Assalamualaikum
ehh..lemau nya bulan Puasa nie..
idea tak mencurah curah seperti di ladang gandum... 😂😂
idea tak mencurah curah seperti di ladang gandum... 😂😂
baru-baru nie kan Linda scroll cerita apa lagi nak tengok kt Tv tu
sekali nampak cerita Thai Rescue Cave berdasarkan kisah benar
ingat tak tahun 2018 gempar satu dunia pasal sekumpulan team bola sepak remaja yang terkandas dalam gua dekat Thailand tu.
masa tu Linda tak folo sangat pun berita dia, sekadar tahu semua selamat dan banyak pertolongan daripada pakar-pakar juga.
jadi, tengok lah cerita..Linda memang suka tengok cerita berdasarkan kisah benar nie..

-THAI CAVE RESCUE-
nie team bola sepak , 13 orang semuanya
bila tengok cerita tu, memang sedih dan tahu misi menyelamat itu adalah misi yang sukar
bayangkan kalau ikot dr entrance hingga ke tempat remaja tu berada hanya 4KM
kalau jalan kaki biasa, dekat je
tapi, bila gua tu dah banjir
jadi tempat yang paling mengerikan
penyelam yang masuk, bukan penyelam biasa-biasa
memang penyelam gua, yang sebenarnya dari hobi diorang dan jadi expert
penyelam-penyelam tu sendiri pun mempunyai kerjaya yang hebat-hebat
10 hari , remaja terperangkap tanpa makanan
18 hari, baru remaja-remaja tu dapat selamat dikeluarkan, dengan cara "seperti membawa mayat"
sebab diorang terpaksa bius remaja-remaja tu supaya tak meronta masa tengah diving tu
cave diver yang expert dalam bidang bius nie - Dr Richard Harris dengan buddy dia Dr Craig
sehari lepas dapat selamatkan semuanya, gua tu terus banjir dan selama 3-4 bulan gua tu dah dapat dimasuki dengan cara berjalan kaki
kalau terlambat sikit, memang tak tinggal apa dah remaja tu
sewaktu penyelamatan berlaku, anggota tentera elite Thailand (diver team) terkorban seorang, bila baca rupanya dia dah bersara dan volunteer nak bantu.
bila search lagi, rupanya ada sorang lagi anggota tentera elite Thailand, yang tumpas setahun selepas kejadian nie, sebab ada infection dekat paru-paru . kesan daripada diving tu lah
siapa belum tengok, boleh tengok dekat siri netflix (6 episod je), memang sedih, memang mencabar..
tengok gabenor diaorang pun sedaya upaya nak bantu jugak
semua orang take part, semua orang sanggup korbankan masing-masing punya aset
dekat SINI, lagi lengkap kalau nak baca
till then, see ya