Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label swinger. Show all posts
Showing posts with label swinger. Show all posts

Monday, August 26, 2024

.: BUDAYA SWINGER MEROSAKKAN AKIDAH :.

Assalamualaikum

sunyi je Linda weekend nie..
tak sempat nak tengok blog

merata dia mengukur jalan..
nak share sikit lah, hari Jumaat lepas 
Linda ad join program anjuran Pej Agama Islam Daerah Gombak, dekat Auditorium hosp je

tajuk yang di kupas
"Budaya Swinger Merosakkan Akidah Umat Islam"


Linda tertarik dnegan tajuknya, untuk tambah-tambah ilmu dan menghadiri majlis ilmu nie kan umpama ke ladang pahala..Insya-Allah

mula-mula Linda ingatkan Swinger nie something yang berkaitan dengan ajaran sesat
rupa nya bukan ya...
linda baru tahu terms nie

SWINGER IA MERUJUK KEPADA AKTIVITI TUKAR PASANGAN SUKA SAMA SUKA BAGI TUJUAN HUBUNGAN SEKSUAL.IA TIDAK SAMA DENGAN CURANG TERHADAP PASANGAN.HAL INI KERANA STATUS SWINGER TELAH DIKETAHUI OLEH PASANGAN.JADI IA DILAKUKAN SECARA TERBUKA DAN SUKA SAMA SUKA.

kredit to theasianparent

seram nya linda bila gugel maksud Swinger tu.
betul-betul ketinggalan zaman lah linda nie
tapi, bila baca kes-kes penceraian yang peguam-peguam share untuk iktibar,
ada je kes yang pelik-pelik...
ibarat macam swinger lah...
yang pernah linda baca, suami tak turn on bila nak berhubungan seksual dengan isteri, tapi bila tengok isteri berhubungan seksual dengan orang lain, baru turn on..tu maknanya, si suami tu bagi isteri dia dekat orang untuk berhubungan seksual dan sambil dilihat oleh diri sendiri,
Nauzubillahiminzalik.. semoga perkara-perkara buruk begini dijauhkan ,dihindarkan dari kehidupan kita serta keturunan kita, aamin

Ustaz (penceramah) bagi analogi yang senang je 
"kalau ada orang makan tak habis dekat kedai, kita nak habiskan ke makanan dia tu"

untuk kita yang masih waras nie, memang tak nak lah...
ibarat nya begitulah, takkan kita nak baki yang orang punya..
tapi yang pauak-puak swinger nie mesti kabo "itu makanan, lain dengan yang ini"

tapi, betul kan, nak meluruskan sesuatu yang dah bengkok itu memang susah

semoga yang baik-baik je untuk kita dan keturunan kita, aamin

till then, see ya