Lovvu Dobbu

Event Ticker

Thursday, July 9, 2026

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum.

Dah hari Khamis.
Cepat je rasanya, macam baru je jumpa Isnin semalam.

Macam biasa lah, jom tengok FB punya throwback.

Weyh, zaman kekurusan dan kemudaan incikSuami ni.
Nanti nak share gambar ni kat dia, baju tu pun tak nampak dah.. hahaha.
Abang Mueez masa kecik, putih lepak weyh.
Tu yang kami panggil dia Cina Bukit. Hahaha.

Buat bunga telur untuk adik time ni haa.
Saya kan seorang kakak yang baik.. hahaha.
Dulu penat sikit, buat bunga stokin ni.
Sakit² tangan kena dawai tu.
Sebab tu harga dia mahey.


Masa ni kena tinggal dengan incikSuami.
Dia p operasi dekat Sabah.
Puasa dan raya dia dekat Sabah.
Kitaorang ditinggal 5 beranak.. 🥹🥹
Bukan kata orang je asyik tanya macam mana Linda hadapi hidup dengan anak kecik² masa tu.
Linda sendiri pun tak tau macam mana boleh ada kudrat melayan 4 orang masa tu.
Abang Mu'az yang sulung tu pun baru darjah 1.
Dedek almost setahun. Hahaha.

Tapi, sesungguhnya. Allah permudahkan, pengasuh anak baik, bertolak ansur.
Anak² diberi kesihatan yang baik.
Alhamdulillah,linda pun masih diberi kewarasan akal fikiran..
Proud of myself.

Jadi, kesimpulannya. Apa pun yang terjadi, sila la puji diri sendiri dulu.sebab takde orang lain yang akan memuji kita..hihi.

Till then, see ya.

28 comments:

  1. Agreed. Sila puji diri sndiri baru diri kita kuat =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yess... Salah satu cara untuk menjaga mental dan emosi kita..

      Delete
  2. Akk dulu masa anak kecik⁴ pun selalu kena tinggal, suami selalu outstation. Banyak yg kena handle sendiri but alhamdulillah managed to get through. Syukur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak..orang selalu tanya..sebab suami Linda selalu p operasi 2, 3 bulan..baru balik..
      Kalau buat latihan pun, min 14hari la keluar rumah tu.. lepas tu, kita nun jauh kat Melaka..sedara mara takde..harapkan jiran² jelah..

      Delete
  3. kenangan lalu mengamit nostalgia 🥰

    ReplyDelete
  4. Suami Sis pun selalu outstation, now dah biasa.. memang dr dulu handle anaks endiri aja.. so puji laa diri sendiri juga kann hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye sis Lin..siapa lagi nak puji kita..kalau bukan diri sendiri

      Delete
  5. Kelakar kan tb kisah lama di FB.

    ReplyDelete
  6. Oooo.. sampai boleh cedera ke buat benda tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh..kan hujung² kawat tu, mencucuk.. bila nak ikatkan dia jadi bentuk

      Delete
  7. Betuuuul. Sekecil apapun keberhasilan kita, tak ada orang yg akan puji, melainkan diri sendiri. JD tak salah kalau kita reward diri sendiri juga 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..jadi, terima je gaji..boleh la makan sedap.. 🤭🤭

      Delete
  8. Congrats Linda...betul tu..x semua org boleh hadapi apa yang kita semua hadapi...

    ReplyDelete
  9. Hebat hebat ... ibu mmg boleh jer menjaga anak 4 org walau berseorangan.. itulah kelebihan seorang ibu... alhamdulillah tahniah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..berjaya untuk masa sekarang..banyak tahun lagi nk jadi ibu ni

      Delete
  10. Replies
    1. Bahagian Linda macam ni, orang lain, lain pula dugaanya

      Delete
  11. Tahniah buat Linda kerana menjadi ibu yang kuat dan isteri yang sabar. 💝

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa tak kuat dan hilang sabar juga..hihihi

      Delete
  12. Bila dikenang zaman dulu, ada suka dan duka. Alhamdulillah..Sekarang tak perlu berjauhan dah. Jaga anak sama-sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Satu step je lagi..harap dapat pertukaran dan tempat yang dekat dengan rumah.. sekarang pun PJJ juga (mula awal tahun hari tu)

      Delete
  13. kagumnya linda hidup pjj dgn 4 anak kecik..fuhh tabik spring!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Demi tugas..cheewahhh... Kahwin dengan badan beruniform gitu la, negara dulu baru kamu.. hihi..

      Delete
  14. tabik spring kat awak. ammi kena tinggal 2-3 hari sebab husband outstation pun dah boleh menangis. nak-nak masa kyra & khilfi kecik dulu jenis buang kerja berdua dalam senyap. tau-tau je eh beras dah ke lantai. tau-tau minyak masak pun dah tumpah. Aishhhh

    ReplyDelete