Lovvu Dobbu

Event Ticker

Saturday, July 25, 2026

.: KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA :.

Assalamualaikum.

Ahhh, tajuk nya pun, mengundang betul.. hahaha.
Terpengaruh juga ni, kali ni pengaruh blogger Fiza pula (sebab hari tu BW ke blog nya nampak beliau beli ubat keti kayangan tu)

Linda memang ada ahli Amway pun.
Cuma dah lama tak beli..last tahun lepas kot.
Tahun ni, renew je ahli bulan lepas.
Tapi, tak membeli juga.. hahaha.

Selalu Linda beli Lecithin dengan Omega.
Lepas tu, add on Osteglucosamine.
Tapi, kena beli 1 1 la.
Seketui tu pun dah berapa.. hahaha.

Hari Khamis order, Jumaat dah sampai.

Amway pun dah pandai berjimat.
Selalu packaging dia kotak, walaupun 2, 3 barang.
Kali ni, pack macam ni je.

Beli Lecithin dengan ubat keti kayangan ni. 😂😂

Nah Linda share sikit manfaat nya.

Lecithin ialah sejenis lemak (fosfolipid) yang berfungsi memecahkan lemak dan kolesterol. Sebagai suplemen, ia digunakan untuk mengawal kolesterol, menyokong fungsi hati yang sihat, dan membantu wanita menyusukan bayi melancarkan saluran susu yang tersumbat (bengkak susu). [1, 2, 3]
Kebaikan dan fungsi utamanya merangkumi:
  • Kesihatan Jantung & Kolesterol: Membantu mengurangkan kolesterol jahat (LDL) dan menggalakkan aliran darah yang lancar.
  • Fungsi Hati: Mengandungi kolin yang membantu memetabolismekan lemak dan mencegah pengumpulan lemak berlebihan di dalam hati.
  • Ibu Menyusu: Mengurangkan kelikatan dan mencegah pembekuan susu di dalam payudara, sekaligus merawat masalah bengkak susu.
  • Kesihatan Otak: Membekalkan kolin yang penting untuk penghantaran saraf, membantu meningkatkan daya ingat, dan menyokong kesihatan mental.
  • Kecantikan Kulit: Digunakan dalam penjagaan kulit untuk mengekalkan kelembapan dan memperbaiki tekstur kulit.

Kalau team Amway ni buat demo, lecithine ni boleh serap dan mengumpulkan minyak, jadi minyak takkan tersekat/terlekat dekat dinding mana² dan terus dibuang.
Macam tu lah lebih kurang. Hihi.


Till then, see ya.


28 comments:

  1. Wafi pakai deodorant Amway ni sebab yang lain kadang buatkan kulit dia gatal. Dulu pakai Young Living tapi bila dah discontinue jual kat Malaysia tu yang cari alternative lain. Mujur Amway kulit dia serasi.

    ReplyDelete
  2. brand amway ni lama betul bertahan

    ReplyDelete
  3. Haha.. akak baru tahu tentang ubat keti kayangan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..ubat gigi pun kayangan juga...syampoo pun kalah syampoo herba dekat Watson tu

      Delete
  4. saya tahu amway ni glemer dgn deodarant je. kawan saya pakai best katanya, cuma harga jela mahei sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..masa nak beli tu terasa lah..tapi, lama kita boleh guna

      Delete
  5. Waduh brand legend and kayangan ni

    ReplyDelete
  6. Blank kejap apa ubat keti. Baca komen baru faham, ubat tiyakk rupanya 🤭

    ReplyDelete
  7. Lecithin & Omega brand Shaklee. Amway pun ada ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada.. semua yang ada dekat Shaklee, pun ada dekat Amway...
      Dulu² pun pernah join Shaklee . Hihihi

      Delete
  8. alaaa, kenapa kita rasa lazy tgk benda-benda camni.
    hahaaa, tapi nak cantik juga. aih~

    ReplyDelete
  9. Anak Sha pun pakai sapuan keti ini sebab kulit dia sensitif..

    ReplyDelete
  10. Hihi..mudah terpengaruh ni. Okay jugak ek lecithin. Baru lepas beli fish oil omega bio life pulak. Lupa nak membelek kat Amway. Selain deo, suka beli ubat gigi glister tu jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pergi physical store, rasa macam nak ambik semua... Hahaha

      Delete
  11. Akak x pernah pakai ubat keti hjenama amway ni...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..takde keperluan tak payah cuba la kak..

      Delete
  12. pernah beli ubat keti brand amway ni kat Tiktok. Botol pertama ok. Masa repeat order entahlah kenapa jadi ashem pulak tiak. Dapat botol fake ke apa ntah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda memang beli dekat shop je.. alang² memang ada member

      Delete
  13. Duluuuu saya pernah beli Amway zaman masih kuliah di Penang . Sebab anak aunty pemilik homestay saya ada member Amway. Jadi saya sekalian beli lewat dia 😄. Tp bukan deodorant lah, melainkan parfume Amway.

    Itu memang sedaaaap sangat wanginya. Tiap habis pasti saya beli . Cuma setelah lulus kuliah, balik JKT, memang tak beli Amway lagi hahahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang wangi bau nya.. Laam bertahan Amway ni..

      Delete