu fiqih begini lagi

    ReplyDelete
  4. Susah juga ya kalau haid putus2
    Kalau usia Cuya ni alhamdulillah haidnya lancar lagi. Risau juga jadi mcm ni sebab bab hukum dah lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi, alhamdulillah..masa bujang, lepas bersalin..masa ada anak, period Akak pun ok je.. cuma lepas pakai implan ni, dia pening² sikit..

      Delete
  5. sy ada seorg kwn yg alami masalah ni...
    kesian kat dia bla time puasa sbb byk kena ganti...

    ReplyDelete
  6. thanks for sharing. ni masalah regular MZ sejak pakai implanon berbelas thn yg lps...piyed jd sgt lama..2 weeks tu norm...kdg2 prolong jd 3 weeks tp of course dh wajib solat after 15 days tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. linda terkena baru2 ni...nsib baik puasa kena ganti 3 hari je.. cuma nya, jadi leceh bila istihadah tu, kena cek dan bersihkan diri selalu lah

      Delete
  7. Dah 5 bulan dah akak x period..last December tahun lepas...sebelum period Dec tu pun dah 5 bulan lebih gak x period...letih dah...sekarang lantak la malas nak fikir

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa...tak payah fikir kak.. dia nak keluar, dia keluar...hihih..yang penting, takde sangkut double line...risau sangkut double line pula...hihihi...

      Delete
  8. bila masuk usia 40an mmg kerap jadi isu camni...prolong period, period kejap pastu selang beberapa datang balik. 2-3 bulan tak period tetiba muncul. memang pening kepala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak mengisahkan kiraan tu pening...masa tak datang tu, rileks je..bila datang, mula la pening..

      Delete