lovvu Dobbu

Saturday, November 4, 2023

.: DAY 4 : PLACE U WANT TO VISIT :.

 Assalamualaikum..
jom lah kita sambung 30 hari cabaran menaip

🐞 TEMPAT YANG INGIN DILAWATI 🐞

oklah, bagi cikpuanLinda yang paling2 nak pergi mestilah KAABAH
tempat berkumpulnya semua umat islam dari seluruh dunia
tgok kawan2 semua dah direzekikan ke sana
muda2 dah menunaikan umrah, ya Allah, seronoknya dengar
tiap kali ad dengar ad org yg dikenali pergi menunaikan umrah @ haji
mesti kirimkan doa yang satu 
" semoga cikpuanLinda dan keluarga juga direzekikan untuk ke tanah suci Mekah, amin "


next - cikpuanLinda amik dalam Malaysia je lah
seumur 35tahun nie belum pernah jejak SABAH
fuhh, maknanya..cikpuanLinda x pernah naik kapal terbang..hahahaha
kat sabah banyak tempat2 menarik
moga satu hari nanti ada rezeki fly sabah bha


kemudian SARAWAK
kenapa ntah nak pergi sarawak...
agaknya termotivasi sebab x pernah naik kapal terbang je nie..hahaha


till then, see ya



Friday, November 3, 2023

.: KALENDARS :.

 Assalamualaikum

tajuk kemain lagi ad SS kt belakang
yelah kalendar lebih dari 1 kan..kikiki

nie kalendar tahun 2021,2022 dan 2023

sekrang dah masuk nov 2023
kalendar 2024 tak buat lagi
selalu dah siap dah masa nie..hahhaa

nie gambar pun x pilih lagi...
dah banyak tahun buat kalendar sendri..
senang letak dekat meja opis, nk conteng2 bagai
susah nk dpat kalendar free skang

takpelah,kalendar buat sendri lagi lawa...
setiap page ad muka sendri..hahaha
siap background boleh pilih nak buat cmne

okei, tahun nie nk buat tema love love lah gitu
hihihi

till then, see ya

p/s - ad yang berkenan ke??boleh lah PM tepi...cikpuanLinda mmg amik servis buat kalendar ngan photobook...  

.: DAY 3 - A MEMORY :.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah bertemu lagi kita di hari Jumaat yang penuh berkat ini
jangan lupa untuk selitkan doa buat saudara Islam kita yang sedang berjuang di Palestin
tak lupa juga al-kahfi ya..


🐞 A MEMORY 🐞

17.12.2011 - Alhamdulillah dah bergelar isteri kepada Mr Army kita Shahrizal bin Saari

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz
tp lepas saksi kata sah, cikpuanLinda blur
" eh dah sudah ke?, dah jadi bini orang ke nie? "
hahaha

bagi cikpuanLinda, dia lah dunia cikpuanLinda
sebab nya, right a year after grad..terus kahwen
cikpuanLinda baru 23tahun
org kabo elok la umo tu kawen
tp bg cikpuanLinda yang suka explore sana sini, terfikir2 betul ke apa yang aku buat nie
sebab di fikiran tu banyak benda nk buat lepas habis belajar
dengan masa tu x dpt kerja yg tetap lagi
org kata x merasa duit hasil titik peluh sendri
tak membina kehidupan sendri. tup2 membina kehidupan dengan orang lain...hahaha

tp, alhamdulillah skrg dah anak4
semoga terus menua bersama incikSuami
Alhamdulillah, incikSuami seorang yang sabar
layan karenah cikpuanLinda yg dari childish smpai ke matured 😂😂
boleh folo je cikpuanLinda nk buat apa
takde halangan selagi tak melanggar syariat Islam
sentiasa ingat status ISTERI orang walau kat mana pun

semoga perkahwinan kita berkekalan hingga ke Jannah, aamin

till then, see ya

p/s - jom terobek gambo kahwen

 

Thursday, November 2, 2023

.: MAJOR THROWBACK :.

 Assalamualaikum..


betul betul major throwback nie
dok saja2 bukak balik entry dekat blog lama satu satu
terjumpa ayat nie
maknanya, selagi ALLAH tak bolak kan hati incikSuami
insya-Allah cikpuanLinda je lah dalam hati dia..

makanya pilihan yang tepat lah nie...hihihi
rsenye dulu pilih dia pun atas reason
baru 2 mgu kenal on the phone je
dah ajak cikpuanLinda kawen...
weyh seram tu..hahaha

Alhamdulillah, dah anak4 pun
semoga hubungan kami hingga ke jannah, aamin

till then, see ya

:. DAY 2 - WHAT MAKES U HAPPY? :.

Assalamualaikum..

jom kita sambung cabaran menaip 30 hari
sementara tengah ada idea nie..hihiihi

🐞 PERKARA YANG MEMBUATKAN CIKPUANLINDA GEMBIRA 🐞

- incikSuami membantu siapkan kerja-kerja rumah -

ikot ajaran Islam , mmg tugas2 kerja rumah dilakukan suami
tp, tetaplah lebih molek isteri yang lakukan sebagai tanda menghormati suami tu
tp, kalau incikSuami dah tolong kemas rumah bagai. yaAllah. mmg cikpuanLinda gembira sangat
lega banyak 
sebab tu cikpuanLinda suka kalau incikSuami cuti
sebab, mmg dia akan kemas 1 rumah...hihihi
bukanlah cikpuanLinda x mengemas, tp asal boleh je...hahaha

- window shopping sorang-sorang -

nie salah satu perkara yang membuatkan cikpuanLinda gembira
window shopping sorang-sorang.. 🤣🤣
serius cakap... keluar ngan anak2..
kalut ligan anak jaa
x dan lah ibu nie nk belek2..hahaha
oklah, hat nie x kisah lah window shopping ke ap
keluar p beli barang dapur pun lega lah kalau p sorang2
takde lah kalut nk tgok si dedek p mana
si mueez tiba2 hilang
maya tiba2 menjerit sebab mueez kacau
mu'az tiba2 laung nama dedek, sebab ibu suruh jaga dedek.
haru biru lah kalau ngan anak4 nie
mcm kat giant. lotus, mall tu cikpuanLinda sorang je yang ada anak..hahaha


nie cerita lepas kahwen...hahaha
bukan lah kata kahwen tu tak gembira...
kahwen tu sendri sesuatu yang membahagiakan
lagi plak diserikan dengan perangai anak4 tuh
tapiiii, bila rutin tu sama je, jadi jemu, jadi burn out
lagi2 plak cikpuanLinda bekerja
mmg life tu p kerja, balik kerja, balik rumah, buat kerja rumah, dah ckup time tido
ulang balik lah rutin yang sama 

tp sekecil2 apa pun, tetap dapat menggembirakan cikpuanLinda
tiba2 sinki clear, anak2 dah siap basuh pinggan mangkuk
tiba2 rajen plak anak4 tu mengemas tanpa disuruh
tiba2 siap mandi semua tanpa ibu jadi hulk
semua tu membuatkan cikpuanLinda gembira

till then, see ya


Wednesday, November 1, 2023

.: DAY 1 - PERSONALITI :.

 Assalamualaikum..

saja nk join segmen blogger cerita ita

untuk hari pertama

🐞 PERSONALITI CIKPUANLINDA 🐞

🐼 simple
🐼 straight to the point
🐼 past is a past
🐼 peramah (kalau kene cerita nya)
🐼 cerita sini, habis sini
🐼 gila-gila
🐼 independent

dah habis...
itu je kot...
hahaha
baru taip 6 butir tu dah menung depan PC
tak taw nk describe apa lagi

sejujurnya, apa yang orang nmpak dekat cikpuanLinda
itu lah seadanya
mmg tak reti depan lain, belakang lain

haaa...yang paling penting, campak lah cikpuanLinda kat mana pun, insya-Allah boleh bawak diri...
ok tambah point

till then, see ya

p/s - sapa yang rase2 kering idea, boleh la join segmen 30hari menaip nie

.: WORDLESS WEDNESDAY 21 :.

 Assalamualaikum...

bila mana seorang incikSuami yang x pernah menunjukkan perhargaan secara lisan dan terang terangan, memuji puanIsteri dalam group family...

jadi, wajib simpan di dalam blog sebagai bukti 😂😂



puanIsteri punya jawapan pun
memintak mintak  😂😂

till then see ya

p/s - cikpuanLinda nk turut sama challenge suka-suka