lovvu Dobbu

Tuesday, January 16, 2024

.: BONEKA MENARI RIANG - PSV D3 :.

Assalamualaikum

cerita dia Jumaat lepas kena siapkan bahan-bahan untuk subjek PSV abang Mueez, darjah 3
dasyat betul tgok PSV diorg zaman sekarang nie
macam-macam nak kena buat dan bawa ke sekolah

jadi nya kali nie PSV belajar pasal Boneka Menari Riang (buku teks ms 78-79)

cikgu kata parents kena tolong siapkan sikit-sikit dekat rumah
jadi bawak ke sekolah tinggal nak cantum-cantum je
tiap kali PSV mesti beli gam UHU baru..
anak-anak kan, mana tahu guna sikit-sikit 😂😂

naseb baik ada cawan kertas kat rumah
kita balut dia jadikan baru
tambah bow sikit, baru naik seri

haaa, nie kerja ayah tampal mata dekat telur nie
terus cikpuanLinda teringat cerita keluarga Yookies

yang ini je lah kitorg bantu utk siapkan
yang lain-lain Abang Mueez bawa ke sekolah untuk buat bersama rakan-rakan dan cikgu

tara, jadilah boneka nya
siap pakai topi lagi

close up dari dekat
boleh la nak, daripada takde

ada lagi 2x nak kena hadap tahun 3, kalau silibus tak bertukar lah

till then, see ya

p/s - saja nak photodump sini, sebagai kenangan, kot2 boleh jadi ilham orang lain pulak kan..

14 comments:

  1. Ozil pun tahun 3 juga...tp dia belum pernah buat task yg ini utk seni dia. Buku teks pun ammi dah ikat cun-cun sbb nak hantar dah hari kamis ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. linda next week baru nk hanta buku teks...pg dengan ptg..haa..elok lah tu...sekali jalan...

      Delete
  2. Bonekanya dari telor dan kertas, diikat pakai tali ya kakak. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya...zaman sekarang, pelbagai aktiviti seni nya...zaman linda kecil2 dulu, cuma buat cop bahan2 seperti daun, batang pisang...hihihi

      Delete
  3. Kreatif juga membuat boneka dari telor dan kertas... Cantik juga bonekanya...

    ps. Kunjungan pertama ke blog ini, Mbak. Salam persahabatan dari saya semoga tetap terjalin walau melalui media blog.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi berkunjung di sini...

      ikot arahan dalam buku sekolah nya, mudah sahaja bagi rang tuanya...kikiki

      Delete
  4. tu la mcm2 skrg ni
    kreatif. kita dulu cop cop kentang, btg pisang je he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. taw takpe cik Nor..habis kreatif pun menganyam tikor...hahaha

      Delete
  5. baru nak cakap zaman saya dulu cop kentang je..rupanya ramai yang sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang susah sikit pun, kena penyek dan keringkan bunga2 atau daun dalam buku...jenuh tindan bagi berat...kikiki

      Delete
  6. Replies
    1. eh, ad telur jual kat DIY ke Anies??Linda buat sendri je tu, tebuk telur ikot bawah...

      Delete