lovvu Dobbu

Monday, August 26, 2024

.: BUDAYA SWINGER MEROSAKKAN AKIDAH :.

Assalamualaikum

sunyi je Linda weekend nie..
tak sempat nak tengok blog

merata dia mengukur jalan..
nak share sikit lah, hari Jumaat lepas 
Linda ad join program anjuran Pej Agama Islam Daerah Gombak, dekat Auditorium hosp je

tajuk yang di kupas
"Budaya Swinger Merosakkan Akidah Umat Islam"


Linda tertarik dnegan tajuknya, untuk tambah-tambah ilmu dan menghadiri majlis ilmu nie kan umpama ke ladang pahala..Insya-Allah

mula-mula Linda ingatkan Swinger nie something yang berkaitan dengan ajaran sesat
rupa nya bukan ya...
linda baru tahu terms nie

SWINGER IA MERUJUK KEPADA AKTIVITI TUKAR PASANGAN SUKA SAMA SUKA BAGI TUJUAN HUBUNGAN SEKSUAL.IA TIDAK SAMA DENGAN CURANG TERHADAP PASANGAN.HAL INI KERANA STATUS SWINGER TELAH DIKETAHUI OLEH PASANGAN.JADI IA DILAKUKAN SECARA TERBUKA DAN SUKA SAMA SUKA.

kredit to theasianparent

seram nya linda bila gugel maksud Swinger tu.
betul-betul ketinggalan zaman lah linda nie
tapi, bila baca kes-kes penceraian yang peguam-peguam share untuk iktibar,
ada je kes yang pelik-pelik...
ibarat macam swinger lah...
yang pernah linda baca, suami tak turn on bila nak berhubungan seksual dengan isteri, tapi bila tengok isteri berhubungan seksual dengan orang lain, baru turn on..tu maknanya, si suami tu bagi isteri dia dekat orang untuk berhubungan seksual dan sambil dilihat oleh diri sendiri,
Nauzubillahiminzalik.. semoga perkara-perkara buruk begini dijauhkan ,dihindarkan dari kehidupan kita serta keturunan kita, aamin

Ustaz (penceramah) bagi analogi yang senang je 
"kalau ada orang makan tak habis dekat kedai, kita nak habiskan ke makanan dia tu"

untuk kita yang masih waras nie, memang tak nak lah...
ibarat nya begitulah, takkan kita nak baki yang orang punya..
tapi yang pauak-puak swinger nie mesti kabo "itu makanan, lain dengan yang ini"

tapi, betul kan, nak meluruskan sesuatu yang dah bengkok itu memang susah

semoga yang baik-baik je untuk kita dan keturunan kita, aamin

till then, see ya

 

24 comments:

  1. Allahuakbar...
    Dunia dah nak akhir zaman...
    Ini yang kita takutkan bila teknologi semakin canggih..
    terdedah dengan benda-benda yang boleh merosakkan akidah..
    Minta dijauhi perkara-perkara ini untuk keturunan kita..Aminn

    ReplyDelete
  2. Benda2 mcm ni berlaku bila suami suka tengok p*rn. Sekarang ni website dan video klip p*rn bersepah dekat internet, budak kecik pun dah berani tengok benda2 yang tak senonoh.

    Takut murka Allah tu sampai turun bala dekat satu Malaysia bila ada segelintir orang2 Islam yang konon2nya jenis open-minded sangat dan terikut2 budaya barat ni. Nauzubillah min zalik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami isteri sama je kak.. Kalau memasing tak berlandaskan hukum Allah... Yang budak kecik tu,linda ada tak puas hati dengan buku teks sains darjah 6...tapi,takpe lah.. Simpan sendiri je..

      Ya Allah.. Ini paling takot, Allah nak turunkan bala.. Tak pilih2.. Semua kena

      Delete
  3. Scary la baca post ni. Moga kita dan keturunan kita dijauhkan dari aktiviti tak sihat ini dan sentiasa berlandaskan hukum Allah.

    ReplyDelete
  4. Dengan kata lain, zina bagi pasangan yang dah berkahwin. Mungkin diorang ingat lepas kahwin, semua halal kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang halal dengan pasangan yang sah je lah.. Yang tak sah tu idak lah jugak halal... 😂😂

      Delete
  5. Replies
    1. Bagi mereka.. Menyeronokkan... Boleh rasa pelbagai... Dia igt cekelat ke apa...

      Delete
  6. Mintak dijauhkan la dari keluarga kita semua kan

    ReplyDelete
  7. eiiiii.. ngeri
    Semoga kita dan keluarga dijauhkan dengan budaya yang merosakkan ini.

    ReplyDelete
  8. Astaghfirullah, yg begini banyaaak kak. Terkadang kita ga tahu jalan pikiran Orang2 yg melakukan hal begini. Malah ada ustad sesat yg bilang hal itu tak haram nauzubillah min Zalik lah. Jauh2 kita semua dr hal begini. Tanda2 akhir zaman memang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa... Yang jadi kita maken takot, ada sesetengah yang zahirnya kita melihat seperti alim ulama, tetapi dia yang melakukan kemungkaran itu...

      Delete
  9. mmg ammi ada baca pasal ni. semoga anak cucu kita tak terjebak dengan perkara tak sihat ni. dah elok2 halalkan hubungan tapi jebakkan diri dengan zina lagi buat apa. aduhaiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dimakbulkan doa kita kak.. Aamin2...

      Kan, tak faham betul pemikiran tu kadang2

      Delete