Assalamualaikum.
4.40 am baru keluar dari rumah.
Balik ke tempat mencari rezeki.
4.57am dah sampai.
Waktu subuh² Gini, kereta tak banyak.
Cepat sampai.
Suami hantar seorang je, memang selalu pagi² ni tak kejut anak² pun.
Kesian diorang nak bangun awal.
Dah hilang Mister Potato ibu, kak M gantikan dengan Crying baby dia.
Ibu yang minta.
Sibuk je nak Mister Potato tu, ibu minta swap la.
Risau plak dia, siap pesan "ibu jaga elok², jgn bagi hilang ye"..
Malam tadi sempat kak M bagi ibu biskut 2 peket.
Buat bekal katanya.
Halah³, kadang² sweet, kadang² rasa nak picit² je.. hahaha.
InsyaAllah, takde aral lagi 2minggu baru balik.
Till then, see ya.



nak keluar rumah pepagi tu mesti kejap bukak pintu anak A, kejap pintu anak B. bertabahlah ibu ye
ReplyDeleteBegitulah...dedek pula dah 2 malam ni tido atas, dekat tempat loteng tu..malas ibu nak manjat gelap²..ada yang tergolek mcm nangka busuk kang.. hahaha..
Deletecomel je kak M bagi biskut. risau ibu dia tak sempat nk sarapan
ReplyDeleteAgaknya lah tu...hihi..
Deletesweet nya kak M bagi biskut bawak bekal.
ReplyDeleteHahaha..datang sweet nya..begitulah
Deleteanak tak mudah terjaga then okeylah. jenis anak yg mudah terjaga tetau ja ibu nak melangkah pergi, hah dah berdrama pula awal pagi.
ReplyDeleteMasa kecik iye,pantang ibu bergerak sikit..dia pun bangun ngekor.. dah beso, semua syg tido.. hahaha
DeleteAkak ya g bangun kul 4am ni pun bercinta nak bangun...inikan 4 lebih Linda keluar nak balik ke Selayang...mak aiiii...
ReplyDeleteLinda bukan hari² kak.. takpe je lagi..akak hari².. lagi penat..
DeleteSemoga yang baik-baik sahaja buat Linda.. Comel betul crying baby tu..
ReplyDeleteSha..tang mana Comey tu..comel lagi kuromi...hihihi
DeleteBaik Budi sangat anak ibu yaaa 😄👍. Bagi bekal biskuit. Alaaah cepat sangat liburnya ya kak
ReplyDeleteIni pun panjang sikit..dapat 3 hari cuti..selalunya 2 hari sahaja cuti nya
Deletesweetnya ur daughter...MZ tumpang sayu bab2 PJJ ni...
ReplyDeletetiba2 jadi sweet...nak kecek Mister Potato ibu rupanya.. hahaha
DeleteLaju bawak tu, nak pi stesen KTM Batu Gajah, kan. Udah ler jalan sebelum sampai jejantas nak ke kiri simpang Batu Gajah tu cam naik kuda. Berombak-ombak jalannya.
ReplyDeleteIdak la laju beno pun kak, cuma waktu sebelum subuh tu, kete takde.. kami tak tunggu la lampu isyarat hijau pun, tengok clear..lintas jelah, risau juga kalau nk nunggu hijau, dah la sunyi situ..tapi, memang tak jauh sangat pun, kalau siang campur minggu traffic light, dalam 30min je..sebab rumah Linda dah dekat Tronoh kan..takde la jauh beno.
Delete