lovvu Dobbu

Tuesday, September 9, 2025

.: LOCATION LOCKED :.

Assalamualaikum.

lambat nya nak up pasal percutian yang tak sangka nie.
Alhamdulillah, perjalanan smooth je, ikot waktu yang waze cadangkan.
lepas gerak dari RnR Seremban arah Selatan nie, dalam pukul 11pg macam tu kami pun dah sampai tempat yang dituju.

laluan nya.
betul-betul masuk kampung nie.

dari tol Ayer Keroh dalam 15-20minit je.
dengan Mydin Ayer Keroh pun 5-10minit je.

sebab kan kami memang dah booking penginapan sekali.
so, dapat tiket free lah.
kalau walk in, tak mahal pun.
dewasa RM10 je.

konsep dia, kolam buatan dalam kawasan persendirian.
macam dusun durian lah.

dah sampai, terus berendam lah.
sambil nak tunjuk chek in pukul 3 petang.
hitam lah 4 beradik tu.

ramai juga, kawasan parking nampak terhad, tapi ok je..
banyak kereta masuk.
yang walk in, bawa makanan sendiri pun boleh.
kafe pun ada juga, tapi makanan ringan-ringan je lah.

wefie dua orang, linda malas nak basah-basah.
nanti nak chek in lagi.

incikSuami kena paksa tiup pelampung. hahaha
ada satu je pun, kongsi lah 4 beradik.

nanti linda share entry lain eh, camne rupa penginapan nya.
biasa-biasa je, konsep pun glamping kan.
tapi, ada tandas sekali untuk setiap unit, yang tu paling penting.
tak payah nak share tandas.

sebabkan kita musafir kan.
pukul 6 tu kita keluar lah cari makan.
harus lah ke Mydin.
nak cari nasi kandar dekat Mydin.

Alhamdulillah.
selesai hajat nya.
memang rindu rinduan nasi kandar dekat foodcourt Mydin nie.

till then, see ya.

40 comments:

  1. Ohh ke Melaka. Seronoklah anak-anak dapat berendam. Kalau mandi kolam nanti gelap jugak ek sama konsep mandi laut gitu. Aduh, jenuh nak tiup pelampung tu. Larat ke tu? Baguslah kalau ada toilet bathroom setiap unit. Susah kalau kena keluar dan jenis share tu. Macam ni lagi selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gelap juga..dah kena juga matahari..Kikiki..
      Larat tiup, memang selalu tiup je..tapi, lambat sikit lah nak penuh anginnya..😄😄
      Betul tu, mula² husband ajak, Linda tanya toilet dulu.kikiki

      Delete
  2. Sedapnya nasi kandar. Rasa teringin pulak tengok ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, memang kena tekak lah yang dekat Mydin nie

      Delete
  3. kan betul dia ke Melaka...eh menarik tempat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melaka dekat nak sampai..Hihihi...
      Boleh la kak SA, buat pelepas angin org kata

      Delete
  4. Kalau musim durian boleh dapat free makan durian tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti pula tu, ramai sangat dengan yang walk in..hihhi..mungkin boleh beli harga murah sikit kot

      Delete
  5. masa raya haritu pun heboh....tetengah malam adik bradik husband nak ke Mydin cari nasi kandar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah malam nasi lemak Royale la, dekat bandar lama tu..area UITM bandar tu..tp, Linda tak suka sangat yang tu.

      Delete
  6. Wahhh..Bestnya glamping..Sy pun teringin..Tapi ketakutan =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. takot apa tu? linda suka je, kalau nak pacak khemah sendiri...tapi, malas nak kemas.. hahaha..
      padahal, husband dah beli lah sekit2 gear untuk camping nie...
      dah jemu agaknya, dulu2 masa sek memang aktif bercamping nie

      Delete
  7. Macam menarik je.. Boleh suruh suami survey nanti manatau cuti sekolah boleh bawa anak anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay...boleh la...day trip je...menginap dekat tepi pantai pula...seronok la anak2 dapat cuti2 nie

      Delete
  8. wah baru tau....setiap minggu lalu, tak perasan ada tempat best

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la cuba nanti...linda pun baru tahu, setelah air panas jasin tutup..nie lah yang murah juga

      Delete
  9. Nasib baik pelampung kecik... Kalau besar mau berdesing kepala encik suami... hehehehe

    ReplyDelete
  10. Nampak best... Tak sabar nak tunggu nx entry

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak pilih gambar tu susah..sebab gambar sikit je.. hahaha...

      Delete
  11. Syok lak mandi pool 🤩 Enjoyyy!

    ReplyDelete
  12. penginapan glamping, tapi ada tandas di setiap unit. best takyah sharing dgn strangers

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..bila husband ajak, kak linda tanya tandas dulu.. hahaha..tandas tak share, on.

      Delete
  13. Nasi kandar ni sure kuah campur kan....suami suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi kandar je yang Linda boleh makan kuah banjir mcm tu..nasi lain,tak reti makan kuah banjir.

      Delete
  14. Melaka memang banyak tempat menarik kan? Budak-budak memang suka berendam. Tak makan pun takpe. Hitam hangus kejadiannya selalu ye😅

    ReplyDelete
  15. Kalau bawa anak-anak kecil bercuti memang wajiblah aktiviti airnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak..dah lama juga tak bawa ke tempat air Gini.

      Delete
  16. Seronok bila dapat bercuti bersama anak-anak, tambah lagi kalau tempat tu ada air.. jangan kata anak, mak budak pun boleh lupa diri.. hahaha..

    ReplyDelete
  17. Bahagianya selalu bersama orang tersayang ni dek, hidup kena bahagia, positif dan aktif ..happy nice day, Cuti sekolah dah bermula, nak ke mana percutian indah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..kita cipta bahagia selagi boleh...
      InsyaAllah.. keselamatan dan kesihatan itu penting...

      Delete
  18. Aduh, nak kena tiup pelampung, kita yg tarik napas tengoknya.
    Seronok anak-anak bermandi manda ye, gelap pun gelaplah dah cuti sekolah pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang incikSuami ambik kontrak tiup pelampung.. hahaha..
      Seronok lah, cuma yang sulung je lah, dah besar..kolam biasa² takde thrill sangat..kikiki

      Delete
  19. Saya trakhir makan nasi kandar dekat mydin saat di Penang, masih kuliah lagi. Sedaaaap nasi kandarnya.

    Tapi kemarin2 saat balik ke Penang, tetiba jumpa pula dengan Deens Maju nasi kandar , sejak itu tak pernah berpaling hahahahah

    Uwaaah seruuu nih glamping kak. Tak sabar lihat penginapannya. Saya nih, plan Saja nak glamping, sampai sekarang tak jadi2 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deens maju tu pun sedap..tapi, kalau di Penang tu, yang sedap kena beratur panjang.
      Kak Linda, ikut saja suami..kikiki

      Delete