Lovvu Dobbu

Event Ticker

Tuesday, May 5, 2026

.: HARI SUKAN SKT :.

Assalamualaikum.

cerita lambat bersiaran ni.
Sabtu, 25.04.2026 - hari sukan Sek kebangsaan anak-anak.
memandangkan kak M dan abang Mueez masuk acara.
jom la kita pergi untuk meraikan.

sesi pembukaan, perbarisan masuk padang.
sikit je kan??
tapi, itu bukan mewakili keseluruhan murid sekolah nya.
ni murid yang terlibat dengan hari sukan je, yang masuk acara pada hari tu.
selain dari tu, memang cikgu dah maklum, tak perlu hadir pun takpe.

salah satu sebab nya, cikgu nak memaksimum penggunaan waktu.
sebab separuh daripada padang tu, tengah berlansung aktiviti pembinaan bangunan baru bertingkat untuk menampung pelajar yang semakin ramai.
walaupun masa ni, takde kerja2 sedang dilakukan, tapi langkah berjaga-jaga terpaksa ambil.

ini je gambar abang Mueez yang ada.
tahun lepas di sek lama masuk perbarisan.
tahun ni, masuk persembahan silat dan bacaan ikrar pula.
boleh la masuk markah koku nanti.

gambar larian, linda tak ambil pula.
ada video je.
jadi, terus la ke acara penyampaian hadiah.

waktu ni tengah beratur untuk ambil hadiah.

kak M dan team tahun 4 rumah biru.
acara 4x100m dapat tempat kedua.
hebat juga kak M boleh potong pelari rumah lawan.
tudung tu beli semata mata hari sukan.
cikgu suruh pakai tudung warna biru katanya.
padahal orang lain, berwarna warni tudung nya.. hahaha.

abang Mueez dan team tahun 6 rumah kuning.
acara 4x100m dapat tempat pertama.
abang Mueez paling tinggi antara kawan-kawan yang lain.

tengok dekat gambar tu.
belum pukul 11 pagi, dah selesai acara untuk hari sukan.
ni, abang Mueez tolong cikgu kemas-kemas padang.
cikgu pula serba salah dengan linda siap cakap "puan, kalau nak bawa Mueez balik, boleh je"
alaa, kita pun takde rushing p mana, biar lah dia tolong cikgu pun.

salah satu yang linda suka dekat sekolah luar bandar, cikgu akan kenal semua anak murid dia.
insyaAllah, lagi-lagi yang tak reti duduk diam macam abang Mueez tu.
semoga yang baik-baik je untuk anak-anak.
belajar untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain.

#adabdulubaruilmu.

till then, see ya.

30 comments:

  1. Seronoknya.. teringat memori sukan zaman skola. Zaman tengok crush lari pecut. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..adoi..akak tak reti acara balapan ni..memang masuk perbarisan atau persembahan je..

      Delete
  2. awal siap ok la bebudak pun takdela panas sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..tapi, risau gak..awal sampai tu hujan..nasib baik belum 8.15 pagi dah berhenti hujannya

      Delete
  3. Tahniah Abang Mueez. Lengkap pakej kurikulum dan kokurikulum. Badan cergas, otak pun cerdas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak Amie.. alhamdulillah, semoga terus bersemangat anak2 kita

      Delete
  4. awal abis hari sukan ye sblum tgh hari panas

    ReplyDelete
  5. Tahniah buat anak2 Linda, hebat tu dapat tempat acara larian 👏🏻👏🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...rezeki diorang nak dapat medal..

      Delete
  6. Kuat berlari anak2 Linda, tahniah 👏🏻👏🏻👏🏻
    Sekolah luar Bandar best, padang besar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..menang .takde la laju sangat larinya tu

      Delete
  7. dulu time sekolah hari suka macam pesta...ramai datang lepas tu ada banyak gerai2..Tahniah buat semua yang terlibat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..sekolah baru anak² ni je..dibuat seadanya..mungkin sebab ada pembinaan tu kot..

      Delete
  8. Tahniah buat kakak M dan abang Mueez di atas kemenangan.
    Acara larian is my favourite game.. waktu sekolah dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda memang failed bab larian ni.. hahaha..
      Terima kasih aunty

      Delete
  9. kelebihan bersekolah di luar bandar, murid tak ramai sangat senang cikgu nak pantau :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi, tetap 2 sesi ni..bangunan tak dapat menampung dah untuk 1 sesi dari tahun 1-6

      Delete
  10. Kalau ada sukan yang Dania masuk selalunya ummi dia dok depan. Hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..ni depan juga, cuba dari tepi..sebab pondok ibu bapa memang kat tepi..

      Delete
  11. Sekolah anak Sha baru buat latihan sukan.. Rasanya sebelum cuti ini kot sukannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sek men baru nampak cikgu up dalam group..buat hari Khamis, jadi jumaat cuti la tu agaknya

      Delete
  12. Tahniah semuanya...Ammar esok hari sukan sekolahnya =)

    ReplyDelete
  13. Selamat utk kak Medan Abang Mueez yaaaa 🎉🎉🎉. Semoga makin terpacu untuk ikut acara sukan lainnya 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang Mueez ni, semua dia ikut masuk...tak reti duduk diam budaknya

      Delete
  14. MZ dh abih dah kot hari sukan utk my boys sbb thn ni razeen dh djh 6 so dh attend pun hari sukan sek nya ari tu...next year dh form 1...rasa2nya sek men, MZ dh tak attend hari sukan laaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah sek men, anak2 pun takde masuk acara.. kecuali yang memang betul2 berdarah atlet lah.. hihihi

      Delete
  15. Tahniah abang Mueez dan kak M, dapat medal di hari sukan. Aktif bersukan. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..ada rezeki...terima kasih kak..

      Delete