lovvu Dobbu

Wednesday, April 16, 2025

.: WORDLESS WEDNESDAY 9/25 :.

Assalamualaikum

pepandai lah masing-masing guna duit nak beli apa.
tapi, ibu pantau ye.

ultraman cinonet tu je RM42 😅😅
agak-agak siapa punya ya??

till then, see ya.

 

Tuesday, April 15, 2025

.: LUNCH HARI INI :.

Assalamualaikum.

dah raya kan.
maka rutin bawa bekal macam biasa.
khamis nanti kita sambung puasa ganti pula.

hari nie masak kari ayam + terung
tapi tak bawa nasi.
bawa nasi goreng je pagi tadi untuk breakfast.

jadi pergi kafe.
cari roti.
cicah kari.
pun boleh.

esok nak masak apa lah pula nie.

till then, see ya.

Monday, April 14, 2025

.: RAYA KETIGA :.

Assalamualaikum

Alhamdulillah, dah raya kali kedua sabtu lepas.
jadi, ngam lah hari nie raya ketiga...kikiki

raya ketiga, baru turn raya rumah Linda.
geng raya Sungai Samak lah pula.
dekat entry nie, linda tengah OTW nak balik Sungai samak lah.

pagi raya ketiga hujan agak lebat juga, tapi kena redah juga.
sebab nak beraya ke rumah pakcik-pakcik saudara sekitar kampung.

selesai rumah pakcik saudara, terus baraan (beraya beramai-ramai) dengan satu family
balik ke kampung mak.
tapi, tinggal sepupu-sepupu mak je.

mak sponsor kain nie, terima kasih mak.
saje gedik nak sama semuanya.

dekat tangga.
nie rumah mak masa kecik-kecik.
sekarang sepupu mak yang duduk sini.
tangga nie masih tangga asal.
walaupun ada yang dah renovate sana sini.

geng-geng baraan Miswan.
nie depan rumah adik bapak.
rumah last lah baraan bersama.
linda nak terus balik Selayang.
esoknya, Khamis (03.04.2025) dah naik kerja weyh.

satu gambar family dengan mak bapak di hari raya.
abang Mueez tak ikot beraya.
dia beraya dengan sepupu dia, Amar dekat kampung.
basikal ada 2 biji, pulun nak naik basikal.
abang Mueez kan pernah sekolah dekat kampung setahun, jadi ada je kawan-kawan yang dia kenal.

dedek muka masam, sebab nak tinggal dekat kampung.
linda tak bai sebab, abang Mu'az, abang Mueez pun dah tinggal kat kampung.
sat g jenuh orang nak jaga dia pula.

nie dah macam gambar dalam CCTV pula.

singgah beraya rumah kakak mak, di Sungai Besar.
rmah yang memang tak pernah miss.
cepat atau lambat mesti datang.

nie beraya rumah kakak sepupu masa OTW nak balik Selayang.
sebab rumah dia dekat Sekinchan, memang laluan lah.
terjumpa adik bapak yang dari Sg Petani, pagi tu dah beraya juga di rumah pakcik yang bongsu, dekat kampung.

one with Izhar.
adik Linda, anak no4.
ada juga azam, yang bongsu.
mana ntah dia dah lari.

gambar-gambar kredit pada adik ipar, isteri Izhar.
kalau dia takde, jenuh kitorg nie takde gambar..kikiki

jangan tanya lah jalan jem ke tidak.
memang jem lah.
dari Sekinchan nak sampai Selayang, 3jam juga lah.
padahal sejam dah boleh sampai.
nama pun hari raya kan.

till then, see ya.

.: Giveaway Pertama Tot's Blog :.

Assalamualaikum.

sebelum nak update entry lain.
linda nak join GA by Tot's dulu.

-TEKAN GAMBAR-

Syarat penyertaan mudah je :

1. Follow blog saya. 

2. Tulis entri bertajuk 'Giveaway Tot's Blog' , copy and paste banner giveaway di atas di blog anda dan backlink ke entri ini.

3. Tinggalkan komen di entri ini, url entri anda.

4. Pemenang dipilih secara rawak. Sebab saya tak tahu berapa orang yang akan masuk. Seandainya habis tarikh akhir dan 9 orang sahaja yang masuk, maka semua peserta dapat hadiah la. Hehe... tapi kalau lebih, saya akan pilih secara rawak menggunakan roda pusingan (random name picker).


hadiah ada banyak tau...
jom join ramai-ramai.

till then, see ya.

Sunday, April 13, 2025

.: PISANG GORENG NANGKA :.

Assalamualaikum 

Pagi nie breakfast pisang goreng. 
Takde mood betui nak masak. 
Kena makan luar lagi ke nie.. Hahaha

Rezeki pergi beraya semalam. 
Diberi pisang nangka sesikat.. 

Serdak serdak rendang. 
Linda masak hari jumaat ritu. 

Nak cicah dengan apa pun tak tau.. Hahaha
Nak letgo sayang. 
Tadi, habiskan nasi impit dalam peti sejuk yang tinggal seketul jaa. 
Alhamdulillah 

Till then, see ya.

Saturday, April 12, 2025

.: RAYA KEDUA :.

Assalamualaikum.

Baru ada mood nak up pasal raya...
Raya kedua masih di Taiping.
Yang mana terlepas pandang tu...
Raya pertama linda dekat SINI ya.. hihihi

Raya kedua kita berjalan ke rumah mak ngah/pak ngah (abang arwah FIL) di Selama.

Pakai baju yang mana ada je. 
Janji mak bapak sedondon. 

Dedek je yang layan ibu pakai baju melayu lagi.

Gambar makanan takde..
Gambar proper ngan makngah, pakngah pun takde.
Pernah share sini, muka pakngah sama macam arwah FIL.

Gambar yang ada.
Waktu nak balik.

Mak ngah dok korek keladi.
Buah tangan bawa balik taiping..hihihi

Sungguh-sungguh mak ngah korekkan keladi.

Beraya rumah orang, dapat bawa balik keladi.
Alhamdulillah, rezeki.

lepas tu, balik Taiping.
Singgah rumah makngah(adik MIL), dengan paklang(adik MIL).
Lepas tu, balik rumah.
Kemas-kemas, sebab nak balik raya turn Sg Samak pula.

Till then, see ya.

Friday, April 11, 2025

.: BERBUKA DI MAMAK :.

Assalamualaikum 

Menu berbuka semalam. 
Menu kedai mamak. 
Malas betul nak masak semalam. 

Linda pilih maggi goreng. 
Pedas pedas gitu. 
Baru sedap. 

Kak M minta nan cheese. 
Ala, mamak nie guna slice cheese je. 
Naseb baik RM5 je. 
Boleh lah diterima. 

IncikSuami makan nasi goreng ayam. 
Roti Telur 2 keping. 
Milo ais 4
Teh ais
Barli ais
Total RM43.50

Dedek dengan ayah. 

Alhamdulillah rezeki semalam. 
Insya-Allah, hari nie cukup 6 hari.. 

Till then, see ya.