Assalamualaikum.
Another day of PJJ life story.. 🤭🤭
Konon nak g Shah Alam, naik train percuma.
Tapi, kemalasan melanda.
Sarapan roti coklat beli dekat kedai Eco.
Comel nya, dia pack satu satu.
Senang nak makan, lebih kurang bentuk twiggies.
Ada 6 ketul dalam tu.
Khatam baca buku Trauma (KataPilar Books)
Cerita yang menggambarkan Unit Kecemasan dan Trauma(ED) hospital.
Untuk pembaca/orang awam lebih memahami SOP di ED(Emergency Department), takde lah asyik nak merentan je marah².
Selang seli dengan buat benda ni juga.
Ngam pukul 5 petang, hujan lebat.
Kita ni dok terbayang, pukul 5 nak briswalk sampai 6 lebih, lepas tu nak keluar makan terus.
Tak kesampaian rupanya.
Jadi, makan dekat kafe hospital jelah kita.
Ada masakan panas bila dah petang² ni.
Sedap masakan nya, tapi dah hari² situ je, jemu jugak.. hahaha.
IncikSuami gtaw ada geng pencen, geng bakat datang rumah..hihi.
Tak berjodoh plak kita nk jumpa.
Geng incikSuami masa kerja dekat Sg Udang.
Geng² pencen askar.
Antara yang rapat juga lah, Alhamdulillah sampai juga rumah Linda.
Jangan serik datang lagi ye.
Ok lah, nak sambung tengok Agent Kim.
Till then, see ya.






zaujah saya juga terjebak dengan buat bunga tu.. mende nama alah tu..
ReplyDeleteBunga kawad bulu.. hihi..
DeleteBoleh buat jual tu, kalau saya selalu buat bagi gift dekat orang je..tak reti menjual..
train percuma tu saya tak berkesempatan lagi naik.. nak hujung bulan dah ni haha.
ReplyDeletemacam takde keperluan pergi shah alam, tapi dengar ayat percuma tu yg rasa best
Akak saja nak explore...nanti kalau dah pindah, memang tak pandang dah.. hahaha
DeleteYg penting, buat apa yg kita suka dan enjoy, so masa pun terisi gitu
ReplyDeleteMemang golek² atas katil je semalam.. penat baring, tu yang godek² bunga tu pulak..hihihi
DeleteSekarang kl hujan je. Kadang pagi kadang petang. Melaka pun dah banjir. Wah bagus buku Trauma tu boleh le orang away paham Ed punya cara kerja bagaimana. Sesekali Doktor2 menulis cerita dalam fasiliti Kkm atau hospital agar lebih ramai orang faham situasi hospital bagaimana.
ReplyDeleteMusim hujan ni..semoga dipermudah urusan mangsa² banjir..aamin.
DeleteDoktor menulis, tapi yang selalu merentan tu, depe tak baca pun.. kikiki
Kalau hujan, makna Allah suruh berehat di rumah. Baguslah cafe hospital ada masakan panas petang-petang. Terisi gitu, masa Linda di hujung minggu dengan membaca dan aktiviti kraf. 👍
ReplyDeleteMemang berehat sepanjang hari kak.. hihi.. buku tu paksa diri habiskan, sebab dah lama dia tersepuh..
DeleteTakkan la diorang serik... Diorang suka tu....
ReplyDelete..aamin..mudah mudahan
DeleteAkk pun konon nak pergi CM, last dok rumah je Linda. Masak², gosok baju segala hihi
ReplyDeleteItulah..ada harinya, rasa nak golek² je
DeleteMenarik la buku Trauma tu. Nanti Faa cari ada tak jual online.
ReplyDeleteKalau kat Malaysia kat website KataPilar tu.. kalau kat luar negara tak tau lah ,kot depe boleh hantar
DeleteDuk sorang2 memang banyak juga aktiviti boleh dibuat.
ReplyDeleteHihi..sebab dok sorang, kena cari gak la aktiviti nya
DeleteBila PJJ macam ni rasa macam single balik kan. Tapi saya dulu tak sempat nak merasa hidup single macam ni. Weekend je jadi driver hantar anak pergi taekwondo la, kelas piano la, kelas tambahan la, berenang la, eh macam2 la aktiviti anak2 masa dieorg kecik dulu 😆 Tau2 dah petang Ahad hihi. Suami la merasa hidup mcm org bujang sorang2 kat kl masa tu hihi
ReplyDeleteHihi..ni kali kedua PJJ single...dulu mula² pindah Selayang (dalam 5 bulan)... Sebelum ni, kita la terkontang kanting sengsorang uruskan anak²..
DeleteSEkarang ni kan asal petang memang hujan kecuali semalam je tak hujan petang kalau tidak memang tak kemana la waktu petang tu kan. Rajinnya membuat bunga tu, kita dah terkubur kerajinan buat bunga gitu.
ReplyDeleteBetul..
DeleteAda projek, tu yang rajin buat bunga.. hihihi
syoknya dok sesorang, leh layan hobi sendiri.
ReplyDeletenak mkn pun sendiri-sendiri, i like.
Hahaha..sekali sekala..best, bila tengah malas...
DeleteMcm menarik je roti coklat dr kedai eco tu =)
ReplyDeleteSedap...rasa nak p beli lagi..
DeleteAgent Kim alamakkkk
ReplyDeleteBersambungg la jenuhh nk menunggu he hee geramm betul
Dah habis kak 10 episod.. boleh la marathon..hihihi
DeleteHaaa.. datang Shah Alam kabo eh.. boleh ngeteh.
ReplyDeleteDone sampai AEON Shah Alam.. hihi...
DeleteBuku tu nampak menarik sangat..
ReplyDeleteNot bad la.. tapi lagi seronok yang buku pink tu..lagi real kes emergency nya..
DeleteBuku Trauma ni, lebih pada pendedahan, nak bagi pemahaman dekat orang awam..