Lovvu Dobbu

Event Ticker

Sunday, September 13, 2026

.: HAPPY BIRTHDAY MY DEAR SELF :.

Assalamualaikum.

nampak rendang dan chubby sungguh. 🤭🤭

Macam dalam gambar tu.
Alhamdulillah , 13.09 2026 ni genap lah umur Linda 38 tahun.

Hadiah paling mahal tahun ni, dapat balik ke Perak, berhimpun semula dengan keluarga tercinta.
Alhamdulillah, dapat tempat kerja yang dekat dengan rumah.
Jadi untuk 5 tahun ni, tak perlu la pening², lepas tu baru lah pening kalau ada rotation. 😅😅

Terima kasih ex-partner, Izzah.
Awal dah dia bagi ucapan birthday kat Linda.
Semoga lepas ni giliran Izzah, pulang ke negeri kelahiran sendiri, aamin.

Takde apa yang diharapkan lagi, moga semua nya baik² sahaja selepas ini, aamin.

Di kesempatan ini, Linda nak buka juga pencarian 1 million page views.
Tak sangka hampir 1 million viewers blog Linda.
Tak kisah lah yang tinggal komen ke, yang pass through je ke.
Terima kasih pada anda semua kerana selalu jenguk² blog Linda.

So, rasmi la pencarian viewer ke sejuta untuk blog Linda.
Jangan lupa jenguk² ya.
Dapat je 1 million tu, terus snap dan hubungi Linda.
Linda akan kira sampai 1,000,013 je.
2 orang pemenang terpantas akan menerima token penghargaan ya.

Till then, see ya.

32 comments:

  1. Selamat ulang tahun Linda. Alhamdulillah syukur dapat berkumpul semula. Semuga yang baik2 juga untuk Linda sekeluarga. Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. terima kasih kak Notie.. moga yang baik² juga buat kak notie

      Delete
  2. Happy birthday Linda. Semoga yang baik2 mengiringi, dikurniakan rezeki melimpah ruah, dipanjangkan usia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin YRA.. thank u Cie.. moga yang baik² juga buat Cie

      Delete
  3. Sanah helwah Linda! Baarakallahu fi umrik!
    Yang baik-baik saja utk Linda & keluarga hendaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin.. terima kasih PH..
      Moga yang baik² buat PH juga

      Delete
  4. happy birthday Linda!! Semoga hadiah tahun ni bertambah semangat la nak bekerja kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. moga semangat lah.. hihi..
      Thank u kak ret

      Delete
  5. sanah helwah, happy birthday dear linda! moga pnjg umur murah rezeki sihat dan happy selalu! aamiin

    ReplyDelete
  6. Sanah Helwah Linda...May Allah give everything u need in your life.AMin

    ReplyDelete
  7. Happy besdayyyy
    Semoga sehT bahagia sentiasa
    Alhamdulillah hadiah paling bermakna la kan dpt blk ke negeri kelahiran
    Seronokkk dekat dgn family

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin.. terima kasih atas doanya..
      Itulah, hadiah terbesar tahun ini..alhamdulillah..

      Delete
  8. happy belated birthday linda...adiah yg best thn ni sbb dpt blk perak

    ReplyDelete
  9. happy belated birthday Linda... terus scroll cari mana ruangan PV dia... ok takat sekarang ni 971,771

    ReplyDelete
  10. Belated Happy birthday Linda. Alhamdulillah birthday tahun ni banyak yang manis-manis untuk Linda. Semoga akan datang juga baik-baik je untuk Linda. Semoga panjang umur dengan segala kebaikan, dilimpahi rezeki dengan segala keberkatan, dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudah segala urusan Linda sekeluarga. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. rezeki birthday tahun ni..aamin, terima kasih sis Fiza

      Delete
  11. Happy belated birthday, Linda... semoga Linda gembira bekerja di tempat baru, sihat-sihat selalu, dan murah rejeki... 🍰🎁🎈🎉🎊 akak datang sini, page view Linda 972200. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin.. terima kasih kak Nur..
      Hujung bulan lah tu gamak nya dapat 1m .. 🤭🤭

      Delete
  12. Happy belated bithday Linda! Semoga happy bekerja di tempat baru and dekat dengan keluarga tercinta. Beeha singgah sini pageview Linda 974158. Nanti Beeha singgah selalu nak dpt 1M view. Hihiii.

    Jmput join juga segmen Beeha. Baru nak aktif semula berblogging
    https://beehaazman19.blogspot.com/2026/09/segmen-mencari-blogger-aktif-2026.html

    ReplyDelete
  13. Happiest birthday Linda.
    Hadiah datang tepat pada masanya.
    38.. muda lagi..
    akak 38 Wafi umur 1 tahun.. oopsss 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Terima kasih kak.. tu yang Wafi manja.. hihihi

      Delete
  14. Selamat ulang tahun walau dah telat nih ucapan 🎉🎉🎉😄. Tp masih bulan yg sama kaaan 😉.

    Aiyooooi masih muda sangat lah Linda nih ternyata 😄, tua saya lagi jauh 🤣🤣.

    Apapun semoga Linda selaku diberkati kebahagiaan, kesehatan, dan rezeki yang selalu cukup juga berkah 🤗. Harap2 memang tak ada lagi PJJ dengan suami yaa 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas ucapannya..
      Owh, fanny lagi tua dari Linda, tapi nampak muda je.. takde la beza jauh kot..
      Aamin, terima kasih atas doanya..

      Delete
  15. Happy belated birthday Linda, maaf lambat wish...

    ReplyDelete