Lovvu Dobbu

Event Ticker

Friday, February 27, 2026

.: PEJABAT TM @ IPOH, PERAK :.

Assalamualaikum.

Isnin, 16.02.2026 - linda ambil cuti masa ni. gerak dari Taiping terus ke Ipoh.
nak pergi pejabat TM, Unifi. jauh betul.
dulu ada dekat Batu Gajah, tapi sekarang dah takde.

masa pindah Tronoh tu, dah settle down kemas barang semua.
incikSuami dah buat permohonan melalui online, untuk pembatalan (termination) perkhidmatan Unifi.
sebab dekat taman perumahan linda, Unifi punya line siput sikit.
kita tukar Line Maxis Fiber, lajuss.
tapi kalau line Maxis cellphone, hancur.
tak tau la apa beza nya.

sebab pergi pejabat, tiba-tiba bil bulan Febuari untuk Unifi keluar juga.
tu yang pelik, dah la takde pemberitahuan apa-apa.
takde notifikasi, takde boleh nak track status permohonan kita macam mana.
so, kita assume setel lah. tiba-tiba bil keluar, kena pergi mengadap juga la.

Unifi, Ipoh Perak
sampai-sampai, scan QR untuk ambil no giliran.
lama juga tunggu, kerusi tak banyak.
lenguh berdiri.. hahaha.

Unifi @ Ipoh, Perak
comel la .
banyak unifi letak info pasal gajet-gajet yang diorang ada.
ada juga layout telefon yang akan diberikan, kalau kita langgan perkhidmatan diorang.
ikut kontrak la kan.

Unifi @ Ipoh, Perak
amik gambar incikSuami buat kenangan.

tunggu nombor dipanggil almost 45min juga la.
pergi kaunter, dia pun cek kan.
dia kata dalam sistem memang ada permohonan termination, tapi bila pihak Unifi call nak buat confirmation, tapi tak berjaya dapatkan confirmation (sebab incikSuami cakap tak dapat pun call dari Unifi), jadi Unifi resume balik la perkhidmatan.
itu lah problemnya, kita tak dapat info apa-apa.
tau-tau kena bayar bil.
padahal, kitaorang tak guna pun dah Unifi tu.
jadi macam tak adil la kan, tak guna, still perlu bayar.
agaknya, pasang je Unifi tu, sampai tak boleh guna kot.
orang kata guna sampai habis lah.

then, jalan penyelesaian nya.
orang kaunter tu buat emel kepada pihak HQ untuk resume termination.
staff tu cakap, SOP 30hari untuk stopkan perkhidmatan.
tapi, kes kami, mungkin akan on the spot.
tapi, bila kami tanya exact date atau pun tempoh sebenar berapa, dia tak boleh nak jawab.
dia cakap "tunggu je"
pening kepala la.

masalah sekarang ni, kita tak tahu status permohonan tu macam mana.
nak cek pun tak tau nak cek dekat mana.

kalau macam terminate bil air, bil letrik hari tu.
ada la tulis in progress, kira bil akhir, staff pergi potong bila.
ni nan hado apa-apa.

tak tau la, harapnya takde la keluar next bil lagi.
bil yang dah keluar ni, cnfrm kena bayo.

til then, see ya.

 

5 comments:

  1. Sgt tidak adil..
    kenapa nak kena confirmkan, sedangkan kita dah buat permohonan termination kan, sepatutnya tak perlu dah nak comfirmation sebab yang buat termination pun owner..tgk skrg yang rugi siapa kita, yang untung dia..alasan apa la bagi x dapat contact..xkan sekali je contact x dpt kan..hum..sabar jela

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..dari dulu sistem tak betul..kat rumah mak hari tu, Line internet takde sampai 2 bulan, kita bayar macam biasa.. nak kompelin Line takde pun kena g jauh..

      Delete
  2. Memang pening kepala bila deal dgn unifi ni. Semoga dipermudahkan urusan nak terminate tu ye.

    ReplyDelete
  3. biasalah tu mana2 servis. nak daftar meme mudah. tp kalau nak tutup mrka buat2 lupa or melengahkan permainan. adoi!

    ReplyDelete
  4. Sbb maxis fiber pun guna line TM.Tu sbb laju. Sy guna maxis fiber masa dkt rumah lama. Previously guna Unifi. Bila nk switch to maxis fiber, mereka kena check availability line TM. Mujur waktu tu kami mmg Unifi User. Jadi proses switch fron Unifi to Maxis Fiber tu cpt.

    ReplyDelete