Lovvu Dobbu

Event Ticker

Friday, November 6, 2026

.: CUTI SULTAN PERAK :.

Assalamualaikum.

Daulat Tuanku

Perak long weekend. alhamdulillah, tahun ni meraikan Ulang tahun keputeraan Tuanku di negeri 08.

Kak M request roti canai.
Tapi nak suruh ibu bungkus.
Jadi, ibu breakfast date la dengan ayah.

Maggi goreng + nescafe ais pilihan hati.
IncikSuami order mee goreng mamak + teh tarik.
Tapau roti kosong 2, roti telur 2.
Total RM30.90.

Eh tiba² nampak bas lalu.
Menarik perhatian sungguh.

Jauh perjalanan bas ni.
Bas baru ni, dulu masa ada double decker ni.
Pada la, udah 17tahun meninggalkan bumi Terengganu.

Otw balik, singgah MR DIY.

Nak cari botol ni je benonya.

Tapi yang ni pun ngikut balik.

Dengan 2 ketui blind box ni.
Campur 2 box blokees.

Linda belanja la anak² dekat rumah.
Sebab tadi dekat kedai mamak, dapat notification tuntutan lebih masa untuk bulan 10 dah masuk. Rezeki depe la.
Banyak ke sikit, belakang kira.

Blokees pun RM8.90 je sekotak.
Blindbox tu RM2.60 je.
Boleh la linda nak belanja.. hihihi

Keluar kotak, dok dalam plastik lagi.
Blindbox linda dengan kak M

Isi dalam dia..
Linda punya warna oren, kak M punya warna kuning.

Lepas selesai solat Jumaat.
Gerak balik kampung sg samak pula.

Till then, see ya.

24 comments:

  1. Best la cuti2. Banyak yang mengikut balik tu ye.

    ReplyDelete
  2. Berkongsi rezeki dgn anak lebih afdhal gitewww :)

    ReplyDelete
  3. Pegi beg ringan... balik beg berat... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak bawa beg.. masuk dalam box motor je.. kikiki

      Delete
  4. comel pulak blind box tu. harga murah boleh beli banyak2 haha

    ReplyDelete
  5. benda ikut balik reramai tu biasalah kecuali kita ni lelaki sejati. Kalau tulis A, memang A semata yang balik rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. cerita dia, ada duit la.. kalau tengah takde duit, memang A je lah yang ikut balik..😂😂

      Delete
  6. Ammar pun tgh kemaruk kumpul blokees =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang mueez tu terpaksa buat koleksi baru la.. Sebab yang lama tak jumpa lagi tu

      Delete
  7. Daht terbayang2 kuliner di sana, tak sabaaaar menunggu pertengahan Desember nak liburan lama ke Malaysia 😄. Siap2 badan mengembang lah, makanan terus selama di sana 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah susun jadual tu.. Mesti banyak app date ni..

      Delete
  8. Nak cari 1 barang je tapi balik dengan 2-3 barang lagi. Hehehe.....macam pernah je.....

    ReplyDelete
  9. MZ craving megi goreng tu tp selalu tak sempat nak mkn masa cheat day sbb sehari ajer cheat daynya

    ReplyDelete