Lovvu Dobbu

Event Ticker

Monday, May 4, 2026

.: BALIK SELAYANG :.

Assalamualaikum.

4.40 am baru keluar dari rumah.
Balik ke tempat mencari rezeki.

4.57am dah sampai.
Waktu subuh² Gini, kereta tak banyak.
Cepat sampai.
Suami hantar seorang je, memang selalu pagi² ni tak kejut anak² pun.
Kesian diorang nak bangun awal.

Dah hilang Mister Potato ibu, kak M gantikan dengan Crying baby dia. 
Ibu yang minta.
Sibuk je nak Mister Potato tu, ibu minta swap la.
Risau plak dia, siap pesan "ibu jaga elok², jgn bagi hilang ye"..

Malam tadi sempat kak M bagi ibu biskut 2 peket.
Buat bekal katanya.
Halah³, kadang² sweet, kadang² rasa nak picit² je.. hahaha.

InsyaAllah, takde aral lagi 2minggu baru balik.

Till then, see ya.

18 comments:

  1. nak keluar rumah pepagi tu mesti kejap bukak pintu anak A, kejap pintu anak B. bertabahlah ibu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah...dedek pula dah 2 malam ni tido atas, dekat tempat loteng tu..malas ibu nak manjat gelap²..ada yang tergolek mcm nangka busuk kang.. hahaha..

      Delete
  2. comel je kak M bagi biskut. risau ibu dia tak sempat nk sarapan

    ReplyDelete
  3. sweet nya kak M bagi biskut bawak bekal.

    ReplyDelete
  4. anak tak mudah terjaga then okeylah. jenis anak yg mudah terjaga tetau ja ibu nak melangkah pergi, hah dah berdrama pula awal pagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kecik iye,pantang ibu bergerak sikit..dia pun bangun ngekor.. dah beso, semua syg tido.. hahaha

      Delete
  5. Akak ya g bangun kul 4am ni pun bercinta nak bangun...inikan 4 lebih Linda keluar nak balik ke Selayang...mak aiiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda bukan hari² kak.. takpe je lagi..akak hari².. lagi penat..

      Delete
  6. Semoga yang baik-baik sahaja buat Linda.. Comel betul crying baby tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha..tang mana Comey tu..comel lagi kuromi...hihihi

      Delete
  7. Baik Budi sangat anak ibu yaaa 😄👍. Bagi bekal biskuit. Alaaah cepat sangat liburnya ya kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pun panjang sikit..dapat 3 hari cuti..selalunya 2 hari sahaja cuti nya

      Delete
  8. sweetnya ur daughter...MZ tumpang sayu bab2 PJJ ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiba2 jadi sweet...nak kecek Mister Potato ibu rupanya.. hahaha

      Delete
  9. Laju bawak tu, nak pi stesen KTM Batu Gajah, kan. Udah ler jalan sebelum sampai jejantas nak ke kiri simpang Batu Gajah tu cam naik kuda. Berombak-ombak jalannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idak la laju beno pun kak, cuma waktu sebelum subuh tu, kete takde.. kami tak tunggu la lampu isyarat hijau pun, tengok clear..lintas jelah, risau juga kalau nk nunggu hijau, dah la sunyi situ..tapi, memang tak jauh sangat pun, kalau siang campur minggu traffic light, dalam 30min je..sebab rumah Linda dah dekat Tronoh kan..takde la jauh beno.

      Delete