Lovvu Dobbu

Event Ticker

Tuesday, August 18, 2026

.: BERMALAM DI CHOW KIT :.

Assalamualaikum.

baru lah rajin nak menaip.
Rabu, 5.08.2026 - memang dah tahu kak Aida(ex kolej Melaka dulu) ada kursus dekat INTAN Bukit Kiara, tapi takde lah plan nak berjumpa bagai.
hari kerja kan.
balik je kerja hari rabu tu, tengok status kak Aida, bermalam dekat chow kit dulu sebelum esok baru gerak balik Kelantan.
terus la linda wasap kak aida.

sibuk nak tido hotel sama-sama dengan kak Aida.
last jumpa masa mesyuarat dekat Penang tak silap.
ke yang mesyuarat dekat NIH, Setia Alam

waktu ni juga, baru lah kalut wasap incikSuami nak minta izin.
tapi, waktu petang, dia kalut la amik anak sekolah semua.
memang lambat la dia tengok telefon.
linda ni, siap la awal2.
memang tunggu incikSuami rply ok je, terus gerak.
Alhamdulillah, incikSuami takde banyak soal jawab.
dia yakin je dengan isteri dia ni (insyaAllah, linda masih tahu batas2 seorang isteri
)

naik MRT sampai Titiwangsa, tukar monorel ke Chow Kit.

sampai cerah lagi, walaupun dah pukul 7.30 malam.
tapi, linda tak tahu nak jalan kaki masuk lorong mana satu.
risau salah lorong. hahaha.
hari makin gelap.
jadi, order grab je lah (padahal jarak tak sampai 1KM pun)
uncle Grab tu pun kata dekat je (tapi bayar RM5 juga).

sampai-sampai, terus masuk bilik kak Aida dulu, solat maghrib dulu.
lepas tu, turun semula.

bergambar dulu sekeping, sebelum pergi makan.

gigih kak Aida ambil gambar menara berkembar tu.
haa, nie la Rosdet Tomyam nya.
tapi, tak makan dekat sini.

lepas siap makan, jalan-jalan sekitar kejap.
lepas tu, masuk bilik.
sambung menyembang dalam bilik pula.

awal pagi esoknya dah siap dan turun.
linda terus masuk kerja.
wefie sekeping.
kak Aida hantar sampai nampak station monorel tu.
yelah, dekat je pun. hahaha
lepas tu, kak Aida sambung berjalan dekat Pasar Chow Kit.
kak Aida dok mengenang zaman muda-muda dia.
first posting di IPR (Institut Perubatan Respiratori) KL.
dan dekat je area situ.

Alhamdulillah, dapat juga jumpa kak Aida.
kalau tak, tak tau la bila.
konon nak buat family day geng2 kolej melaka.
sampai sudah tak berjaya lagi. hahaha
masing2 dah duduk jauh2.

till then, see ya.

30 comments:

  1. Alhamdulillah dapat jugalah jumpa kan. Mesti sembang sampai pagi ni. Baguslah Linda ada, ada jugak Kak Linda geng. Nasib baik tak sesat barat kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..sampai tengah malam je lah.. tak lalu sampai pagi..

      Delete
  2. wahh seronok tu,, mesti macam macam topik diborakkan..

    ReplyDelete
  3. wah seronok dapat jumpa borak borak

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Dapat juga bersua muka..

    Tapi kalau Sha pun memang order juga grab tu walaupun dekat.. Baiklah naik grab dari tersesat jalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Kalau makin siang,Linda ok je..makin malam tu yang risau

      Delete
  5. Bagus Linda, minta izin suami dulu baru teman Kak Aida tido di hotel. Kalau saya agaknya wassap FYI je 🤣 sebab masa awal2 kawen asben dah bagi siap2 blanket approval boleh keluar kemana2 tak payah mintak izin asal bukan dgn tujuan tak baik je hihi.

    Walaupun jumpa sekejap dapatlah lepas rindu jumpa geng ofis lama kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum kawin pun ada je suami cakap macam tu, janji jangan bukan²..tapi, tetap lah Linda ni tunggu suami cakap ok dulu.. baru gerak.. hihihi.. baru rasa tenang sikit.. hahaha

      Delete
  6. Bagus Linda isteri solehah. Hihi. Lama tak jumpa banyak la benda nak disembangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamin.. jauh lagi nak sampai isteri solehah ni...
      betul tu, mcm2 sembang...

      Delete
  7. Alhamdulillah, indah rezeki jumpa Kak Aida! Throwback zaman first posting dekat IPR KL memang menggamit memori nostalgia. Agak-agak bila plan nak kumpul geng Kolej Melaka balik tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillh.. rezeki dapat jumpa kak Aida.. tak tahu la bila boleh gathering ramai2 ni

      Delete
  8. Ingat Linda nak merempit ke sana hehe...
    Seronok dapat jumpa kawan lama. Macam² ceritalah keluar kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...idak ler kak.. moto bawa area Selayang je.. nk hala KL tak berani kita

      Delete
  9. janji boleh gather lama, banyak nak borak tu.

    ReplyDelete
  10. Kadang-kadang gitu ler.. plan nya macam-macam tapi bila impromptu je terus jadi.

    ReplyDelete
  11. Kalau ada kesempatan jumpa, memang sebaiknya ketemu langsung. Kapan lagi kan, sampai2 jauh pula. Mumpung dekat, bisalah mengobrol banyak ingat cerita2 masa kuliah 😄.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Fanny.. sementara kita pun takde sibuk uruskan anak.. jadi jom la jumpa

      Delete
  12. waa bestnya dpt jumpa dan boleh stay sama2 kat hotel jugak!

    ReplyDelete
  13. yelah chow kit tu silap masuk lorong mmg ngeri weii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoi...nasib baik tak pilih untuk berjalan kaki...hahaha

      Delete