Lovvu Dobbu

Event Ticker

Wednesday, April 29, 2026

.: PART 10 : SYAWAL 1447 :.

Assalamualaikum.

cerita pasal raya tak habis lagi.
tak dan nak menaipnya.
Jumaat, 17.04.2026 - jamuan raya di unit pentadbiran pula.
makanan ditentukan mengikut lorong.
geng luar pejabat, asrama dan library termasuk dalam lorong pertama, menu Dessert.
kutipan lagi RM20 untuk membeli makanan, dan sesiapa yang sudi sponsor, bawa la.

meja dessert

banyak juga menunya.
alhamdulillah, rezeki.. dengan duit collection, sponsor makanan lagi.
dapat la pelbagai jenis dessert yang ada.

team gegirl dessert.

dengan partner semestinya.

geng gegirl pentadbiran dan HR

lagi gambar buat kenangan, bersama tetamu dari unit lain juga

dengan bos-bos, penyelia hospital

dengan geng HR, lorong lain.

weyh, tak dan ambil gambar makanan.
makanan sendiri je yang sempat ambil.
Alhamdulillah, kenyang sepanjang hari.
siap tapau, buat makan malam dan sarapan esoknya.
sarapan esok tu, dessert la.. boleh tahan kan.
macam brownis, kek coklat, kek marble.

tahun lepas, datang sebagai tetamu ni.
tahun ni, Cc masukkan dalam group lorong sekali..
sebab team pentadbiran juga kan.
mana-mana pun linda ok je.

sebab pejabat linda kan dekat luar kawasan.
itu yang kadang-kadang terlepas pandang.
semuanya selalu orang last la yang tahu. hihihi.

doa linda seperti biasa, "semoga tahun depan, sambut raya di jabatan baru, aamin".

till then, see ya.

26 comments:

  1. Seronok tgk berkumpul camni
    Meriahhh
    Ayuu semua berbaju kurung❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...sekali sekala bercampur masyarakat... hihihi

      Delete
  2. Aamin aamin untuk doa yang terakhir tuu

    ReplyDelete
  3. Denga bos-bos perlu welfie...dapat tumpang glamer

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan selalu dapat wefie dengan bos...kita ni jauhhhhhh dari bos.. hahaha

      Delete
  4. Meriah betul dessert nya. Macam ni baru raya. 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula..mula2 risau tak cukup..sekali macam2 ad, siap berlebih lagi

      Delete
  5. Nakan dan terus makan hihii.. alhamdulillah meriahh... Insyallah semoag sambut di pejabat baru amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulan puasa je yang tak makan pun..adoi.. lepas tu gaduh la berat makin naik je.. hahaha

      Delete
  6. nak masuk raya haji dah. hihihhi.

    ReplyDelete
  7. Seronok jamuan raya konsep macam ni sbb bab makanan memang meriah!

    ReplyDelete
  8. Syawal penuh dengan makanan😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak..turun 2kg..naik triple..achaner nak tuyus...hahaha

      Delete
  9. Uwaaaah meriah menu2nya kak 😍😍😍. Nampak sedap pun iya.

    Saya ikut amin kan doa nya, semoga THN depan dah bisa berkumpul dengan kluarga yaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih doanya...
      Makanan memang sedap² semuanya

      Delete
  10. Kek lapis pun ada beberapa jenis, tak masuk kek lain dan tart lagi. Telan ailio tengok. 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..sekali banyak rupanya...memula tu risau la tak cukup

      Delete
  11. Amboi bertingket-tingket desertnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Linda pun tak tau mana depe dapat banyak² tu

      Delete