Lovvu Dobbu

Event Ticker

Thursday, April 16, 2026

.: PANCINGAN :.

Assalamualaikum.

cerita semalam, gaji tak masuk lagi.
bulan April kan gaji gomen awal (16.04.2026).
untuk bank gaji linda, selalunya malam esok nak gaji tu, dalam pukul 9 lebih macam tu dah masuk la gajinya.
so, ingat nak tunggu gaji masuk je lah, baru nak beli tiket kereta api untuk balik minggu depan (24.04.2026).
malam 14hb tu tengok seat ada lagi 80 macam tu.
pagi 15hb tu tengok dah tinggal 33 seat.
eh, tak boleh jadi, kalau nak tunggu gaji masuk. memang habis lah seat nanti.
mula-mula ingat nak pinjam duit kakmas RM50 dulu nak buat beli tiket.
lepas tu baru teringat, incikSuami kan YB(yang berpencen).
selalu gaji pencen masuk 1,2 hari awal dari yang masih berkhidmat.

takde kona-kona.
straight to the point je.
Alhamdulillah, minta RM50 dapat RM100.

terus beli tiket 24hb.

lepas tu beli tiket bas 30hb pula.
untuk tiket kereta api dah sold out yang 30hb tu.
sebab weekend panjang, Jumaat 01.05.2026, cuti umum hari pekerja.
 tiket bas pun untuk single seat tinggal depan sekali dengan belakang sekali je.
amik jelah, duduk single selesa sikit.

malam, lepas isyak macam tu.
teringat nak tengok apps KTM tu.
saja nak tengok tiket kereta api ada lagi ke tak.

haa, tengok la. 
tinggal 9 seats je.
itu pun tolak 2 seat OKU, ada 7 seats je.
nasib baik dah beli siang tadi.

pancingan mengena la, minta duit dekat IncikSuami, tak payah bayar balik. hahaha
isteri nak balik rumah suami pun, bukan nak p bercuti sorang2.
kalau pinjam duit kak mas tadi, kena pulangkan semula.
nasib baik la otak cepat bertindak. hahaha

2 tiket tu pun dah dekat RM80.
tu baru balik Batu Gajah, belum lagi beli tiket yang nak ke Selayang semula.
peruntukan tiket pun kena asing. hahaha.

till then, see ya.

24 comments:

  1. sebaiknya minta duit dengan suami kerana dia ketua...sebagai ketua mana mungkin mengecewakan orang jagaannya hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tahu ketua rumah tangga tengah berduit, memang kita mohon dulu pada beliau..hahaha

      Delete
  2. Alhamdulillah. Dapat beli tiket. Rezeki tu sebab seat dah tak banyak.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah nasib baik sel2 otak berhubung cepat. Kalau tak habis tiket tren terpaksa la encik suami datang jemput ye hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..kalau rajin, dia ambik..kalau idak, mereput jelah..hihi..

      Delete
  4. nasib baik sempat grab. laku juga seat tiket ke utara ni agaknya ramai pjj macam linda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda punya ETS sampai iPoh je.. memang every week sold out la kalau trip yang lepas waktu pejabat tu.

      Delete
  5. memang wajib mintak hahahah tarikh2 gaji suami sgt penting sbb senang nak bajet expenses gitu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..expenses rumah memang husband fully cover..

      Delete
  6. Yeayyyy dpt blk...Blk KL semula nnt kita fikir kendian..Mana tau encik bos nk tlg htr blk asrama... =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..ayat tak tau tu tak boleh guna..sebab Linda memang jenis beli tiket siap².. sebab tiket pagi dari batu gajah pun, kalau last minit..tetap habis..hahaha

      Delete
  7. Semoga cepat la dapat tukar kan...kesian Linda...banyak kos nak kena keluar tu...

    ReplyDelete
  8. Isteri minta mana mungkin nak menolak .. lagi2 kala RM50.00.. kalau RM500 lambat sikit reply hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..boleh buat taktik ni, hari² nak minta RM50 lah..

      Delete
  9. Replies
    1. Alhamdulillah..lega..malas nak menapak ke TBS tu kalau tak terpaksa

      Delete
  10. Akak masih tertanya².. kenapa bulan gaji gomen masuk 16hb... takde apa festival dah kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab gaji bulan lepas awal..kalau bulan April pun ikut 25hb..gaji ada gap lebih sebulan..jadi, kerajaan macam kesian la..
      Ada pernah 1 tahun tu, gaji last month awal sebab perayaan, gaji this month ikut tarikh biasa 25hb.. gap gaji almost 50 hari tak silap..gaji kerajaan, nak² yang bawah² ni..kdg tu habis buat bayar komitmen je..bukannya habis buat joli pun..

      Delete
    2. Ooo gitu... slowly gomen akan rapatkan gap... uishhh.. kalau sampai 50 hari memang nangis laaa.. dekat 2 bulan tu.

      Delete
    3. Gitulah kak..memang nangis lah tu..hahaha..

      Delete
  11. Ni macam abang Cuya la. Cuya mintak je pape terus dapat. Alhamdulilah rezeki hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, time dia ada duit..dapat la, kalau time hujung²..masing² senyap je lah..hihihi

      Delete